Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad meluahkan rasa syukurnya bila mana anak sulungnya, Naera Mikayla menyatakan keinginanya untuk tampil bertudung.
Akui Nabil, dia dan isterinya Nazirah Ayub tidak pernah memaksa anak sulung mereka yang kini berusia 11 tahun itu untuk bertudung namun memberikan sokongan buat Mikayla.
Malah akui Nabil lagi, dia tidak mahu berkongsi perkara itu kerana bimbang jika anaknya diuji kembali tidak bertudung satu hari nanti.
“Pada mulanya masa dia minta pakai tudung, saya dan isteri terkejut sebab dia baru darjah lima.
Ads
“Saya tak pernah meminta dia memakai tudung. Asalkan pakai apa yang dia selesa. Tapi Alhamdulillah saya gembira,” kongsinya.
Sebagai tanda sokongan, bapa penyayang ini turut membelikan setiap warna tudung yang menjadi kegemaran anaknya.
“Saya sebenarnya tiada niat berkongsi mengenai hal ini kerana saya sangat takut nanti bila Allah uji dia sekiranya ingin membuka semula tudung.
Ads
“Jadi saya biar sahaja. Saya bagi sokongan dan belikan setiap warna tudung yang dia mahu,” katanya.
Dalam pada itu, Nabil sentiasa berdoa serta berharap agar anak perempuannya itu kekal istiqamah dalam menutup aurat serta tidak mengikut jejak langkahnya yang agak lambat dalam mendalami agama.
Ads
“Saya tidak mahu anak-anak ikut seperti bapa (merujuk kepada dirinya) mereka. Saya dulu tak baik, bapa mereka nakal. Belajar agama pun lambat. Dapat hidayah pun lambat.
“Jadi kalau boleh saya tidak mahu anak-anak saya melalui fasa buruk itu. Biar mereka melalui laluan yang betul. Apa yang boleh saya buat adalah berterusan mendoakan mereka untuk kekal istiqamah,” katanya.
Terdahulu, Nabil dan Zira Ayub mendirikan rumahtangga pada 2011. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya perempuan, Naira Mikayla, dan Layla Medyna dan Mishall Imani.
Kita merasakan dengan bekerja bersungguh-sungguh untuk segala keperluan anak sudah mencukupi untuk anak hidup selesa. Hakikatnya, anak perlukan kasih sayang bukan hanya ibu tetapi sepenuh bimbingan dari lelaki bergelar ayah.
Bukan hanya seorang ibu, ayah berperanan membentuk jati diri dalaman anak untuk jadi dewasa dan pandai berdikari. Dalam pada mendidik anak, jauhilah sifat-sifat semacam ini dalam mendidik anak.
1. Merasa berkerja mencari duit sudah cukup untuk anak-anak. Kadangkala saya sebagai ibu berkerja juga turut terdetik rasa begini. Sebenarnya tidak. Anak-anak perlukan kebersamaan, kasih sayang, pelukan dan perhatian seorang ayah.
2. Merasakan mengelap air mata atau memeluk anak menjadikan seorang bapa hilang ego dan kredibiliti. Bukankah Rasulullah SAW sering memeluk dan mencium anakanda baginda Fatimah Az zahrah?
3. Mahu anak hormati ayah dengan mewujudkan ketakutan. Percayalah, kedekatan hati tidak wujud apabila anak sering dalam ketakutan pada susuk seorang ayah.
4. Perlu wujudkan jarak agar anak tak pijak kepala. Apakah ini benar? Sedangkan ikatan hati terbina apabila anak bersedia untuk meluahkan isi hatinya pada kita. Kalau nak luah hati bukankah perlu dekat, bukan jarak?
5. Cukuplah ibu ambil tahu urusan anak. Tidak dinafikan, kerja itu penat. Ayah rasa penat berkerja biarlah ibu ambil tahu. Kadangkala ibu pun sibuk kerja juga, lepas tu ibu pregnant pula, lagi penat, akhirnya hal anak-anak 100% pada pembantu rumah atau cikgu. Nauzubillah.
Alangkah rugi kan, kalau kita hanya sedar perkara ni bila kita sudah tua dan anak-anak sudah berumahtangga.
Masa tu kita mahu anak dekat dengan kita, tapi seolah ada sesuatu yang menjarakkan.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Kalau musim buah-buahan, ramai yang tahu makan je tapi nama buah apa pun tak tahu. Kali ini kita cabar adik-adik BK, agaknya diorang tahu tak nama-nama buah yang ada dalam dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayu Raudhah bersyukur mampu menyusukan lima orang anaknya secara “back to back” sejak kelahiran cahaya mata sulung pada tahun 2014.
Suatu ketika dahulu nama pelakon Ayu Raudhah pernah rancak menghangatkan pentas lakonan. Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha pada tahun 2011.
Ayu memilih untuk membesarkan sendiri kesemua anak-anaknya Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2 dan Muhamad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.
Paling membahagiakan apabila adik kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan ini turut dikurniakan rezeki menyusukan kesemua anaknya dengan susu ibu sepenuhnya.
“Mula bersalinkan anak pertama sampai sekarang memang Ayu tak berhenti menyusukan anak. Kira back to back lah menyusukan lima orang anak. Paling lama dapat susukan anak selama dua tahun dan paling sekejap setahun lebih. Itu pun berhenti menyusukan anak sebab mengandung,” demikian beritahu pelakon berwajah keibuan ini.
Sepertimana ibu-ibu lain, Ayu mengakui menjaga anak ramai yang masih kecil usianya memang sangat mencabar terutama apabila turut menyusukan anak dengan susu ibu.
“Biasalah jaga anak kecik memang banyak cabaran, bila menyusukan anak kita kena fikir nak pakai baju apa yang senang untuk menyusukan dia bila keluar rumah,” ujarnya yang sudah terbiasa lapan tahun ada situasi anak kecil sedang menyusu.
Bagaimanapun pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) bersyukur dikurniakan suami yang penyayang dan ringan tulang membantu menguruskan anak-anak.
Berkongsi tentang amalannya mudah menyusukan anak terutama di bulan Ramadan, Ayu berpesan agar semua ibu menyusu rajin minum banyak air dan makan banyak makanan berkhasiat di waktu sahur.
“Pemakanan waktu sahur tu penting untuk bagi kita tenaga seharian berpuasa. Bila menyusukan anak kita mudah rasa lapar dan letih. Banyakkan makan makanan tinggi protein berbanding karbohidrat untuk melancarkan susu kita.
Selain dari itu penting untuk tidur cukup enam jam tapi kena tidur awal ya supaya kita lebih bertenaga dan sihat,” demikian Ayu berkongsi tipnya untuk sentiasa tampil ceria dan bertenaga.
Meskipun mengakui rasa rindu terhadap dunia lakonan sesekali datang bertandang, namun ibu anak lima ini bahagia memilih memberi tumpuan sepenuhnya kepada suami dan anak-anak.
Ditanya tentang jumlah anak yang diinginkan, Ayu dan suami sepakat tidak pernah target pun berapa jumlah anak yang diinginkan.
“Kalau ikut jumlah anak kami sepatutnya dah tujuh orang sebab Ayu pernah dua kali keguguran. Sekarang ada lima orang.”
Berseloroh menyahut kata-kata Ayu, balas Zaquan yang juga ketua pasukan bola speak Negeri Sembilan FC: “Tapi saya suka nombor lapan!”
Ayu yang pernah melalui proses pembedahan potong satu tiub fallopio disebabkan hamil luar rahim anak ketiga bersyukur kerana Allah tetap murahkan rezeki dengan kehadiran anak ramai. Jadi soal dikurniakan anak lagi tidak pernah merunsingkannya dan diterima dengan hati yang terbuka.
“Saya meletakkan keluarga prioriti dalam kehidupan, saya gembira dengan anak ramai dan kami berdua pun dibesarkan dalam adik-beradik yang ramai jadi rasa okey dan dah terbiasa,” demikian kata wanita yang bakal menginjak usia 37 tahun Disember depan.
Selain sibuk menguruskan keluarga, Ayu turut mengakui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu dia mula berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan makanan. Awalnya sekadar mengisi masa lapang kerana kebetulan suami tiada menjalani latihan bola speak.
Pasangan bahagia ini mula berniaga nasi ayam penyet secara dalam talian dan tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkkan dan akhirnya Zaquan mengambil keputusan untuk membuka kafe makanan di Seremban sejak lebih sebulan lalu.
Selain daripada itu Ayu juga mula mencabar diri meneroka bidang perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung.
Ayu sejak hujung tahun lalu juga disunting sebagai duta pakaian wanita mampu milik, byLR.
Bermula sebagai risikan menjadi duta jenama pakaian itu, Ayu menyerlahkan pengalamannya menceburi perniagaan sejak tahun 2012 menarik keyakinan rakan kongsinya itu untuk berada di depan menerajui perniagaan diusahakan.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
“Lalu ketika pihak byLR mempelawa untuk menjadi rakan strategik bagi memasarkan jenama itu, saya cabar diri. Komitmen saya bukan setakat duta, tapi juga ke depan dalam meningkatkan pengaruh serta kesedaran jenama itu.
“Saya fikir ini juga masa dan peluang terbaik untuk melangkah ke fasa lain sebagai usahawan. Ketika ini perhatian tertumpu kepada koleksi sedondon raya si ibu dan anak perempuan dan sebanyak 10000 helai pakaian diterbitkan sempena kehadiran Ramadan dan Syawal,” kata Ayu yang turut mengumumkan akan mengedar 10,000 tudung percuma dan baucar RM10 kepada peminatnya.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik di sini untuk mendaftar toko.ideaktiv.com
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walau hanya memasak nasi, namun memasak nasi putih juga perlukan kemahiran yang betul. Bagaimana sukatan air yang betul dan bagaimana pula nasinya akan menjadi sekata dan cantik. Semuanya perlukan teknik yang tepat.
Macam mana caranya nak masak nasi jadi cantik dan masak sekata macam ni? Tips yang dikongsikan oleh Puan Faizah Md Zain ini mama kena cuba.
Menurutnya, kalau nak dapat hasil nasi yang lembut, berderai dan masak sekata dari jenama basmathi ini kenalah buat langkah-langkah seperti di bawah.
TIPS MASAK NASI CANTIK BERDERAI & LEMBUT Saja nak kongsi yang dah tahu abaikan sahaja ye. Kalau masak nasi guna beras basmathi, tips akak untuk nasi yang lembut, berderai dan masak sekata adalah:
1. Basuh beras sehingga bersih.
2. Kemudian rendam 20 minit dalam air yang diletakkan dengan garam sedikit (petua ini saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai dan lembut).
3. Sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air (1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yang korang nak masak.
Untuk memasak akak didihkan dulu air baru masukkan beras. Kacau beras semasa air masih banyak, jika dah kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah.
Bila mewarnakan nasi, korang tunggu air kering baru titiskan pewarna dan biarkan sekejap baru kacau. Nasi nasi yang akak masak untuk tempahan, last sekali akak akan letak dua sudu butter (cara akak ye).
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!