Siapa yang tak kenal Ain Edruce yang happy-go-lucky tu kan? Tapi kali ni lain sikit—dalam satu perkongsian, Ain dan ibunya buka cerita tentang bagaimana rapatnya hubungan dalam keluarga mereka. Bukan rapat biasa-biasa tau, tapi jenis yang macam kawan baik selamanya!
Anak-anak diajar ‘melekat’ antara satu sama lain
Menurut ibu Ain, sejak kecil lagi dia dah biasakan anak-anaknya untuk saling bergantung dan erat antara adik-beradik. Dia tak terlalu galakkan anak-anak berkawan dengan ramai orang luar—bukan sebab nak sekat, tapi sebab nak utamakan bonding dalam keluarga dulu.
“Aunty train anak-anak tak boleh campur dengan orang, kena among them dan attach. Itulah yang memupuk rasa rindu. Sampai sakarang, anak-anak aunty akan saling rindu antara mereka.”
Aktiviti keluarga? Wajib!
Ain pun setuju 100%. Katanya, keluarga dia memang jenis suka buat aktiviti bersama—dari benda simple sampai ke aktiviti besar. Inilah rahsia macam mana mereka kekal akrab, walaupun masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Bila selalu buat benda sama, hati pun makin dekat, dan rasa dihargai tu sentiasa ada.
Ads
“Kami ni memang jenis yang enjoy buat aktiviti sesama kami. Bukan mak tak bagi langsung berkawan, tapi cukup sekadar rakan di luar rumah. Bila balik, mesti dengan adik beradik.”
Perwatakan ‘masuk air’ ikut siapa? Ibu lah!
Ain sempat berseloroh yang karakter dia yang suka bercakap dan bertenaga tu sebenarnya ‘warisan’ daripada ibunya. Dua-dua jenis ceria dan ‘masuk air’—memang sah klon! Tapi kalau ayah pula, katanya lebih pendiam. Perfect balance dalam keluarga, kan?
Ads
“Dalam adik beradik Ain, dua orang macam mak. Dua orang macam ayah Ain. Ayah Ain pendiam. Kalau awak semua nak tahu, perangai Ain ni ikut mak eh.”
“Kalau dia cakap Ain ni pot pet pot pet, loqlaq sebenarnya dia lah macam tu. Ayah kita pendiam.”
Keluarga akrab, emosi pun stabil
Bila hubungan dalam keluarga rapat, emosi anak-anak pun lebih stabil. Mereka rasa lebih selamat, disayangi dan yakin dengan diri sendiri. Malah, bila ada masalah, tempat pertama untuk bercerita mestilah keluarga. Itu kekuatan yang sangat mahal nilainya.
Hubungan Ain dan ibunya bukan sekadar ibu dan anak, tapi lebih macam sahabat sejati. Bila nilai kekeluargaan diletakkan sebagai keutamaan, kasih sayang tu akan sentiasa mengalir dan menyatukan semua.
Kebahagiaan sesebuah pasangan tidak terletak kepada kemewahan semata-mata. Banyak caranya untuk kita merasa gembira dan bahagia bersama insan tersayang. Kadang-kadang perbuatan sekecil menyuap pasangan pun sudah cukup untuk kita kekal harmoni.
Dalam sesebuah rumah tangga, menerima pasangan dalam kekurangannya itu adalah yang paling besar sekali. Anggaplah ia sebagai satu kelebihan maka kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dan sentiasa menghargai antara satu sama lain.
Sebuah video yang tular di Tiktok, perkongsian dari alongpm berjaya meraih perhatian warganet. Si suami di dalam video adalah insan istimewa yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilihat menyuap isterinya. Si isteri pula malu-malu ketika disuap.
Uniknya, Mohd Khairuddin Che Rani menyuapkan makanan ke mulut isterinya dengan menggunakan kaki. Isterinya yang dikenali sebagai Wani kelihatan tersipu-sipu malu ketika Khairuddin menyuapnya makan.
Warganet memuji kebahagiaan pasangan ini serta keikhlasan Wani menerima suaminya. Keadaan fizikal Khairuddin tidak menghalang pasangan ini untuk saling mencintai dan bahagia dengan cara mereka sendiri.
Pasangan ini difahamkan baru sahaja mendirikan perkahwinan pada bulan Jun yang lepas di Pasir Mas, Kelantan. Khairuddin kini bekerja sebagai pelukis sepenuh masa di syarikat Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd.
Diharapkan pasangan ini terus bahagia dan sentiasa dilimpahi rahmat. Pasangan ini membuktikan dalam keadaan apa sekalipun, seseorang itu boleh bahagia dengan caranya sendiri. Paling penting, jangan pernah lupa untuk mensyukuri setiap nikmat kurniaan Allah SWT.
Mungkin ada mama yang berhajat nak beli kasut anak secara online namun tidak tahu cara untuk mengukur saiz kasut anak. Sebenarnya ada cara untuk mengukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online.
Tip Ukur Saiz Kasut Anak
Selalunya yang menjadi kerisauan mama ialah saiz kasut yang diberikan salah dan akhirnya kasut yang sampai tidak muat atau terlebih besar. Sayanglah bila kasut yang dibeli tidak boleh dipakai oleh si anak.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda oleh cuba tip ini bagi mendapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online:
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
Barulah Senang Nak Beli Online
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan selepas itu kita tekapkan sahaja.
2. Ukur
Bila sudah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 sentimeter
Selepas itu kita tambah 1 sentimeter daripada ukuran itu. Jangan tambah lebih-lebih ye. Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran sentimeter ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh ‘save’ dalam telefon bimbit terus supaya mudah bila hendak digunakan nanti.
Empat bulan selepas melahirkan anak keduanya pada Oktober tahun lalu, pelakon Izara Aishah tampil berkongsi nama buah hati terbarunya.
Menerusi Instagramnya, Izara dan suami sepakat menamakan bayi perempuan comel mereka dengan nama yang cukup indah, Amara Amina.
“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di Instagram.
Tidak hanya berkongsi nama, bahkan Izara juga turut memuat naik sipi-sipi wajah comel Amira Amina. Memang comel dan persis kakaknya, Irisa Alaia.
Baby comel Amira Amina yang kini berusia empat bulan itu kerap muncul menghiasi Instagram ibunya bersama kakaknya.
Dalam pada itu, ramai yang memuji nama comel Amira yang sedap didengar. Gabungan nama yang ringkas tetapi indah.
Terdahulu, Izara dan suami mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta. Pasangan ini kini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 4 tahun dan Amara Amina, 4 bulan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.