Pelakon jelita, Sari Yanti mengakui dirinya kini berbadan dua melalui insta story pada 13 jam yang lalu. Berita gembira tersebut dibuat melalui QnA “Silakan Tanya. Kalau Sempat Akan Dijawab ya” yang dibuka kepada peminat beliau.
Tentu sekali pendedahan ini menjadi berita gembira buat semua peminat yang berteka-teki selepas gambarnya bersama Scha Alyahya di sebuah hospital ternama viral.
Menurut beliau, lebih 50% soalan yang diajukan adalah berkenaan kehamilan terkininya. Beberapa soalan mengenai kehamilan dirinya turut dikongsi di insta story beliau.
Iya betul Kakak Sari Mengandung. Alhamdulillah
Bila ditanya tentang target untuk mempunyai berapa anak, dia mengakui masih belum menetapkan jumlah had anak.
Sebelum ini Sari Yanti pernah mengalami keguguran dan kehamilan ini adalah kehamilan yang ke-7 (termasuk perkahwinan terdahulu – 2 anak lelaki).
Selepas mendirikan rumah tangga bersama Jep Sepatuh, Sari Yanti mengalami keguguran kali pertama pada tahun 2018. Keguguran kali pertama berlaku kerana Sari mengandung di luar rahim sehingga menyebabkan Sari terpaksa membuang salah satu tiub fallopiannya.
Ads
Setelah mencuba, Sari selamat melahirkan anak pertama bersama Jep yang diberi nama Dariya Inara.
Selepas kelahiran Dariya Inara, Sari Yanti sekali lagi disahkan hamil. Namun kehamilanya tidak dapat bertahan lama. Keguguran kedua berlaku ketika usia kandungan Sari mencecah 3 bulan.
5 Anak bersama Jep (termasuk 2 gugur) – Pertama (Keguguran), Kedua- Inara, Ketiga (keguguran), Keempat – Khidir, Kelima (Sedang Hamil)
Sari turut berkongsi aktiviti harian dan vitamin yang diambil sepanjang kehamilan.
Ads
Tak boleh lemah sebab kena jaga anak dan rumah
Memang mencabar jaga anak kecil dan pregnant, sabar nanti Allah tolong
Tak berdaya nak masak
Ads
Tiada maid, semuanya buat sendiri
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan 2 cahaya mata, Dariya Inara (3 tahun), Muhammad Khidir (9bulan).
Sari juga mempunyai 2 cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil perkahwinan terdahulu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru sahaja melahirkan anak, tahu-tahu tak sampai setahun hamil semula. Benar, setiap anak itu pembawa rezeki. Kebanyakan doktor tidak menyarankan kehamilan jarak dekat kerana khuatir tentang kesihatan si ibu dan bayi dalam kandungan terbaharu. Oleh itu, biasanya doktor atau juru rawat akan bertanyakan tentang kaedah perancang keluarga yang mahu digunakan oleh ibu selepas bersalin.
Selain pengambilan pil perancang atau penggunaan kondom, salah satu kaedah merancang keluarga adalah pemasangan alat dalam rahi yang dikenali sebagai (IUCD). IUCD adalah singakatan daripada Intrauterine Contraceptive Device. Alat ini berupa plastik kecil yang bersalut dengan dawai kuprum yang dipasang dalam rahim.
Ada satu atau dua benang halus pada hujungnya supaya nampak seperti tergantung pada pangkal rahim. Pernah berkongsi tentang ciri-ciri IUCD, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan mengatakan kaedah ini boleh membantu perancangan keluarga selama 3, 5 atau 10 tahun kepada jenisnya.
Alat dalam rahim (IUCD)?
Alat ni berupa plastik kecil yang bersalut dgn dawai kuprum yang diletakkan dalam rahim. Ianya ada 1 atau 2 benang halus pada hujungnya supaya boleh nampak tergantung pada pangkal rahim (serviks).
IUCD boleh berfungsi sebagai alat perancangan keluarga selama 3, 5 atau 10 tahun bergantung pada jenisnya. Kalau ada dah berumur 40 tahun atau lebih, bila IUCD ni dipasang, ianya akan berfungsi sebagai perancangan keluarga sehinggalah mencapai umur menopos. Dah menopos, tak perlu lah lagi pakai perancangan keluarga kan. Bukan utk mereka yg berumur 40 tahun je, mana-mana peringkat usia pun boleh pakai setelah dipikirkan sesuai oleh Dr.
Kadang2 IUCD ni dipanggil ‘coil’ atau ‘copper coil’. Ada pelbagai jenis dan saiz.
99% berkesan untuk mengelakkan dari mengandung – maka sangatlah sesuai utk digunakan. Kurang dari 1 dalam 100 wanita yang menggunakan IUCD sebagai teknik merancang keluarga akan mengandung dalam 1 tahun. Jika IUCD digunakan selama 5 tahun, kurang dari 2 dalam 100 wanita yg menggunakan IUCD akan mengandung sepanjang 5 tahun tu. Efektif kan?
Bila dah pasang IUCD tu boleh digunakan sehingga sekurang-kurangnya 5 tahun( mengikut jenis) dan tak perlu dah nak ingat nak makan ubat hari-hari seperti pil perancang.
Period mungkin jadi lebih banyak, panjang atau sakit. Tetapi akan beransur seperti sediakala selepas beberapa bulan. Tapi perlu ingat, IUCD tidak melindungi seseorang wanita itu untuk mendapat penyakit bawaan kelamin kerana fungsinye hanya utk mencegah kehamilan terjadi.
Risiko-risiko yg berkaitan dgn IUCD:
Risiko kecil mendapat jangkitan kuman untuk 20 hari pertama lepas IUCD dimasukkan.
IUCD boleh terkeluar dari rahim. Mungkin anda pun Tak sedar iucd perkara ni berlaku. Nnti misi atau Dr akan ajar mcm mana nak periksa IUCD ni masih ada atau tak dgn meraba hujung benang halus pada hujung IUCD tu.
Jarang berlaku, tapi ada risiko kecil IUCD ni boleh tertembus masuk ke dalam dinding rahim dalam proses memasukkan alat ini. Risiko ini terjadi lagi tinggi jika anda baru lepas bersalin. Sympom merangkumi sakit tapi selalunya takda apa-apa sebab bahagian yg tertembus tu boleh baik dan sembuh dgn sendirinya. Walau bagaimanapun, kejadian IUCD tertembus ni dikurangkan jika prosedur dilakukan oleh doktor yg berpengalaman.
Walaupun susah untuk mengandung jika dah dimasukkan IUCD, tapi JIKA MENGANDUNG, risiko utk dpt kehamilan luar rahim meningkat. Perlu diingatkan, dengan pemakaian IUCD tidak meningkatkan risiko sesorang wanita tu utk dapat kehamilan luar rahim jika dibandingkan dgn orang yg tak menggunakan apa-apa teknik perancangan keluarga.
Boleh dimasukkan bila-bila masa dalam kitaran haid, dengan syarat anda TAK mengandung.
Bagaimana Dr nak masukkan IUCD?
IUCD dimasukkan ke dalam rahim. Pemeriksaan pada bahagian perut dilakukan untuk menentukan kedudukan rahim. Masukkan IUCD tak lama pun, paling lambat dalam 5 minit. Mungkin akan ada sakit sikit mcm cramping pain dan pendarahan sedikit tapi untuk beberapa hari saja lepas IUCD dimasukkan. Kalau perlu baru makan ubat tahan sakit.
Jumpa Dr dan tanya pasal IUCD. Mungkin ini adalah yg terbaik untuk anda dalam membantu menjarakkan kelahiran. Untuk makluman anda, kawan-kawan doktor perempuan saya pun ramai menggunakan kaedah IUCD sebagai teknik perancangan keluarga. Tengok tu, doktor pun menggunakan sekurang-kurangnya kaedah yg berkesan, bukan rancang-rancang sendiri sebab takut ‘melekat’ lagi.
Every pregnancy is a planned pregnancy. Takda eksiden eksiden punya.
Saranan para doktor supaya seseuah pasangan berkahwin itu untuk merancang kehamilan yang seterusnya adalah demi kesihatan serta keselamatan wanita itu dan bayinya. Banyak komplikasi yang boleh berlaku sekiranya si ibu hamil jarak dekat terutamanya jika mereka jenis berisiko tinggi. Ikutlah saranan doktor selagi ia tidak memudaratkan anda mahupun bayi yang bakal dilahirkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menanti kelahiran cahaya mata kedua, Anzalna Nasir menyimpan hasrat agar anak kedua dapat berkongsi tarikh kelahiran yang sama dengan putera sulungnya, Mohamad Eidrees iaitu pada 31 Mei.
Berdebar tapi teruja
Sedang menghitung hari, Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Mohd Nasir mengakui teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan bayinya nanti.
“Kalau ikutkan, saya mahu bersalin pada 31 Mei nanti. Dapatlah si adik berkongsi tarikh lahir yang sama dengan abangnya. Tapi apa-apa pun, saya tengok keadaan dulu.
“Saya dan suami sudah tak sabar untuk melihat wajah anak kedua kami. Kami juga sudah menyediakan 100 peratus kelengkapan bayi, memandangkan barang-barang ketika menyambut kelahiran Eidrees sudah diberikan kepada orang lain,” katanya.
Berat masih ‘maintain’, saiz perut besar
Ditanya mengenai pengalaman kehamilan anak kedua, wanita berusia 34 tahun itu memberitahu dia tidak mengalami masalah berat ketika hamil, kecuali terpaksa membawa saiz kandungan yang agak besar berbanding sewaktu mengandungkan anak sulungnya itu.
Tambah Anzalna, dia juga mengaku cepat berasa penat namun semuanya masih dapat dikawal.
“Tidak banyak perbezaan pun dengan kehamilan sebelum ini. Perbezaannya cuma kandungan saya kali ini agak besar.
“Jadi saya cepat penat ditambah perlu menguruskan Eidrees yang masih memerlukan perhatian kerana dia juga masih kecil,” katanya.
Lebih selesa jaga anak sendiri berbanding pembantu
Enggan anaknya diasuh oleh orang luar, Anzalna berkata, dia mahu memainkan peranan sepenuhnya sebagai ibu yang membesarkan anak-anak.
“Walaupun dalam keadaan sedang sarat hamil, saya masih menguruskan anak yang dijaga sepenuhnya tanpa pengasuh. Saya ada pembantu, tapi tugasnya hanya menguruskan kebersihan rumah.
“Cuma sekarang ini pembantu saya sedang bercuti, jadi kerja-kerja menguruskan rumah saya yang lakukan. Walaupun penat, tetapi saya gembira dengan apa yang saya buat. Ini merupakan pengalaman indah bergelar seorang ibu,” katanya yang sudah berjanji akan membesarkan dan mendidik anak-anak sepenuh perhatian di depan mata.
Dalam pada itu, Anzalna turut ditanya mengenai rahsia hubungan rumah tangga kekal bahagia.
Katanya setiap pasangan mempunyai pilihan dalam mengekalkan rumah tangga yang dibina supaya berada pada landasan yang baik.
“Apa yang penting perlu saling memahami. Alhamdulillah saya dan suami banyak saling bantu-membantu terutama bab menjaga anak. Apa yang kami lakukan selalunya bersama.
“Kalau suami nampak saya penat, dia akan ambil alih menguruskan anak, bukannya lepas tangan. Perkara kedua ialah saling mempercayai antara satu sama lain,”katanya.
Terlalu lama menanti, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat sedikit masa lagi.
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Terdahulu, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.