Dalam kita sibuk bergembira meraikan hari raya dengan baju baru, rumah cantik, perhiasan rumah baru masih ada lagi yang tetap bersyukur meraikan hari raya walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook, Tuan Abd Ghani Haron dia berkongsi sebuah cerita dimana sepasang suami isteri yang serba kekurangan sedang memilih baju terpakai buat anaknya kerana mereka tidak mampu.
Sebuah kisah akhir Ramadhan buat renungan
Pasangan suami isteri itu berpakaian lusuh Mengendong Anak Tak Berbaju
Petang menjelang 1 syawal yang lalu, kami menerima kunjungan sebuah keluarga kecil yang datang untuk memilih pakaian terpakai yang digantung di bawah bumbung di luar pagar. Pasangan suami isteri itu tampak berpakaian lusuh, si suami mengendong anak lelaki yang tidak berbaju, manakala si isteri memegang tangan anak perempuan lingkungan usia 8 tahun.
Membelek helaian baju yang digantung
Mereka begitu tekun membelek helaian baju yang digantung. Sekejap-sekejap kedengaran tawa riang anak perempuan kecil itu bila ibunya mengacu baju ke badannya..barangkali gembira beroleh pakaian baru yang sesuai. Saya dan isteri kebetulan berada di luar rumah selepas melawat ibu kami. Isteri saya menegur mereka dan bertanya dari mana mereka datang. Nyata mereka datang dari sebuah kawasan perumahan flat di sungai petani yang jaraknya hampir 20km dari rumah kami.
Ads
Tak Mampu Beli Pakaian Baru Untuk Anak-Anak
Bila ditanya kenapa datang begitu jauh, jawapan si ayah membuat saya bungkam. “Kak, saya tak mampu nak beli pakaian baru untuk anak-anak sempena hari raya ini. Cukuplah saya dapatkan pakaian terpakai ni untuk gembirakan hati anak kami, lagipun baju-baju di sini nampak masih elok untuk dipakai”.
Kita Lupa Mensyukuri Nikmat Sedangkan Ada Lagi Manusia Serba Kekurangan
Kata- kata ini membuat saya merenung betapa seringkali kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan, meminta-minta untuk mendapatkan yang lebih, sedang ada manusia yang serba kekurangan memanjatkan syukur yang amat pada rezeki yang tidak seberapa di mata kita. Sedang kita asyik mendongak memandang ke langit, cemburu melihat apa yang tidak mampu dicapai, kita lupa menunduk ke bawah merenung apa yang di bumi, mensyukuri apa yang telah dikecapi.
Ads
Kita Merungut Tak Boleh Beraya Sakan, Tapi Keluarga Ini Bahagia Memilih Pakaian Terpakai
Ketika kita merungut tidak boleh beraya dan bergaya sakan dengan baju raya tahun ini dek kerana pkp, keluarga ini cukup bahagia memilih gantungan pakaian terpakai untuk menyambut hari raya. Seolah tiada gundah di hati mereka pada riak wajah yang gembira melayan anak-anak memilih baju terpakai. Demikianlah rasa cukup apa yang ada yang melahirkan ketenangan pada jiwa-jiwa yang bersyukur.
Allah berfirman dalam Surat Ibrahim ayat 7 berikut:
Ertinya: Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.”
Ads
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah” (HR. Muslim)
Kekayaan Hakiki Adalah Hati Yang Sentiasa Berasa Cukup
Ingatlah pesan Rasulullah SAW kepada umatnya: “Kekayaan (yang hakiki) bukanlah dengan banyaknya harta. Namun kekayaan (yang hakiki) adalah hati yang sentiasa berasa cukup.” ( hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Muhasabah Diri
Ayuh kita muhasabah diri, sudahkah kita melafazkan syukur hari ini kepada Allah, atas nikmat nafas yang dihela, nikmat mata yang boleh melihat, nikmat tangan yang boleh memegang, nikmat kaki yang boleh berjalan, nikmat pakaian yang menyamankan, nikmat kereta yang memudahkan pergerakan, nikmat rumah untuk perlindungan. Berhentilah merungut pada perkara yang tidak dimiliki, mulalah menghitung nikmat yang lupa untuk disyukuri.
Untuk makluman, Projek sedekah pakaian terpakai ini telah berlangsung hampir 9 tahun. Ia telah menjadi saksi beribu-ribu pakaian bertukar tangan. Beribu-ribu hati yang gembira dan berbunga menyarung pakaian hasil sumbangan anda para dermawan. Sehingga kini, kami masih menerima sumbangan pakaian terpakai untuk disedekahkan. Malah ada juga yang menyumbangkan periuk, pinggan mangkuk, kasut, buku cerita dan kelengkapan bayi seperti stroller dan child car seat. Sumbangan boleh disampaikan dengan datang sendiri ke rumah Cikgu Ghani ( sebelum jam 6petang) di Tikam Batu atau poskan ke alamat 318B, Kg Masjid, 08600, Tikam Batu, Kedah. Semoga sumbangan kecil kita ini terus dapat menggembirakan hati mereka yang memerlukan. InsyaAllah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cikgukreatif, ‘tangkap’ gambar murid kelas guna kotak, ‘vibe’ macam di studio. Tugas seorang guru tidak semudah yang disangka. Perlu kreatif ketika terutama apabila mengajar murid sekolah rendah.
Murid-murid sekolah rendah lebih suka belajar sambil membuat aktiviti yang menyeronokkan. Jadi, cikgu haruslah mempunyai banyak idea untuk mengajar murid-murid di dalam kelas.
Cikgu Kreatif, ‘Tangkap’ Gambar Murid Kelas Guna Kotak
Tular baru-baru ini apabila seorang cikgu lelaki dipuji ramai gara-gara kreativitinya mengambil gambar kelas dengan menggunakan kotak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cekguzul, kelihatan cikgu itu berkongsi proses mengambil gambar kelas dengan muridnya menggunakan kotak kosong yang boleh memuatkan setiap orang di dalamnya.
“Prosesnya sangat menyeronokkan. Selain seronok dapat muat dalam kotak, saya dan murid-murid seronok dapat buat sama-sama projek deko kelas kami ini.
“Doakan kami juga dapat tambah baik kelas kami lagi termasuklah langsir atau mungkin dinding ke kan? Sekarang tengah usahakan untuk jadual dan info murid dulu,” katanya.
Memang seronok dapat cikgu kreatif. Murid-murid pun teruja nak masuk kelas!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Setiap kali melihat anak membesar, pasti ada saja ciri yang buat ibu tersenyum sendiri. Ada anak yang bila senyum, terus teringat senyuman ibu. Ada pula yang cara marah, cara kemas rambut atau cara bercakap memang salin tak tumpah macam maknya!
Ramai ibu selalu tertanya, “Kenapa anak ikut aku betul ni?” Persoalan ini membuka perbincangan tentang genetik ibu kepada anak yang sememangnya kuat mempengaruhi pembentukan ciri si kecil.
Gambar Hiasan AI
Jawapannya, sains membuktikan bahawa ada beberapa genetik ibu yang memang dominan dan lebih kuat diwarisi anak. Sebab itu walaupun rupa ikut ayah, perangai atau emosi selalunya ‘cop ibu’.
Berikut 5 genetik ibu yang paling kuat turun kepada anak dan sering membuatkan mak & anak nampak macam ‘copy paste’.
1. Bentuk Wajah & Warna Kulit
Ini yang paling mudah dilihat. Banyak ciri fizikal anak sebenarnya dipengaruhi oleh gen ibu, antaranya:
bentuk wajah,
struktur hidung & bibir,
bentuk mata,
tona kulit,
tekstur rambut.
Walaupun anak mewarisi gabungan DNA kedua ibu bapa, ada gen tertentu daripada ibu lebih dominan dalam menentukan pigmen kulit serta struktur tisu wajah. Itulah sebabnya ramai anak memang nampak sangat ‘mirip’ ibu walaupun ada campur rupa ayah. Genetik ibu kepada anak menjadi faktor utama yang menjadikan ciri-ciri ini begitu ketara.
2. Kecerdasan Emosi (EQ)
Kajian menunjukkan ibu memainkan peranan besar dalam membentuk cara anak mengawal emosi, termasuk:
sifat penyayang & empati,
tahap sabar,
reaksi terhadap tekanan,
cara menenangkan diri.
Malah emosi ibu ketika hamil juga turut mempengaruhi perkembangan sistem saraf bayi melalui hormon yang dialirkan dalam rahim. Jadi kalau anak jenis lembut hati atau cepat tersentuh, besar kemungkinan ia datang daripada ibu. Ini sekali lagi menunjukkan betapa kuatnya genetik ibu kepada anak dalam aspek perkembangan emosi.
3. Tenaga Sel (Mitokondria), 100% Dari Ibu
Ini fakta yang ramai tak tahu. Mitokondria, iaitu ‘penjana tenaga’ dalam sel badan, datang sepenuhnya daripada ibu. Sperma tidak membawa mitokondria ketika persenyawaan berlaku.
Kecekapan mitokondria menentukan:
tenaga badan,
metabolisma,
kecenderungan cepat penat,
serta kerentanan terhadap penyakit berkaitan sel.
