Menantikan si kecil dalam kehidupan sebagai suami isteri sangat diharap-harapkan. Bukan  hanya sebagai pengikat kasih sayang keluarga malah anak juga rezeki yang tidak ternilai daripada tuhan.

Namun tak semua yang bernasib baik. Mungkin ada yang baru berkahwin terus dikurniakan rezeki untuk hamil. Ada yang berusaha bertahun-tahun lamanya tetapi langsung tidak pernah mendapat keputusan “positif” apabila ujian kehamilan dilakukan. Ada pula disahkan hamil namun diuji dengan keguguran. Ini semua bergantung atas rezeki masing-masing.

[Baca: Anak-Anak Memang Suka Tanya “Kenapa” Itu & Ini. Jangan Tipu, Dia Akan Ingat!]

Begitulah situasi yang dialami oleh suami isteri ini apabila sabar bertahun-tahun lamanya menantikan cahaya mata sebagai penyeri hidup. Mereka akhirnya dikurniakan sepasang cahaya mata kembar dan berita gembira ini telah dikongsi oleh adiknya di laman twitter.

ALLAH bagi pada masa yang tepat

Sedih bila kakak cakap “Kak Nor dah ada anak dah”

Kakak memang Happy teruk tapi dia still unstable 

Dia tak pernah mengeluh

Rezeki ALLAH tu benar!

Sumber: fallahnorose

BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOKKAN DAPAT ANAK KEMBAR?

Dr Hamid Arshat iaitu pakar sakit puan telah berkongsi 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan di akaun Facebook miliknya.

Peluang hamil bagi orang Asia hanya 1-2% sahaja, keluarga belah ibu dan wanita yang hamil pada umur 40 tahun keatas lebih cenderung untuk hamil anak kembar

1. Orang Asia 1-2%

Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang putih amerika dan eropah kadarnya 3 %.
Orang asia termasuk orang malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.

2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu

Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar menungkat 4 kali ganda.

3. Hamil Umur 40 Tahun Ke Atas

Mereka yg telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umor 40 tahun keatas.

Pemakanan, supplements tambahan dan rawatan yang membuka peluang untuk anak kembar juga perlu dititikberatkan

4. Amalkan supplement Vitamins dan Folic Asid

Mereka yg tahap kesihatan terbaik dan makan yg berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.

5. Makan Produk Tenusu

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Munkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yg dikeluarkan olih hati lembu jadi penyebab hamil kembar.

6. Makan Keladi Dan Ubi

Orang2 asli africa yg makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.

7. Hormon Subur

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yg makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10 %. Manakala mereka yg disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang2 berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.

8. Rawatan IUI Dan IVF

Mereka yg menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yg menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.

Semoga perkongsian ini berguna dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar!