Menjadi seorang ibu memang bukan satu tugas yang mudah. Tambahan pula perlu membesarkan anak-anak yang masih kecil. Ia tentunya satu cabaran besar yang perlu dilalui oleh seorang insan bergelar ibu.
Diakui oleh suri hati kepada penyanyi dan pengacara Alif Satar iaitu Sha Dila Halid berkongsi bahawa dia pernah menangis kerana adakalanya dia berasa terlalu letih mental dan fizikal dalam memikul tugas sebagai seorang ibu.
Menurut Sha Dila untuk sesetengah wanita mungkin tugas menguruskan anak-anak mudah buat mereka, namun tidak baginya. Walaubagaimana pun, Sha Dila turut menyatakan bahawa bergelar seorang ibu merupakan perkara terbaik dan terindah yang pernah berlaku dalam hidupnya.
“Tiga orang ini, saya harap mereka tahu sejauh mana sayang saya kepada mereka. Jadi seorang ibu adalah perkara yang paling terbaik pernah terjadi. Tapi saya tak boleh nafikan saya perlu berdepan dengan banyak cabaran.
Ads
“Tak senang nak jaga anak-anak. Mungkin mudah bagi sesetengah orang tapi saya akui bukan mudah untuk saya. Ada hari saya menangis sebaba sangat penat dari segi fizikal dan mental,” tulisnya di Instagram
Dalam pada itu, Sha Dila turut memuji ibu bapa yang berjaya mengharungi cabaran dalam tempoh sukar penularan wabak COVID-19. Ujarnya, ibu bapa sentiasa berdepan cabaran setiap hari namun berjaya hadapi segalanya.
These 3… sigh.. I hope they know the extent of my love for them. Being a mom is the best thing that has ever happened… but I cannot deny I have been faced with so many challenges. Tak senang nak jaga anak-anak ni.. it may be easy for some but I gotta admit, it hasn’t been so easy for me. There are days I would just breakdown and cry because I was so tired physically and mentally. Being a perfectionist and a clean freak is not easy too with 3 small children. Many times I just wanted to sleep and ignore all the cries…. but I wouldn’t trade all these for anything else. NEVER. I salute all parents out there, especially during this trying time, it is not always fun and games. We are often faced with challenges on a daily basis and yet we face it with full force. Mothers and fathers are truly their children’s heroes. Again, Happy Mother’s Day and I pray all you beautiful mommy souls will be in Paradise for all your love and sacrifice. Truly, Heaven lies under your feet…. #AlishaArianaAli
Alif Satar dan Sha Dila mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Alisha Anugerah,5, Ariana Mecca, 3, serta Muhammad Ali.
Ads
Memang tak mudah jadi seorang ibu, sokongan daripada suami amatlah perlu seperti membantu dalam menguruskan anak-anak dan juga kerja rumah. Apa pun pengorbanan seorang ibu itu memang tiada galang gantinya.
Sudah 2 minggu pencarian peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohd Ashraff Hasan atau Acap tidak ditemui. Anak sulungnya menanggung rindu, merengek tercari-cari si ayah.
Acap yang tiba-tiba hilang semasa menyertai pertandingan larian bertempat di Gua Tempurung 23 Mac lalu itu menimbulkan tanda tanya. Masih belum ada petunjuk baru yang boleh membantu pencarian pembantu makmal berusia 29 tahun itu.
Abang Acap, Mohd Zahiruddin memberitahu Mstar yang anak sulung Acap berusia setahun setengah amat merinduinya.
Anak sulung Acap dipanggil dengan nama Ecah mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bapanya. Si kecil ini amat merindui Acap dan lebih menyedihkan, setiap kali ingin tidur sebelah malam, dia akan tercari-cari bapanya.
Zahiruddin turut menjelaskan yang anak saudaranya itu merengek, mungkin kerana lama tidak berjumpa dengan ayahnya. Dia turut memaklumkan yang isteri Acap sudah pun kembali ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari turut sama menyertai misi pencarian Acap.
Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.
Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.
Maka nampak dia seperti melawan atau degil.
Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.
Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.
Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.
Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.
Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,
.”Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).
“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.
Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.
Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.
Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.
