Pelawak, Ajak Shiro atau nama sebenar Mohamad Hanaffi sedang menunaikan ibadah Umrah bersama ahli keluarganya. Berita ini disampaikan olehnya melalui laman instagram beliau empat hari lalu dan meminta doa peminat serta netizen supaya perjalanan Umrah mereka selamat.

“Allah Ganti Rezeki Ibu Kepada Anak-Anak, Tak Perlu Beratur Di Raudah” Ajak Shiro Sebak, Gembira Tengok Anak Solat Di Raudah

Menerusi laman instagramnya, Ajak Shiro telah meluahkan perasaan sebak apabila anaknya dapat melakukan ibadah di dalam Raudah dengan mudah malah mendapat kawalan khas dari penjaga Raudah.

“Allah Ganti Rezeki Ibu Kepada Anak-Anak, Tak Perlu Beratur Di Raudah” Ajak Shiro Sebak, Gembira Tengok Anak Solat Di Raudah

Perancangan Allah Sangat Hebat

Perancangan Allah sangat hebat..Allah gantikan rezeki Ibu kepada anak2 yang ibu lahirkan..Allah jemput dia berdua..Malah diberi kawalan khas pada Jad dan Had.

IKLAN

Tak perlu Beratur Untuk Solat Di Raudah

Xperlu beratur,Berpuluh ribu org dibelakang sana..Tapi ini rezeki kamu nak.. Sumpah xde benda lain yang lebih mengembirakan Baba..Kamu solat di Raudhah..Nikmatilah taman syurga yg dikurniakan didunia ini..Allah maha besar..Penentu rezeki seseorang..

“Allah Ganti Rezeki Ibu Kepada Anak-Anak, Tak Perlu Beratur Di Raudah” Ajak Shiro Sebak, Gembira Tengok Anak Solat Di Raudah

Nak Cakap Pada Allah, Baba Sangat Berterima Kasih

IKLAN

Alhamdulillah..Selesai dia solat..Sambil Baba tulis caption ni sebenarnya dada Baba ni berombak..Nak sedih ke nak suka ke Baba xtau..Apa yg pasti Baba rasa nak jerit kuat2 nak cakap pada Allah yang Baba sangat berterima kasih..Syukur Ya Allah.

“Allah Ganti Rezeki Ibu Kepada Anak-Anak, Tak Perlu Beratur Di Raudah” Ajak Shiro Sebak, Gembira Tengok Anak Solat Di Raudah

Beliau yang berkahwin dengan Nur Afifah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Mohamad Jad Thaqif b Mohamad Hanaffi (9 tahun), Mohamad Had Thaqif b Mohamad Hanaffi (6 Tahun) & Nada Soffea bt Mohamad Hanaffi (4 Tahun).

IKLAN

“Allah Ganti Rezeki Ibu Kepada Anak-Anak, Tak Perlu Beratur Di Raudah” Ajak Shiro Sebak, Gembira Tengok Anak Solat Di Raudah

Ramai yang memuji cara didikan  Ajak serta isteri. Sejuk perut ibu yang melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah ini. Turut tidak melepaskan peluang, netizen meminta keluarga ini mendoakan mereka dengan kesihatan yang baik, rezeki yang banyak dan dapat peluang untuk turut sama menunaikan umrah.

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI