Setiap tahun, dah jadi perkara biasa suami isteri berbincang untuk pulang ke kampung dan sebagainya. Kadang-kadang boleh buat masam muka dan ada yang merajuk. Sesetengah pasangan boleh ada kata putus untuk mengikut giliran, tetapi ada juga yang masih berebut nak balik ke kampung sendiri.

Seperti yang dikongsikan wanita ini, apabila dia dan suami tidak perlu berebut giliran tahun ini. Memandang dari sudut positif, mereka sepakat untuk menyambut Aidilfitri secara bersederhana di rumah sendiri.

Pengakuan Lain: [“Tak Layan Sebab Gelap.” Wanita Ini Kecil Hati Ibunya ‘Dingin’ Dengan Cucu Kerana Warna Kulit]

Mohon admin siarkan cerita saya ni. Cerita ni sekadar untuk hiburan dan renungan kita bersama. Walaupun dah enam tahun berkahwin, tetap mnjadi masalah untuk saya dan suami untuk giliran beraya di kampung setiap tahun.

Rasanya bukan kami sahaja yang ada masalah ni, asal nak raya mulalah sibuk bermesyuarat untuk pilih kampung siapa yang kita akan beraya dahulu. Orang kata mudah kalau berkahwin dengan orang sekampung, tak payah fikir-fikir nak berebut. Sebenarnya bila pasangan tu asalnya sama dengan kita, lagi payah tau.

IKLAN

Saya berasal dari salah sebuah negeri di sebelah utara. Rumah saya dan suami hanya berbeza kampung, tak berbeza daerah pun. Tapi setiap kali nak beraya, berebut nak sambut raya pertama di rumah siapa dahulu. Kadang-kadang perbincangan tu tak dapat kata putus, bersambung pulak sampai 2-3 hari.

Sebenarnya kami berdua tak ada masalah dengan keluarga mertua masing-masing. Kami happy sahaja, tapi entahlah. Sentimental raya pertama tu selalu buat kami berebut nak beraya di mana dahulu. Nak dapat kata putus, seeloknya ikut turn. Tapi hal tu tak ‘menjadi’ kalau dengan kami.

Sama juga kalau buat cabutan undi, ada saja yang tak puas hati dengan keputusannya tu. Lucu pun ada, tapi masing-masing tak mahu kalah memperjuangkan giliran raya pertama masing-masing.

Mungkin Allah SWT nak tunjuk, kami tak perlu berebut lagi tahun ni. Banyak ujian sepanjang jangkitan COVID-19 ni memberi kesan kepada negara kita. Kebetulan terkena waktu berpuasa dan Aidilfitri nanti. Rasanya tahun ni, langsung tak ada mesyuarat nak berebut giliran balik kampung.

IKLAN

Itulah hikmahnya, tapi suami tetap kata kami akan beraya seperti biasa walaupun tak dapat pulang ke kampung. Sedih memang sedih, tapi bagi saya baik kita ikut apa yang disarankan kerajaan. Untuk kebaikan kita bersama kan?

Jadi suami minta saya untuk beli baju raya untuk kami sekeluarga secara online sahaja. Yang bagus, bila dah ada masa duduk di rumah ni saya pun boleh buat kuih raya sendiri. Kalau tahun-tahun sebelum ni, ada bajet khas semata-mata untuk beli kuih raya sahaja.

Jika kita melihat ujian ini dari sudut positif, sebenarnya COVID-19 ni banyak mengajar kita erti bersabar. Tak ada berebut nak balik kampung, tak perlu membazir beli itu-ini, rumah pun kita kemas sebersih-bersihnya. Itulah hikmahnya. Paling penting, bila kita dapat melakukannya bersama keluarga.

Jadi tahun ni tak ada yang ‘menang’ dan yang menarik muncung. Sama saja. Beraya ajelah di bandar, tak perlu pulang ke kampung. Lagipun kawasan perumahan kami ni, semua jiran-jiran baik dan ukhwah kami kuat. Mungkin boleh bertukar juadah waktu hari raya nanti.

IKLAN

Pengakuan Lain: [“Mampu Langsai Hutang, Suami Mula Solat.” Isteri Kongsi Berkat Sedekah, Doa Jadi Makbul]

Walaupun begitu, tetap perlu mengamalkan penjagaan kesihatan dan ikut setiap saranan kerajaan. Jangan pula buat open house bagai. Berayalah secara bersederhana, yang penting kita menyambutnya dengan insan-insan yang kita sayangi.

Akhir sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi membaca luahan saya ini. Selamat berpuasa dan menyambut Syawal kepada semua pembaca yang beragama Islam.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cerita atau pengalaman yang ingin dikongsikan, sila klik KONGSI CERITA

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI