Anak disahkan disleksia tetapi apa yang dilakukan Datin Sri Shahida ini wajar dicontohi. Tidak putus asa walau pun pada mulanya anak sukar untuk menguasai pelbagai kemahiran seperti menulis terbalik dan sukar memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama.
Datin Sri Shahida menerusi posting Instagramnya mendedahkan yang anak keduanya, Qadejah El-Zahra, 8 tahun disleksia. Berikut ialah perkongsian beliau;
INI SIMPTOM DISLEKSIA YANG DITUNJUKKAN
Qadejah anak disleksia…Mewarisi genetik dari @aliffsyukriterlajaklaris …..Dia lambat membaca bila saya hantar ke sekolah biasa….Suka pakai kasut terbalik…Suka menulis huruf terbalik ,tak boleh fokus sesuatu benda dalam masa yang lama, imaginasi tinggi dan di luar kotak…Dan bila menulis akan nampak seperti reflek cermin… Contoh mama akan jadi amam…..Mengaji pun lambat faham berbanding Ammar dan Baem….
DIHANTAR KE PUSAT DISLEKSIA
Atas nasihat guru Qadejah saya hantar ke Pusat Disleksia selama 3 bulan….Dia tak suka, hari-hari merungut….Alhamdulillah sekarang banyak perkembangannya, menulis masih terbalik tapi banyak dah ok…
SUDAH BOLEH MEMBACA
Boleh membaca…sebab cara ajarannya tak boleh macam kanak-kanak biasa…Jadi parents kalau ada anak yang lambat atau simptom macam ni saya sarankan buat test……Jangan ingat anak kita tak pandai..
Ads
SUKA MELUKIS
Tapi apa yang saya nampak anak disleksia ni suka melukis……Bijak dan berpandangan jauh…Berfikir di luar kotak yang orang lain tak fikir…Sifat dia juga pelik2…..Buat benda yang tak dijangka…..
Posting ibu kepada empat anak dan ibu angkat kepada dua anak angkat ini menerima pelbagai reaksi netizen. Apa yang dikatakan Datin Sri Shahida mengenai disleksia diakui oleh ibu bapa anak disleksia yang lain.
Ads
Malah ada di kalangan netizen yang bertanyakan info mengenai simptom dan apa yang perlu dilakukan selepas anak menunjukkan simptom-simptom disleksia. Ia membuka mata kebanyakan ibu bapa mengenai disleksia dan saling berkongsi info mengenainya.
Dapur sering dianggap sebagai ‘zona larangan’ untuk anak-anak kecil disebabkan risiko keselamatan seperti api, pisau, dan peralatan panas. Namun, dapur sebenarnya boleh menjadi tempat pembelajaran yang sangat berharga dan menyeronokkan bagi anak-anak jika diberi peluang dan bimbingan yang betul. Aktiviti memasak bukan sahaja melatih kemahiran praktikal tetapi juga membantu perkembangan mental dan emosi anak. Dalam dunia yang semakin sibuk, memberi ruang kepada anak-anak untuk mencuba memasak adalah satu langkah positif yang boleh membentuk mereka menjadi individu yang berdikari dan kreatif. Artikel ini memberi inspirasi kepada ibu bapa untuk berani membuka pintu dapur kepada anak-anak walaupun wujud stigma tentang bahaya, dengan harapan dapat menyemarakkan minat dan kemahiran memasak sejak kecil.
Memasak bukan sahaja tentang menyediakan makanan, tetapi juga satu bentuk pembelajaran yang kaya dengan pengalaman. Apabila ibu bapa memberi peluang kepada anak-anak untuk mencuba memasak, mereka sebenarnya membuka pintu untuk anak-anak belajar pelbagai kemahiran seperti membaca resipi, mengira sukatan bahan, dan memahami proses kimia makanan. Anak-anak bukan sahaja belajar teori, malah mereka dapat belajar secara praktikal yang membantu menguatkan daya ingatan dan kemahiran motor halus mereka. Selain itu, aktiviti ini turut membantu meningkatkan rasa percaya diri apabila mereka berjaya menyediakan hidangan mereka sendiri.
Stigma bahawa dapur adalah tempat berbahaya untuk anak-anak adalah salah satu sebab utama ibu bapa sering menghalang mereka daripada mencuba memasak. Memang benar ada risiko seperti terkena pisau atau api, namun risiko ini dapat dikurangkan dengan langkah pengawasan yang rapi dan mengajar anak-anak tentang keselamatan dapur. Contohnya, mulakan dengan tugasan mudah dan selamat seperti mencuci bahan atau mengacau adunan, kemudian secara berperingkat berikan tugas yang lebih mencabar. Ini bukan sahaja mengajar mereka berdisiplin, malah memupuk rasa tanggungjawab terhadap keselamatan diri dan orang lain di dapur.
Memasak sebenarnya satu seni. Anak-anak yang diberi peluang untuk mencuba memasak boleh mengembangkan kreativiti mereka melalui proses memilih bahan, memadankan rasa dan mencipta hidangan tersendiri. Aktiviti memasak ini boleh menjadi medium yang menyeronokkan untuk mereka bereksperimen dengan pelbagai rasa dan teknik. Menariknya, kajian juga menunjukkan bahawa anak-anak yang aktif memasak lebih cenderung untuk makan makanan sihat kerana mereka berasa terlibat dan bangga dengan hasil usaha mereka. Jadi, memberi ruang kepada anak-anak untuk memasak bukan sahaja mendidik mereka, malah membantu membentuk tabiat makan yang baik.
Aktiviti memasak bersama anak-anak sebenarnya adalah peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam suasana dapur yang santai dan penuh kasih sayang, ibu bapa dan anak-anak boleh berkomunikasi dengan lebih baik. Anak-anak belajar bekerjasama, berkongsi tugas, dan saling membantu, sekaligus menanamkan nilai-nilai penting seperti kesabaran, toleransi dan kerja berpasukan. Selain itu, pengalaman ini mencipta memori manis yang akan terus dikenang oleh anak-anak hingga dewasa. Mereka juga belajar menghargai usaha dan pengorbanan ibu bapa dalam menyediakan makanan untuk keluarga.
Kemahiran memasak adalah salah satu kemahiran hidup utama yang akan sangat berguna apabila anak-anak membesar dan mula hidup berdikari. Anak yang sudah biasa memasak sejak kecil akan lebih mudah menguruskan diri, terutama apabila tinggal berjauhan dari keluarga seperti ketika di universiti atau bekerja. Selain itu, mereka juga lebih cenderung untuk memilih gaya hidup sihat dan mengurangkan ketergantungan kepada makanan segera atau makanan luar. Secara psikologi, kemahiran ini turut menggalakkan rasa berdikari dan keyakinan diri yang tinggi.
Dengan memberi peluang kepada anak-anak untuk mencuba memasak walaupun dengan risiko kecil, ibu bapa sebenarnya sedang membina asas yang kukuh untuk masa depan anak mereka dari segi kemahiran, keyakinan, dan hubungan kekeluargaan. Jadi, jangan takut untuk biarkan anak-anak berdiri di dapur dan mula beraksi – asalkan langkah keselamatan dipatuhi, dapur boleh menjadi tempat penuh inspirasi dan pembelajaran yang menyeronokkan!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama papa perlu cepat bertindak bila anak 12 hingga 18 bulan masih belum hasilkan perkataan bermakna. Keadaan ini memang perlu dibimbangi! Ketahui 7 faktor yang biasa menjadi penyebab kegagalan ini.
Menurut Nawal Mohd Shafie, Juruterapi Bahasa dan Pertuturan Pediatrik, Sunway Medical Centre, komunikasi merupakan proses pertukaran maklumat di antara dua pihak dan ia amat mustahak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak. Komunikasi yang efektif memerlukan seseorang yang berkebolehan dalam memahami sesuatu perkara sebelum berupaya untuk bertutur mengenai sesuatu. Kemahiran berkomunikasi sudah mula berkembang sejak usia bayi lagi dan diperoleh secara berperingkat mengikut peringkat umur yang tertentu.
-Menghasilkan bunyi-bunyi yang berlainan seperti ‘uuuu’ dan ‘aaaa’ dan bunyi ini membawa maksud yang berlainan.
-Mula memahami beberapa perkataan mudah seperti ‘bye’, ‘jom’ dan ‘jangan’
-Mula meniru bunyi mudah seperti bunyi haiwan dan bunyi kenderaan
-Boleh mengenalpasti anggota badan yang asas (Contohnya tangan, kaki, perut, mata, mulut dan sebagainya).
-Boleh memanggil ibu bapa dan ahli keluarga yang terdekat.
-Menggunakan kata-kata sosial seperti (‘hi’ dan ‘bye’)
-Boleh mengikut arahan tanpa bantuan isyarat.
-Menggunakan 2-3 patah perkataan dalam satu ayat.
-Mula memahami konsep mudah seperti ‘warna’ dan ‘saiz’
-Menggunakan sekurang-kurangnya 3-4 perkataan dalam satu ayat
– Menggunakan ayat yang lebih panjang dengan kata hubung yang tepat untuk berkomunikasi ( lebih daripada 5 perkataan).
-Bunyi pertuturan (konsonan) 90% jelas.
Jika seseorang individu khususnya kanak-kanak tidak memperoleh kemahiran tersebut mengikut peringkat umur yang sepatutnya, dia boleh digolongkan sebagai mereka yang mengalami ‘speech and language delay’ atau pun ‘lambat bercakap’.
7 FAKTOR PENDORONGANAK LAMBAT BERCAKAP
#1 Masalah pendengaran.
#2 Masalah struktur (contoh: sumbing lelangit dan bibir).
#3 Masalah neurologi (contoh: Epilepsi/Sawan).
#4 Bayi yang lahir secara pra-matang.
#5 Kecelaruan spektrum autisme.
#6 Penyakit sindrom seperti sindrom Down, sindrom Fragile X.
#7 Faktor persekitaran seperti kekurangan stimulasi bahasa, penggunaan gajet yang berlebihan.
Bercakap menggunakan bahasa isyarat semasa kanak-kanak masih bayi tidak menyebabkan masalah ‘lambat bercakap’. Tetapi, ibu bapa perlu ingat setiap bahasa isyarat yang digunakan perlu disertakan dengan percakapan (melabel bahasa isyarat tersebut).
ANAK LAMBAT BERCAKAP, MAMA PAPA JANGAN HANYA TUNGGU!
Ibu bapa perlu memerhatikan perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak dari semasa ke semasa. Jika pada peringkat umur 12 hingga 18 bulan, anak tersebut masih belum menghasilkan sebarang perkataan yang bermakna, maka ibu bapa seharusnya membawa anak tersebut untuk pemeriksaan lanjut dengan juruterapi bahasa dan pertuturan yang bertauliah. Kata kunci penting dan perlu diingat di sini ialahJANGAN TUNGGU!!
Ibu bapa tolong peka perkembangan pertuturan anak-anak. Tanda-tanda seperti kekurangan atau tiada minat untuk bersosial atau berinteraksi dengan orang sekeliling (gemar untuk bermain bersendirian) dan kurang membuat kontak (pandangan) mata dengan orang sekeliling, ‘lambat bercakap’ juga merupakan salah satu tanda-tanda autisme yang tidak boleh dipandang remeh oleh ibu bapa.
8 CARA MEMBANTU SI KECIL MENGUASAI BAHASA & PERTUTURAN
Ibu bapa boleh membantu si manja untuk menguasai skil kemahiran bahasa dan pertuturan dengan meluangkan banyak masa bersama dengan bersama. Pelbagai teknik dapat dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk membantu perkembangan komunikasi anak-anak.
Teknik ini boleh dilaksanakan ketika bersama dengan ibu atau menggunakan gajet bersama. Selain secara bermain bersama, teknik ini turut dapat dilaksanakan ketika menggunakan gajet bersama dengan anak. Tetapi sentiasa ingat untuk tidak membenarkan mereka menggunakan gajet terlalu lama. Antara teknik yang dapat dilakukan ialah;
1.Melabel perbuatan yang sedang dilakukan oleh diri sendiri (Contoh: “Ibu makan roti.” “Ayah minum air”)
2.Melabel perbuatan yang sedang dilakukan oleh anak(Contoh: “Adik main bola”, “Adik pakai baju”)
3.Menghuraikan objek yang sedang digunakan(Contoh: Jika anak anda sedang bermain dengan kereta, anda boleh menghasilkan ayat-ayat seperti, “Kereta merah”, “Kereta biru besar”)
4.Menggunakan nada suara / intonasi yang berbeza jika ingin mengajar anak perkataan yang baru (highlighting) untuk menarik perhatian anak (Contoh: Ibu pegang EPAL (suara lebih nyaring dan kuat)
5.Bercakap mengikut kelajuan yang bersesuaian dengan anak anda (tidak terlalu laju) dan banyakkan hentian (pause) agar anak anda dapat mendengar dengan teliti setiap perkataan yang dihasilkan oleh anda.
6.Mengulangi perkataan yang disebut terutamanya perkataan baru yang diajar kepada anak anda.
7.Targetkan perkataan bersesuaian yang digunakan dalam rutin seharian anak anda terlebih dahulu.
8.Sentiasa berhadapan dengan anak anda semasa bercakap bagi menggalakkan eye contact.
ADAKAH ANAK SAYA LATE BLOOMER?
Golongan yang late bloomer pada awalnya dianggap tergolong dalam golongan mereka yang ‘lambat bercakap’. Selalunya apabila mereka mencecah umur 18 hingga 30 bulan, kemahiran komunikasi mereka akan setara dengan rakan sebaya mereka yang tidak mempunyai sebarang masalah komunikasi. Sekadar ingatan kepada ibu bapa sekali lagi, JANGAN TUNGGU! Jika anda rasa perkembangan komunikasi mereka tidak normal, teruskan berjumpa dengan juruterapi bahasa dan pertuturan yang terdekat dengan anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasa kita dengar orang cakap anak lelaki lambat sikit bercakap berbanding anak perempuan. Seolah-olah wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak lewat bercakap.
Sebenarnya cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan serta komunikasi yang banyak antara ibu bapa itu sendiri. Jika dari kecil anak-anak dengan gajet sepanjang masa, itu yang menyebabkan kesan pada masalah lewat bercakap.
Jangan cepat rasa lega anak-anak duduk diam tanpa buat sepah, tak melompat sana sini. Ciri-ciri ini mungkin petanda awal percakapan anak.
Menerusi perkongsian Speech/Language Therapist, Puan Ruby Atika di facebooknya, beliau menyenaraikan tanda-tanda anak ada masalah bercakap. Moga dapat membantu ibu ayah yang masih lagi ragu-ragu.
Tanda-tanda anak ada masalah bercakap:
1) Masih tiada langsung perkataan pertama pada umur 1;06. Ia patut muncul masa usia 1;03.
2) Tak buat isyarat badan (bye bye, habis, tunjuk, tepuk tangan) pada usia 1;03
3) Masih guna bahasa jargon pada usia 3 tahun. Ia patut berhenti pada usia 2;04 bulan.
4) Tidak menoleh apabila nama dipanggil. Dia patut toleh seawal usia 8 bulan lagi.
5) Tak datang apabila nama dipanggil. Tapi bila tv kartun kegemaran dia buka, dia cepat2 lari pergi kat tv.
6) Tidak bermain ikut fungsi objek. Walaupun dah 2-3 tahun, masih masukkan objek dalam mulut atau baling/ketuk mainan.
7) Tiada interaksi dua hala, walaupun boleh bercakap. Boleh sebut ABC,1-10, menyanyi, tapi tidak memanggil “mama”, “ayah” atau meminta “nak”.
Dengan senarai ini, ibu ayah yang ada ciri-ciri yang dinyatakan ini jangan berlengah lagi. Sebaiknya terus dapatkan nasihat pakar kerana lagi awal dirujuk, lagi mudah untuk pastikan anak-anak kita membesar dengan normal. Insya-Allah!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.