Kredit: Ibu Rose
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend sekarang ni, macam-macam perkakas dapur yang lawa-lawa dan murah dijual di pasaran. Boleh rambang mata nak membelinya. Kadang tak ada kepentingan pun, tapi sebab cantik, belilah juga.
Dalam hal ini, pengguna perlu lebih peka tentang bahan asas yang digunakan. Menurut seorang ahli kimia, Dr Fatimah Salim, komponen perkakas yang bercampur dengan komponen makanan berpotensi menghasilkan tindak balas kimia. Berikut antara perkongsiannya.
KOMPILASI SOAL JAWAB PERKAKAS DAPUR
Mengapakah set perkakas viral bahaya digunakan?
Sesetengah orang tidak kisah, asalkan cantik, murah dan mudah digunakan. Kerana ada potensi tindak balas kimia antara komponen perkakas itu dengan komponen makanan kita. Terutamanya makanan yang panas, berminyak dan bersifat asidik (atau masam).
Ada yang mungkin kurang faham tentang penggunaan kuali non-stick – selamatkah kuali non-stick digunakan jika terdapat calar?
Selamat. Cuma fungsi non-stick nya akan berkurangan dan mungkin lebih melekatkan makanan pada bahagian yang calar. Selaput non-stick ini diperbuat daripada bahan kimia polimer yang dikenali dengan polytetrafluoroethylene (PTFE). Ianya adalah molekul yang besar, tiada tindakbalas kimia dalam sistem penghadaman yang mampu menguraikannya. Maka badan tidak akan serap dan hanya dibuang bersama dengan najis.
Ada juga yang mengaitkan selaput ini dengan kanser. Sebenarnya bahan kimia yang dimaksudkan ialah perfluorooctanoic acid (PFOA) yang digunakan dalam pembuatan selaput ini. Namun hasil rawatan suhu akhir terhadap selaput non-stick ini memastikan bahan kimia PFOA ini telah termusnah dek haba.
Isu PFOA adalah lebih kepada keselamatan pekerja dalam industri ini yang terdedah secara terus dan bukan di dalam non-stick layer ini. Atas desakan, maka, sejak tahun 2015 ianya tidak lagi digunakan dalam pembuatan selaput non-stick.
Selain daripada selaput PTFE, terdapat juga pilihan peralatan memasak non-stick lain seperti seramik, enamel, silicon dan graniteware (porcelain enamel).
Paling penting ambil tahu penjagaan peralatan memasak non-stick:
❎ Elakkan mengalirkan air SEJUK (paip) pada peralatan memasak yang mengandungi selaput kalis lekat yang masih lagi PANAS (walaupun bunyi tindakbalas pindaan haba ini ‘sedap’ didengar). Ini kerana ikatan yang membentuk selaput ini akan termusnah (degrades) disebabkan perubahan suhu yang mendadak.
❎ Elakkan mencuci di dalam dish washer atau mengunakan sabun yang kuat untuk peralatan memasak kalis lekat, kecuali dinyatakan selamat pada produk. Ianya akan merosakkan selaput kalis lekat dan akhirnya rekahan akan berlaku.
✅ Cuci permukaan kalis lekat ini dengan sabun dan span yang bersesuaian. Sekiranya terdapat makanan melekat, rendamkan dengan air sabun bagi memudahkan proses mencuci. Jangan scrub!
Tips membersihkan perkakas dapur? terutamanya kuali dan papan pemotong
Peralatan yang diperbuat daripada aluminium tanpa selaput jangan scrub. Ini kerana ianya mempunyai selaput penghalang leaking secara semulajadi yang dikenali sebagai aluminium oksida. Walaupun rupanya tidak cantik, selaput ini adalah penyelamat terutamanya apabila komponen masakan itu berasid (contoh asam pedas).
Aluminium dikaitkan dengan masalah kesihatan berkaitan saraf, tulang dan otak (terutamanya autisma dikalangan kanak-kanak and Alzheimer). Walaupun tiada kaitan yang konklusif, namun sesetengah individu yang sensetif atau mempunyai masalah dalam mengumuhkan aluminium berpotensi menghadapi masalah ini.
Bagi yang sudah scrub, boleh bentuk semula selaput ini dengan merebus air kosong beberapa kali dalam bekas memasak ini sehingga lingkaran terbentuk di dalam.*
Papan pemotong boleh dibersihkan dengan larutan peluntur (Clorox). Namun berhati-hati semasa pengendalian. Pastikan pengudaraan baik (tempat terbuka atau ada tingkap) agar gas klorin yang terhasil tidak mengurangkan kualiti udara disekeliling kita. Ada yang risau saki baki cecair peluntur tertinggal pada papan pemotong.
Pastikan cuci, bahan kimia aktif dalam cecair peluntur Clorox ini mudah larut air dan meruap. Cara untuk pastikan kesemua cecair peluntur telah tiada pada permukaan papan pemotong ialah tiada lagi bau klorin yang dapat dihidu.
Apakah kandungan yang terdapat dalam pinggan mangkuk bercorak viral yang menyebabkan ianya bahaya untuk digunakan?
Pinggan mangkuk bercorak dan berwarna-warni ini dikaitkan dengan bahan kimia plumbum (aka lead). Ianya digunakan pada perkakasan seramik sebagai hiasan (pewarna terang) dan selaput lutsinar supaya pinggan nampak cantik. Bahan kimia ini ada potensi leak jika dimasukkan makanan panas, makanan disimpan lama atau makanan berasid (yang masam).
Risiko kepada kanak-kanak, wanita hamil dan ibu menyusu.
Apakah peralatan memasak yang selamat disarankan oleh tuan/puan untuk digunakan? – kuali, pinggan mangkuk, etc
Kesemuanya peralatan memasak selamat digunakan. Cuma pastikan cara pengunaan dan penjagaan yang betul. Pastikan juga beli daripada pengeluar yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Selebihnya bergantung kepada tujuan dan kemampuan masing-masing.
Untuk pinggan mangkuk pula pilih bekas seramik tanpa corak berwarna putih atau jika bercorak pilih yang corak diluar ruang makanan atau beli daripada pengeluar yang ada reputasi.
Benarkah penggunaan perkakas kayu adalah yang paling selamat digunakan untuk memasak?
Sebagai senduk ya. Sebab ianya tidak bertindakbalas (inert) dan tahan haba tinggi jika dibandingkan dengan senduk plastik. Cuma perlu berhati-hati jika terdapat rekahan, ianya perlu dibersihkan untuk mengelakkan pembiakan kuman yang ada potensi bercampur dengan makanan kita.
Senduk plastik yang berwarna hitam diperbuat daripada plastik bahan kimia polyamide (PA). Namun isunya timbul apabila barangan plastik hitam ini dikitar semula, sukar diasingkan kerana warna yang hitam. Maka, dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya, terutamanya daripada pengeluar yang tidak bertanggungjawab. Ini boleh guna untuk senduk makanan yang tidak melebihi 70 degree Celsius panasnya.
Ada juga yang diperbuat daripada silikon. Bergantung kepada komponen binaan ianya boleh tahan haba 160 – 260 degree Celcius. Namun sentuhan terus kepada kuali akan yang membuatkan integriti bahan binaannya terganggu.
Tips dalam memilih perkakas dapur yang diyakini kualitinya?
Pilih daripada pengeluar, pengedar dan penjual yang anda yakini dan punya reputasi yang baik. Gunakan peralatan ini dengan cara betul sesuai dengan tujuan dan fungsinya. Jangan jadi terlalu kreatif contoh plastik yang digunakan untuk tahan suhu rendah dijadikan bekas memasak lemang pula. Selebihnya bergantung kepada keperluan, tujuan dan kemampuan poket masing-masing.
Sesetengah orang tidak mengetahui kesan atas penggunaan perkakas dapur dan membelinya atas sebab cantik dan murah – bagaimana cara untuk mendidik golongan ini supaya selidik terlebih dahulu bahan perkakas.
Rajinkan membaca dan mengambil tahu tentang perkakas dapur ini. Jangan ikut trend viral saja. Ini adalah benda yang penting kerana segala masakan akan masuk dalam badan kita, anak-anak. Dan makan itu adalah asas kepada pembentukan badan dan minda yang sihat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kegembiraan sebuah keluarga yang meluangkan masa di taman tema air bertukar tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kejadian pada Ahad lalu.