Tak Mahu ‘Mom To Be’ Membazir, Shima Anuar Kongsikan Panduan Beli Barangan Bayi

Share

Suatu ketika dahulu ketika mengandung anak sulung, pelakon jelita, Shima Anuar membuat pembaziran dengan membeli pelbagai barangan kelengkapan bayi yang banyak. Sudahnya masih ada yang tidak sempat digunakan, anaknya sudah semakin membesar. Tidak mahu perkara yang sama berulang, kali ini Shima mahu bersederhana dan membeli barangan yang perlu sahaja.

Melalui perkongsian di laman Instagram peribadinya, Shima berkongsi panduan kepada para ibu yang juga dalam perancangan untuk membeli barangan bayi. Shima menyarankan para ibu untuk membuat senarai barangan sebelum keluar membeli-belah.

Pertimbangkan sama ada ia betul-betul penting ataupun boleh dibeli kemudian sahaja. Untuk pakaian bayi pula, Shima memberitahu tidak perlu beli terlalu banyak kerana anak akan membesar. Selain itu, pelakon ini juga mencadangkan agar beli baju yang sesuai dipakai untuk kedua-dua jantina.

Tambah Shima lagi, elakkan pembaziran kerana benar kita akan cenderung untuk beli macam-macam. Semua benda mahu dibeli. Sambil itu, Shima turut bertanya jika ada tip lain yang mahu dikongsikan serta memberi peluang kepada peniaga atas talian untuk membuat iklan di ruangan komen.

Pa&Ma mendoakan agar kelahiran anak kedua Shima lancar dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat.

Sumber: Shima Anuar

 

IKLAN