Kelibat MUA jelita, Mua Bellaz ini sentiasa mencuri perhatian ramai. Bukan hanya cerita kejayaan dan inspirasinya bahkan anak ketiga MUA yang cukup dikenali ramai ini seringkali menarik perhatian sesiapa sahaja.
Mana tidaknya, wajah persis mat sallehnya yang ketara benar-benar menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.
Sejak lahir lagi, anak ketiga Mua Bellaz, Muhammad Aisy Ean Yusuf sering menjadi perhatian ramai. Kini si comel Ean sudah pun berusia satu tahun dua bulan. Malah kini bertambah lincah sejak pandai berjalan.
Menerusi Facebooknya, seperti selalu, Bellaz turut berkongsi beberapa keping gambar terbaru Ean yang kini semakin membesar.
Malah kata Bellaz lagi, sejak pandai berjalan, anak ketiganya itu semakin bertambah lasak malah kini sudah mencapai berat 11kg.
“Sejak-sejak boleh kaki jalan ni, tak larat ligan hampaa uiii. Kurus lagu tu ja mak hang asyik ligan dia p mai p mai.
“Senang boh kasut tu bunyi tit tit bila dia jalan tau dah.
“Sat ja setahun lebih dah hampa, duk berasa macam baru lepas bersalin ja,” kongsi Bellaz.
[su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/al-muallim-i-bantu-solat-for-kids-20169425″ style=”flat” background=”#2defee” color=”#ffffff” size=”6″]Al-Muallim I Bantu Solat For Kids[/su_button]
Dan ini pula beberapa keping gambar terbaru Ean Yusof. Comel!
Ads
Ulang tahun pertama
Ean Yusof yang dilahirkan pada 29 Julai 2020 ini menyambut hari lahir pertamanya pada Julai lalu dengan sambutan sederhana yang turut diraikan Bellaz dan keluarga.
“7.40 maghrib 29.07.20 saya selamat melahirkan Putera Sy Muhammad Aisy Ean Yusuf.
“Alhamdulilah selamat ulang tahun anak mama, Ean Yusuf, syukur Alhamdulilahh,” kongsinya lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Rumah tangga bahagia pastinya diimpikan oleh setiap pasangan suami isteri. Suami tengok isteri rasa tenang je, isteri pula tengok suami rasa gembira kerana Allah hantarkan insan yang akan terus menyayanginya bersama anak-anak sampai akhir hayat.
Bahagianya rumah tangga itulah juga buatkan rezeki masuk macam air. Rezeki itu bukan semata wang ringgit. Hati tenang, rumah tangga bahagia itu pun namanya rezeki.
Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin berkongsi amalan untuk kebahagiaan rumah tangga. Yang mana, pasangan suami isteri digalakkan mengamalkan surah Yusuf setiap kali solat subuh.
2 Ayat Ini Digalakkan Dibaca Sebaik Selesai Solat Subuh
1. Bacalah surah Yusuf, ayat 4 :
“idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra Aituhum Lii Sajidin”
Maksudnya:
“Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya.Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..”
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yg datang dariku,dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Thaahaa : 39)
Kunci Rumah Tangga Bahagia, Bagus Juga Diamalkan Ketika..
Baca setiap kali selepas solat subuh 3 kali baca atau lebih.
1. Setiap kali bersua atau semasa suami isteri tidur, bacalah kedua ayat di atas. Amalkan setiap hari tidak perlu membaca dengan kuat memadailah dengan hanya membaca dalam hati.
2. Boleh juga diberi dalam minuman pada suami atau isteri. Baca ayat di atas sebanyak 7 kali dan selawat 7 kali. In shaa Allah hubungan suami isteri tambah intim.
3. Amalkan membaca ayat di atas semasa hendak temuduga kerja, in shaa Allah akan dipermudahkan.
4. Jika dibaca setiap kali selepas solat sebanyak 3 kali, in shaa Allah akan dikasihi semua orang.
5. Doa ini juga baik diamalkan pada yang sukar dapat jodoh. Baca doa di atas sapu di muka 3 kali sebelum keluar rumah.
In shaa Allah izin Allah akan bertemu jodoh yang anda cari.
Semoga kebahagiaan yang kita cari akan ditemui, in shaa Allah Aaamiin Ya Allah..
Perjalanan dalam mengharungi sesebuah rumah tangga bukanlah sesuatu perkara yang mudah, senang tetapi ia memerlukan tanggungjawab bersama untuk mengharunginya. Tidak mungkin bahtera rumah tangga berjaya tanpa usaha dari kedua-dua pihak.
Sedikit perkongsian daripada Norhayati Abu Bakar tentang alam perkahwinan yang boleh dijadikan panduan buat semua.
Masih terkejut dengan kenyataan bahawa ‘motherboard’ komputer tidak dapat diselamatkan sehingga saya lupa mengucap selamat ulang tahun perkahwinan Syamil Muhammad dan Nurul Ain Zakaria.
Semalam saya ke kedai bersama suami kebetulan terjumpa dulang kecil berlatar belakang Republic Checz, saya tunjukkan kepada suami.
‘Nak buat apa?’ ‘Hadiah kat Ain, tapi birthday dia lambat lagi’ (memang tak ingat langsung hari anniversary mereka, sedangkan malam sebelumnya suami sudah maklumkan sebab ada ingatan dari aplikasi di fonnya)
Akhirnya dulang kecil itu saya letak kembali.
Bulan Ogos banyak mencatat sejarah besar dalam keluarga. Beberapa ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan juga.
Sedar tak sedar sudah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Kata para kaunselor 10 tahun pertama adalah tempoh perkenalan, mencari titik kesamaan dan penuh dengan cabaran.
Tidak mustahil ada pasangan yang berpisah seawal enam bulan berkahwin. Di suatu masa terdengar perbualan suami dengan seorang jurugambar professional.
‘Oh! saya dah tak ambil gambar perkahwinan. Kos tinggi sebab saya memang akan edit bagi betul betul cantik. Kadang ambik masa berbulan juga tengok kalau banyak jobs. Sedihnya bila setelah bersengkang mata berbulan siapkan, pelanggan tak nak ambik album dan langsaikan baki. Alasan? Kami dah bercerai. Masyaalah tepuk dahi saya’
Menyaksikan fasa perkahwinan anak anak sudah pasti ada masa kami turut tidak lena malam dan bangun membuat solat hajat muga Allah limpahkan kesabaran dan kasih sayang dalam rumahtangga mereka.
Meski kami tidak suka campurtangan urusan rumahtangga anak anak tetapi sesekali kena juga pengadil turun ke padang. Menegur dan mencadangkan solusi. Malah pernah juga pasrah menyerah kepada Allah apa sahaja jalan keluar yang dirasakan baik untuk keluar dari kemelut yang melanda.
Berkahwin bukan sekadar menghalalkan hubungan tetapi lebih jauh dari itu. Mencari keserasian, melengkap kekurangan, menerima buruk dan baik pasangan juga bersusah senang bersama. Hasrat setiap pasangan tentu mahu bercinta hingga ke syurga.
Untuk mencapai bahagia juga perlu ilmu. Baca, dengar dan lihat contoh hidup. Paling penting masing masing tahu hak yang perlu ditunaikan. Betapa cekap sekalipun tahap keupayaan isteri mengurus hal rumahtangga dan kehidupan suami tidak sesekali boleh lepas tangan. Berkahwin untuk mengambil tanggungjawab dan memberi kebahagian. Bukan mengambil kesempatan
Saya pernah berbincang dengan suami tentang saudara mara yang berkahwin berkali kali dan membesar anak tiri bersama. Jelas suami, orang dulu dulu tidak ada kemampuan kewangan. Jadi bila suami mati atau dicerai keluarga akan berusaha mencari jodoh baharu supaya kehidupan isteri dan anak anak terjamin. Istilah kahwin salin tikar, kahwin sepupu dan kahwin dua tiga kali itu perkara biasa dalam masyarakat ketika itu.
Zaman sekarang wanita sudah punya kemampuan kewangan yang kukuh dan mereka tidak perlu mengharap suami menyara kehidupan. Maka keperluan mencari suami baharu dan mungkin trauma dari perkahwinan lepas membuat mereka tidak tergesa berkahwin lagi. Ada yang menunggu anak anak dewasa, berkahwin baharu mereka memikir tentang diri mereka. Mungkin untuk mengisi kesepian.
Ya! Setiap rumahtangga adalah satu pelayaran yang panjang. Ada yang mampu menentang arus dan badai, ada juga yang belum apa apa sudah terhempas menghempap batu karang.
Semalam saya terima pesanan dari seorang teman. Sesuatu yang baik juga untuk dikongsi. Penulis asal tidak pula dinyatakan tetapi yang baik itu kita tetap terima sebagai panduan. Muga ada manfaatnya.
*9 Nasihat Terbaik Dari Seorang Hakim Yang Mengendalikan Satu Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah*
1. Jangan galakkan anak dan menantu perempuan anda tinggal bersama anda.
Sebaiknya, minta mereka berpindah walau pun terpaksa menyewa rumah. Lebih jauh lebih baik. Ini bertujuan untuk menjaga perhubungan yang lebih baik di masa hadapan. (ini yang kami amalkan kata orang dekat bau tahi jauh bau bunga)
2. Layani menantu perempuan anda seperti menantu, bukannya seperti anak perempuan anda.
Anak lelaki anda sentiasa menjadi anak anda. Tetapi, jika anda melayan menantu perempuan seperti anak apatah lagi jika anda pernah memarahinya maka menantu anda akan ingat sehingga mati. Dalam kehidupan dia selama ini, hanya ibu dan bapanya sahaja yang layak memarahinya. (Betul tu, walau betapa ikhlas menerima mak mertua, hati tetap akan terasa. Dan layan menantu sama rata supaya tak nampak ada diskriminasi. Kadang kita tak sedar, pasangan kena tegur ni)
3. Apa saja karakter atau tabiat yang menantu anda ada bukanlah masalah anda.
Itu adalah tanggunjawab anak anda untuk memperbetulkan apa yang tidak betul. (boleh bercakap baik baik dengan anak, minta mereka menegur pasangan tetapi jangan bagitau mak suruh bagi tahu, pandai pandailah cipta ruang dan cara bak kata orang bagai menarik rambut dalam tepung)
4. Jangan sesekali basuh pakaian, memasak dan menjaga cucu anda melainkan diminta oleh mereka. (sesekali okaylah supaya mereka tidak pula rasa selesa dan ambil kesempatan di atas kerajinan anda). Akan tetapi jangan mengharap balasan di masa mendatang. Usah terlalu risau dengan kemampuan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut dilakukan.
5. Berpura-pura menjadi bisu dan pekak apabila mendengar anak dan menantu anak bergaduh. (ini betul kalau mereka tak bercerita atau bertanya pandangan jangan sibuk sibuk bertanya) Jangan masuk campur. Itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang mendirikan rumahtangga. Mereka tidak gemar orang lain ikut campur.
6. Cucu anda adalah hak mutlak ibu dan bapa mereka. (betul tu jangan atur hidup anak anak. Biar mereka urus anak mereka. Tolong sekali sekala bolehlah)
Bagaimana mereka ingin membesarkan cucu anda terpulang kepada mereka. Baik atau buruk itu urusan mereka.
7. Menantu anda tidak perlu respek dan melayan anda. (pemilihan menantu juga penting supaya ada keserasian dari awal, jika bukan menantu pilihan kena belajar menerima hakikat menantu sudah bantu mengambil alih sebahagian tugas anda)
Itu adalah tugas anak lelaki anda. Anda sepatutnya sudah memberi didikan terbaik dan anak anda mampu mengajar isterinya untuk menghormati anda.
8. Buat perancangan awal sebelum anda bersara. (betul sangat. Rancang apa mahu dibuat supaya dapat mengisi hari tua dengan apa yang selama ini tidak mampu dibuat. Lebihkan masa memupuk kasih sayang dengan pasangan bukan dengan cucu cucu)
Jangan harapkan anak anda. Anda telah pun berjalan jauh dalam kehidupan dan masih banyak lagi yang boleh dipelajari. Seperti kata pepatah Inggeris, “It is your own interest that you enjoy your retirement years. Better if you could utilise & enjoy everything that you had saved before you die. Don’t let your wealth become worthless to you.”
9. Cucu bukan milik anda.
Mereka adalah hadiah dari Tuhan kepada anak dan menantu anda. (sangat setuju)
Pesanan di atas bukan hanya untuk anda. Kongsikan pada sahabat, pakcik, makcik, keluarga mertua, suami atau isteri anda supaya anda boleh mengecapi kehidupan yang lebih sempurna.
Wallahualam… 🙏🏻🙏🏻🙏🏻🤲🏼🤲🏼🤲🏼
*Selamat ulangtahun perkahwinan Syamil dan Ain. Sama sama pikul amanah beri didikan agama, akhlak, adab dan ilmu terbaik untuk dua amanah itu. Semuga Allah merahmati*.
Waktu bayi, anak akan menangis bila ada sesuatu yang dia inginkan. Boleh jadi lampinnya basah dan dia mahu ia ditukar. Mungkin juga bayi menangis kerana perutnya berkeroncong minta diisi susu atau makanan. Menangis kerana rasa insecure juga boleh jadi ketika mereka masih bayi.
Namun, semakin anak membesar mereka sudah tidak menggunakan tangisan untuk menyatakan perasaan. Anak sudah boleh bercakap, jadi biasanya mereka akan beritahu apa yang mereka mahu. Tak perlu menangis lagi dah!
Ada beberapa situasi anak yang dah besar ni akan menangis. Salah satunya untuk memanipulasi ibu ayah ketika mahukan sesuatu yang mungkin kita takkan berikan pada mereka.
Penjelasan dari En. Mohd Fhais Salim ini mungkin dapat memberi sedikit input kepada kita. Menurutnya, jika teknik manipulasi dengan tangisan ini berjaya ia mungkin akan memudaratkan.
Ikuti penjelasan lanjut dari beliau;
Biarkan Dia Menangis!
Pada mulanya bayi menangis sebab itu cara dia komunikasi dengan kita. Dia nangis sebab nak bagitahu kita dia lapar, haus, sakit, ngantuk dan nak dukung. Itu normal.
Ini juga satu benchmark yang kemahiran bercakap seawal usia 2 tahun tu penting. Supaya dia boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih sihat selain menangis. Semakin dia membesar, menangis bukan lagi cara untuk komunikasi sebaliknya dia dah jadikan menangis sebagai teknik manipulasi.
Selalunya nak mainan, nak gajet, nak ais krim dan apa sahaja yang dia berkenan, dia akan guna teknik manipulasi ni. Ini bahaya!
Sekali kita turutkan memberi apa anak nak “selepas” dia menangis berkali kali anak akan ingat paten kelemahan kita. Hah, sedialah anak akan buat paten yang sama berulang-ulang kali sampai kita naik jelak. Sebab tu la kalau anak cuba buat teknik manipulasi dengan menangis, biarkan je dia menangis! Serius! Biar dia menangis.
Asalkan tak ada mudarat, bebas dari bahaya, walau mata sembab sekalipun biarkan. Sembab senang hilang tapi sikap besar kepala susah giler nak hilangkan, huh! Kena tegas sikit, kalau dah kata No means No. Jangan bolak balik dalam mengajar tentang displin & adab pada anak anak ye. Lagipun itu sahaja cara untuk ajar anak tentang “Frustration Tolerance”, lama kelamaan nanti anak faham bahawa menangis bukan cara untuk mendapatkan apa yang dia mahu.
Frustration tolerance ni la yang banyak beri manfaat pada kemahiran kemahiran lain seperti :
– Self control
– Urus diri
– Berunding
– Tolak ansur
– Disiplin
– Minta izin
– Minta tolong
– Hormat orang
Dan banyak lagi kemahiran penting penting. Jadi ibu ayah semua, jangan cepat kecut perut bila nampak anak menangis ya. Cool, anak sedang test kita ni tegas atau lemah. Tu je!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.