Bukan biasa-biasa namun keberanian anak kecil berusia enam tahun yang memandu kereta ibu bapanya bersama adiknya mengejutkan orang ramai.

Dalam kejadian yang berlaku di Langkawi, kanak-kanak itu bersama adiknya berusia tiga tahun dikatakan menaiki kereta Toyota Vios milik keluarganya untuk ke kedai membeli mainan.

Beberapa video dikongsikan warga maya di laman sosial memaparkan pemanduan kanak-kanak berkenaan yang berakhir dengan kemalangan akibat terbabas.

Apabila ditanya orang awam yang membantu, kanak-kanak lelaki itu menjelaskan mahu ke kedai.

Video kemalangan terbabit yang tular tengah malam tadi tambah mengejutkan bila mengetahui kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak berkenaan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

“Saya Nak Pi Kedai” Kanak-Kanak 6 Tahun Pandu Kereta 2.5Km, Bawa Adik 3 Tahun Nak Beli Mainan!

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan kanak-kanak itu memandu dari rumahnya di Kampung Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka.

IKLAN

2-Kanak-kanak berkenaan memandu lebih kurang 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi.

3-Dalam kejadian, kanak-kanak itu mengalami cedera pada bahagian dagu.

4-Manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

5-Hasil siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan.

6-Difahamkan ketika kejadian bapa dua beradik itu sedang tidur. Pada mulanya ibu ada bersama mereka sebelum ke bilik air.

IKLAN

“Saya Nak Pi Kedai” Kanak-Kanak 6 Tahun Pandu Kereta 2.5Km, Bawa Adik 3 Tahun Nak Beli Mainan!

7-Selepas ibunya dari bilik air, beliau mendapati kedua-dua anaknya itu sudah tiada di dalam rumah.

8-Susulan kemalangan, kenderaan yang dipandu kanak-kanak tersebut mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bumper hadapan sebelah kiri.

9-Keadaan tempat kejadian adalah gelap dan jalan lurus.

10-Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, wargamaya turut meninggalkan pelbagai reaksi namun bersyukur dua beradik itu ditemui selamat walaupun terbabas.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Kredit: Sinar Plus & Berita Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI