Kadang-kadang tekak terasa lapar tetapi tak mahu hidangan yang terlalu rumit nak dibuat. Risau pula muak, lebih-lebih lagi kalau lapar pada waktu yang tak sesuai makan hidangan berat. Menu paling mudah dan tak ambil masa sangat untuk dibuat adalah pasta.
Hidangan paling sesuai kita nak makan pada bila-bila masa tanpa rasa muak adalah spageti Aglio Olio. SuperdaddyKhairul Abdullah berkongsi resipi mudah untuk dicuba. Biarpun ringkas tetapi rasanya memang ‘terangkat’!
Terliur bila tengok gambar, memang kena try resipi Superdaddy ni!
Macam mana nak buat, jom tengok cara ini;
Tiba-tiba kau rasa lapar. Maka kau pun ke dapur dan ambil barangan berikut:
1 genggam kecil spaghetti 3-5 ulas bawang putih dipotong nipis 5-7 ekor udang dibersihkan 1 sudu chilli flakes, guna jer dominos punya 1 tangkai parsli kalau ada 3 sudu minyak zaitun Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Ads
Pastu kau pun buat macam ni: 1. Kau didihkan air pastu masukkan 1 sudu garam dan masukkan spaghetti, biar 10 minit. 2. Kau panaskan kuali bersama minyak zaitun dengan api kecil dan tumiskan bawang putih dengan chilli flakes kejap pastu masukkan udang dan goreng sampai masak.
3. Masukkan hirisan parsli kalau ada atau boleh ganti dengan basil atau ketumbar pun nyaman jugak dan kacau sekejap. By then, spaghetti kau pun dah ngam dekat 10 minit dah.
4. Toskan dengan cepat dan masukkan spaghetti masih basah berair ke dalam kuali. Tambah dalam 1-2 sudu lagi air rebusan tu dan kacau sebati. Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
Ads
Siap.
Lalu kau pun hidangkanlah dalam pinggan yang cantik. Ambil gambar barang 4-5 keping untuk ditayang di Instagram kejap lagi.
Memang mudah sangat resipi ni! Konsep masuk semua bahan dalam kuali, lepas tu siap. Sesuai sangat dicuba, terutamanya kalau anda sekeluarga memang peminat hidangan pasta. Lain orang lain cara memasak, tapi rupa spageti ni memang nampak sedap. Selamat mencuba!
Sesekali tukar selera anak pastinya buat anak rasa gembira. Rasa yang baru dan jarang-jarang dirasa selalunya dapat membangkitkan selera anak kecil. Inilah yang seharusnya cuba dilakukan oleh semua ibu.
Pasta Creamy Chicken antara yang boleh disyorkan buat menambah selera anak. Pikat selera si kecil dengan gabungan keju dan susu yang lemak. Perkongsian resipi unik daripada Puan Norlaila Mohd Yusoff ini unik kerana bukan hanya gabungan susu dan keju bahkan penambahan keledek Jepun bagi menambahkan lagi rasa lemak. Bagaimana cara penyediaannya? Jom ikuti langkah yang dikongsikan olehnya.
Asyik makan nasi je hari-hari. Bosan juga kan. So hari ni Ibu bagi Irfan makan pasta pulak. Yeayyyy ! Irfan suka. Habis dia makan.
Bahan-bahan (untuk lunch dan dinner 2 hari)
Pasta prego buddies
Ayam
Bawang putih
Bawang holand
Carrot
Bayam
Japanese sweet potato lenyek (saje habiskan stok. Takde pun takpe )
Sedikit serbuk oregano
1 kotak kecil susu full cream
1 sudu cream cheese
Unsalted butter
Chicken Feet Stock (CFS)
Panaskan unsalted butter. Lepas tu tumis bebawang. Lepas dah naik bau masukkan ayam.
Ayam dah masak terus masukkan susu full cream, CFS dan cream cheese. Masukkan sekali japanase sweet potato. Boleh skip yang ni kalau takde. Last sekali masukkan bayam, carrot dan serbuk oregano.
Ok siap !
Ibu suap Irfan makan pakai tangan. Sambil tu lenyek kan sikit pasta tu bagi kecik sikit. Nak blender kasar pun boleh sebab pasta ni saiz besar takut baby tercekik.
Menu ni sesuai untuk baby 8 bulan dan ke atas.
Selamat mencuba !
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Macam-macam resipi pemanis mulut viral sepanjang PKP ni. Ada yang rumit, ada yang mudah, ada yang hanya guna 2-3 bahan dah boleh jadi. Macam-macam gaya masakan ada. Untuk ibu yang baharu nak mencuba buat pemanis mulut, eloklah cuba resipi yang tidak terlalu sukar. Kebarangkalian untuk ‘menjadi’ pun tinggi.
Biasanya proses untuk membakar bahulu ambil masa dan tak jadi kalau tersalah jaga suhu api. Silap-silap boleh rentung! Resipi yang dikongsikan Zuraita Mohd Anua ini sangat mudah. Tak perlu berkecah dapur pun, tapi boleh hasilkan bahulu ekspres yang sedap.
Ikuti perkongsian resipi ini.
RESIPI BAHULU EKSPRES
Mudah sangat nak buat. Putar pakai blender dan bakar dalam sandwich maker jer. Cepat pulak tu siapnya. Tadi tengok resipi kat facebook, terus beli tepung dan buat. Memang best giler rasa dia. Lembut lak tu. Makan pulak panas-panas. Disebabkan kita bakar dalam sandwich maker, redha jelah bahulu korang bentuk piramid yer.
Taknak cakap banyak lah, uols cuba pulak eh. Ni bahulu basic jer. Pada yang dah biasa buat bahulu ni, tentu dah macam-macam korang letak dalam tu kan.
Tip : Untuk elakkan bahulu bau hanyir telur, jangan lupa buang urat putih waktu kita pecahkan telur tu.
Makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak. Ini kerana penyediaannya lebih terjamin bersih. Tetapi, masalahnya, asyik ulang benda yang sama sahaja setiap hari tentu anak pun dah jemu.
Menu yang paling susah nak difikir adalah menu untuk bekal anak ke sekolah. Jadi pasti ramai yang tengah mencari idea untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Apakata kali ini sediakan anak dengan ayam goreng berempah di makan bersama nasi putih ataupun nasi goreng. Selamat mencuba!
Ayam Goreng Berempah
1 ekor ayam (potong 16 – kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir
Cara-cara penyediaan;
Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur. Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.
Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.
Ok dah siap angkat dan toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap
kredit: zulfazalovescooking
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara #AstroRia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
"Tak siapa sangka, rumah yang dulu penuh dengan suara gelak tawa kini bertukar menjadi lokasi tragedi berdarah."Awal pagi tadi, ketika kebanyakan daripada kita masih...