Tak Boleh Beli Kek Untuk Hari Jadi Anak, Buatkan Pastry Fruit Cake Ni, Mudah Je!

Share

Walaupun berdepan dengan PKP yang masuk hari ke 22, hari jadi anak-anak kita usah dilupakan begitu sahaja. Raikanlah sebaik mungkin dan semeriah mungkin di rumah bersama suami dan anak-anak. Bagi menambahkan kegembiraan anak-anak, ada baiknya mama cuba hasilkan sendiri kek untuk hari jadi anak.

Tak perlu kek hebat, kek mudah dengan aneka buah-buahan sihat seperti yang dikongsikan oleh Puan Norul Hayati ini sudah cukup menggembirakan hati anak-anak kita. Tak susah pun untuk menyediakannya. Jom cuba!

Pastry Fruit Cake

Saya share resepi yang saya guna. Resepi asal blogger masakan Kak Azlita Masam Manis tapi ada sikit-sikit sahaja saya adjust dan ringkaskan penulisan resepinya. Semoga bermanfaat.

Bahan A
100g butter
160g gula
60g plain Yogurt

Bahan B
4 biji telur gred B
1st esen vanila

Bahan C
210g Tepung gandum
1st Baking powder
(**ayakkan)

Bahan A dipukul sehingga kembang. Setelah kembang masukkan Bahan B. Telur dimasukkan satu per satu.

Masukkan Bahan C dan putar bahan hingga sebati. Masukkan adunan dalam loyang size 7×7 @ 8×8 inch yang telah dilapik baking paper. Saya guna 7×7 inch sebab suka tebal sikit keknya.

Susun buah-buahan yang telah dipotong cantik-cantik dalam loyang. Buah-buahan yang boleh digunakan seperti strawberry, blueberry, kiwi, peach atau mulberi.

Bakar mengikut suhu oven masing-masing.

Kongsi Tips:

* Untuk elak kek mengecut lepas bakar atau buah tenggelam lepas bakar, setelah masukkan telur, jangan putar adunan terlalu lama. Sekadar adunan sebati sahaja.

* Gaul buah-buahan yang telah dipotong dengan gula sebelum letakkan di atas adunan kek.

* Buah-buahan yang dipotong juga jangan dipotong terlalu nipis atau terlalu tebal.

 

* Yogurt boleh guna apa-apa jenama dan mestilah perisa asli.

* Nak kek sedap dan wangi guna pure butter.

Selamat mencuba.

IKLAN