Sebab itu tenaga sel badan anak sangat bergantung pada genetik ibu. Dalam banyak kes, kecergasan atau kelemahan metabolik anak boleh ditelusuri kembali kepada ciri kesihatan sel ibu.
4. Tahap Kecerdikan & Memori
Ciri kecerdikan seperti daya ingatan, pemprosesan bahasa, logik dan pemikiran kritis sangat dipengaruhi oleh gen pada kromosom X.
Sebab wanita memiliki dua kromosom X, ibu memberikan kombinasi gen yang lebih besar dalam menentukan:
kemampuan kognitif,
memori jangka pendek & panjang,
kemahiran bahasa,
keupayaan belajar.
Tidak hairan jika ramai anak yang cerdik dan cepat tangkap pelajaran mempunyai persamaan gaya pembelajaran seperti ibu. Kajian demi kajian menunjukkan kesan kuat genetik ibu kepada anak dalam perkembangan otak dan memori.
5. Risiko Penyakit & Daya Tahan Tubuh
Genetik ibu turut memainkan peranan besar dalam sistem imun anak, termasuk:
kecenderungan kepada penyakit seperti diabetes,
tekanan darah,
alergi,
penyakit autoimun.
Sejak dalam kandungan, tubuh ibu membentuk antibodi yang memberi perlindungan awal kepada bayi. Sebab itu tahap ketahanan badan anak banyak dipengaruhi oleh genetik dan kesihatan ibu semasa kehamilan.
Kesimpulan: Anak Memang Banyak ‘Copy Paste’ Ibu, Bukan Kebetulan!
Hubungan ibu dan anak bukan sahaja terbina melalui 9 bulan mengandung atau kasih sayang yang dicurahkan setiap hari, tetapi turut ‘diikat’ oleh genetik yang ibu wariskan kepada anak.
Sains membuktikan betapa besar peranan ibu dalam membentuk rupa, emosi, kecerdikan, tenaga badan dan kesihatan anak. Maka tidak peliklah kalau mak-mak selalu dengar orang berkata, “Macam tengok maknya waktu kecil dulu!”
Hubungan ini sangat istimewa kerana dalam diri setiap anak, ada sebahagian besar daripada ibu. Genetik ibu kepada anak menjadikan ikatan itu lebih unik, lebih rapat dan penuh makna.
Perginya ibu kepada empat anak yang masih kecil benar-benar dirasai oleh seluruh ahli keluarga arwah Norwahidah Abd Raup, 35. Pemergian arwah Norwahidah yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kepala Batas mengejutkan ahli keluarga, saudara mara dan rakan.
Melalui apa yang dikongsikan oleh adik arwah, Nurizziaty Abd Raup, arwah kakaknya tidak mengalami sebarang penyakit kerana sehari sebelum arwah tak sedarkan diri, sempat buat kejutan dengan menghantar sebuah kereta kepada emak.
Ujian Covid yang dilakukan selepas arwah dimasukkan ke hospital juga negatif sehinggalah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan doktor sahkan ada Pulmonary Embolism (menyebabkan saluran paru-paru tersumbat dengan darah beku).
Setelah dirawat di ICU selama seminggu, pada 17 Disember lalu, akhirnya Allah jemput arwah dalam keadaan cukup tenang dengan mendapat keredaan ibu dan suami disisinya.
Sementara itu, menerusi Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) turut memaklumkan pemergian arwah Norwahidah.
Menurut kenyataan tersebut, Allahyarham Norwahidah Abd Raup merupakan seorang kakitangan yang berwibawa dan banyak menyumbang bakti di fasiliti kesihatan
“Pihak JKNPP merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarhamah dan pemergian beliau merupakan kehilangan yang sangat dirasai oleh pihak JKNPP,” tulis posting tersebut.
Difahamkan, arwah meninggalkan empat cahaya mata termasuk seorang bayi lelaki yang baru berusia lima bulan.
Menerusi Facebook suami arwah, Mohd Nurilfahmi Hasan Basri, sebelum koma semuanya seperti biasa dan baik-baik saja. Arwah langsung tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.
Namun Allah uji di saat anak-anak masih memerlukan kasih sayang ibu dan semuanya sudah ditentukan ilahi. Walaupun agak berat namun demi anak-anak, hidup perlu diteruskan.
Tiap kali lihat anak-anak yang masih kecil, memang sedih tapi apabila melihat anak perempuan tunggal dari empat beradik yang seiras dengan arwah isteri, semangat untuk membesarkan amanah isteri akan dijaga sebaik mungkin.
Harap suami dan empat anak arwah terus tabah dan kuat meneruskan hidup walaupun bukan senang nak menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang. Semoga roh Norwahidah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.