Lotus Biscoff Cheesecake atau diberi nama sebagai kek kayangan antara yang trending sejak akhir-akhir ini. Walaupun kek ini bukannya kek yang baru viral, tetapi disebabkan bahan-bahannya yang agak mahal, ramai yang berfikir dua kali untuk membelinya.

Kali ini anda boleh buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh Chef Fauzi Karim. Menariknya resipi Lotus Biscoff Cheesecake ini ia tak perlu dibakar atau dikukus. Hanya simpan dalam peti sejuk dan boleh menikmatinya seisi keluarga.

Bagi yang ingin mendapatkan biskut ni boleh cari di kedai bakeri atau beli secara online.

Mudah Je Buat Lotus Biscoff Cheesecake. Tak Perlu Bakar & Berbaloi Buat Sendiri!

Resepi Lottus Cheesecake & Cup

Mudah Je Buat Lotus Biscoff Cheesecake. Tak Perlu Bakar & Berbaloi Buat Sendiri!

Bahan-bahan:

250gm Biskut Lottus Biscofee
100gm Butter cair

IKLAN

Cara-cara:

– Tumbuk biskut Biscoff hingga hancur dan tuang butter cair. Kacau sebati. Jika nak buat kek, alaskan loyang bottom loose dengan plastik dan tuang 3/4 biskut ke dalamnya. Rata dan padatkan. Simpan seketika dalam peti sejuk.

Mudah Je Buat Lotus Biscoff Cheesecake. Tak Perlu Bakar & Berbaloi Buat Sendiri!

Bahan cheese

250gm Cheese (suhu bilik)
70gm Lotus Biscoff Spread
80gm Gula Aising
250gm Anchor Whipping Cream

IKLAN

Cara-cara

– Pukul cheese dan Biscoff spread hingga sebati dan sekata.

– Dalam bekas (mangkuk kaca / mixing bowl simpan dalam peti beku) yang sejuk pukul whipping cream dan gula aising hingga bertanduk

– Campurkan adunan cheese dan whipping cream dan kaup balik hingga sekata.

IKLAN

Cara assemble Cheesecake

Tuang adunan cheese dalam loyang yang disebutkan tadi dan taburkan baki lebihan biskut dan lotus spread sebagai hiasan.

Mudah Je Buat Lotus Biscoff Cheesecake. Tak Perlu Bakar & Berbaloi Buat Sendiri!

Cup

Ambil beberapa sudu biskut dan tuang dalam cup.. masukkan adunan cheese.. ulang proses sama di atas dan hiaskan dengan serbuk biskut dan lotus spread.

Kredit Resipi: Chef Fauzi Karim

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI