Bila anak semakin membesar apalagi sudah pandai bercakap, anak akan mula rasa geli pada sesuatu benda yang dipegangnya. Lebih-lebih benda yang jarang dipegang dan mengotorkannya. Sedangkan hakikatnya banyak benda mengajar anak untuk jadi peka dengan alam sekeliling.
Salah satunya adalah bermain pasir. Main pasir bukan hanya membiasakan anak dengan alam sekeliling bahkan aktiviti ini merangsang sensori anak ketika disentuh dengan tangan.
Jadi sejak bayi lagi, mak ayah perlu membiasakan anak dengan pasir dan benda-benda yang bertekstur supaya anak dapat merasa sentuhan dan merangsang sensorinya.
Ads
Arini teacher share gambar main pasir kat playschool.
Anak mummy memang gemar main pasir, siap pakej masuk mulut rasa lagi kalau pegi pantai. Memang favourite dia la main pasir.
Ads
Antara kebaikan sand play ni: – Boleh stimulate sensory motor, fine motor skill anak. Sebolehnya kena stimulate dari baby untuk sensory takdela nanti bila anak dah besar masih takut pijak pasir atau pegang pasir. Pastu marah anak kenapa geli, no no no)
– Social skill anak, dia berkawan dengan kawan. Berinteraksi dengan persekitaran.
– Eye hand coordination
Ads
– Pembentukan bahasa, melalui interaksi
– Kreativiti dan imaginasi anak dapat dirangsang
Main pasir biasa pun boleh sayang-sayang, tak perlu pasir kinetik ke apa tau. No problem. Janji tujuannya dan manfaatnya sama ☺
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain lampin dan diletakkan di tepi tong sampah di hentian bas berdekatan Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, nasib bayi lelaki ini masih baik dan berada dalam keadaan sempurna.
Ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira jam 6.15 petang (15 September), bayi yang berusia antara 16 hari itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, bayi berusia 16 hari itu ditemui dalam keadaan berbalut kain lampin oleh seorang lelaki yang melalui jalan itu kira-kira jam 6.15 petang.
“Bayi tersebut dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan kain napkin dan di sebelahnya terdapat botol susu, namun tiada sebarang dokumen diri ditemui.
“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA)”, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek yang membuang bayi terbabit masih belum dikenal pasti.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar bayi yang dijumpai di perhentian bas berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmood.
Menerusi Facebook Abshah Abd Hamid, pengalaman kali pertama terjumpa bayi yang dibuang di depan mata sendiri benar-benar buatkan dirinya sebak.
Allahuakbar..selalu tengok dalam TV, arini terjumpa depan mata sendiri. Walaupun ibu kamu buang kamu, tetapi Allah telah janjikan rezeki kamu sayang.
Dekat tempat kejadian juga ada insan berhati mulia untuk ambil kamu sebagai anak angkat. Sungguh besar kuasa mu Ya Allah. Semoga kamu membesar jadi insan berguna sayang.
Perkongsian itu meraih perhatian warganet dan ramai yang mendoakan agar anak ini dapat kasih sayang dari orang yang betul-betul menyayanginya.
Orang ramai juga turut menitipkan doa agar bayi ini juga dapat membesar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat dan membesar menjadi anak soleh.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak buat perangai? Tantrum? Tak dengar kata? Makin dilarang, makin dibuatnya? Itu normal. Ya, betul wahai parents! Sekiranya anda sering berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran, itulah kehidupan yang harus anda tempuhi dengan tabah (Percayalah, anda tidak keseorangan!)
Tetapi pendekatan yang kebanyakan ibu bapa buat adalah dengan meninggikan suara. Bukan setakat itu, ton suara lebih kepada menengking sehingga merencatkan komunikasi kita dan anak-anak. Mereka menjadi takut dan emosi terganggu. Anak juga beranggapan tengkingan komunikasi yang berkesan maka mereka juga suka bercakap dengan nada keras dan kasar.
Menurut artikel yang pernah dikeluarkan dalam The Wall Street Journal, mengatakan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjerit kepada anak untuk mendisiplinkan mereka. Jeritan juga sebagai satu tanda melepaskan amarah. Dr. Phil McGraw seorang pakar psikologi turut mengakui konsep itu yang telah diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa seluruh dunia. Bahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya, dia sempat bergurau mengatakan;
“Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana tidaknya, kita semua kadang-kadang tu suka menjerit tanpa sebab.”
Dalam gurauannya itu, Dr.Phil tetap tegas menerangkan tindakan ibu bapa yang gemar meninggikan suara atau menjerit kepada anak-anak untuk mereka tidak melakukan kesalahan adalah suatu yang salah. Tindakan itu tidak berkesan.
“Ia menghentikan komunikasi, itu masalahnya. Sebaik sahaja anda mula menjerit, anak-anak akan terus shutdown.” Jika berdepan dengan anak yang sedang buat perangai, jangan tengking mereka. Rapatkan diri dengan anak dan berbisiklah kepada mereka.
Anak-anak yang selalu dijerkah apabila dihampiri ibu bapa mereka dengan cara berbisik akan terus bertenang dan emosinya akan kembali stabil kerana ia tidak seperti situasi yang sering mereka lalui. Pada ketika ini, mereka akan lebih tenang dan mudah untuk mendengar apa yang cuba ibu bapa mereka ingin katakan. Dalam keadaan ini, mereka sangat-sangat ingin tahu apa sebenarnya yang cuba anda sampaikan.
Tahukah anda, anak-anak yang sering dimarahi dengan jeritan lebih cenderung untuk mengalami masalah sikap, mempunyai simptom depresi dan akan membesar sebagai seorang dewasa yang sukar berpuas hati. Bersetujukah anda jika admin katakan, kita semua tidak sanggup melihat anak-anak membesar dengan kesukaran ini kan? Maka, kitalah yang harus mulakan perubahan itu terlebih dahulu.
Ramai ibu pada zaman kini yang mengambil peluang untuk bekerja demi membantu keluarga. Perkara ini semestinya bukan perkara yang asing lagi. Demi mencari rezeki, ramai yang terpaksa berkorban kasih sayang dan masa bersama anak dan keluarga.
Seperti perkongsian dari pengguna Facebook Ratu Exzora ini, pada mulanya dia sangat sibuk bekerja. Atas tuntutan kerja dia terpaksa keluar awal ke tempat kerja dan pulang lewat ke rumah setiap hari sehinggalah satu saat, anaknya mula tidak mengenali si ibu.
Tamparan hebat ini membuatkan dia nekad untuk mencari pekerjaan yang lebih sesuai dan mempunyai lebih masa bersama anak dan akhirnya dia berhenti kerja dan memulakan perniagaan membuat roti. Pengorbanan yang besar perlu dilakukan demi si kecil yang sedang membesar.
Sungguh dia lah KEKUATAN umie.
Dari dia lepas pantang, umie kerja money changer..Pergi kerja dia tido. Balik kerja pun dia dah tido.. Sampai dia tak kenal siapa umie dia.. Kenapa kejap ada.. Kejap hilang. Suami pula pemandu lori, memang jarang sangat berada di rumah.
Sampai umur dia 2 tahun, dia memang tak kesah umie ada kat rumah ke tak.. Sebab dia jarang bermanja dengan umie. Selalu dgn maktok.
Satu tahap yang buat umie sedih sangat masa tu..Dia Tak nak umie peluk.. Dia tak suka..Dia marah. Dia tengok umie macam stranger 😭 Dia peluk maktok dia je.. Masa tu SUMPAH SAKIT betul rasa.. terasa sungguh dengan perbuatan dia.. 😭
Umie nekad tukar kerja.. Apply semua tempat yang office hour..Alhamdulillah Allah maha penyanyang.. Allah beri rezeki kerja dekat company yang best.. Dapat rakan sekerja yang baik-baik.. Bos-bos yang baik-baik.
Umie syukur sangat-sangat… Paling bersyukur bila ada masa dengan Nailah anak umie.
Pukul 6.30 petang dah ada dkt rumah. Sabtu dan Ahad, Public Holiday sentiasa ada bersama dengan dia. Masa tu baru umie rasa kasih sayang seorang anak.
Dan sekarang..
Umie dah berenti kerja. Dia tahu, dia orang kedua paling seronok bila nampak muka umie kat rumah hari-hari. Tak pernah dia tanya “Umie x pergi kerja?” mungkin dia tak nak umie keluar macam dulu.
Sekarang umie home baker. Bekerja dari rumah, umie yang bake, umie yang hantar. Kalau Nailah tak sekolah, Memang umie hangkut sekali dia. Sebab nak dia nampak susahnya nak cari rezeki halal. Nak dia nampak, duit bukan turun dari langit. Nak dia nampak, dengan usaha ada ganjarannya.
Salah 1 sebab buat umie betul-betul nekad berenti juga disebabkan ibu umie pesakit kronik(buah pinggang).
Start covid19 memang umie kerja dirumah (wfh). Tapi bezanya emosi umie tak dapat nak di kawal. Umie bekerja dengan Insurance Company. Umie kena handle email cust.. Buat certificate untuk cust luar dan dalam ngara.
Masa tu pulak ibu umie masuk wad. 2 minggu. Umie memang tak dapat nak focus dekat kerja dan anak. Semua terbengkalai.. Semua jadi tak terurus.. Sebab tu umie amik kptusan berenti kerja. Sedih memang sedih.. Sebab bulan-bulan memang dah ada gaji tetap.. Tapi semua tu saya boleh cari dengan cara lain. Ibu dengan anak saya tak ada yang boleh ganti walau berjuta ringgit orang bagi pun.
Dan Alhmdulillah sekarang umie dah berhnti kerja.. umie makin seronok dengan famly. Umie jadi home baker dalam masa yang sama, masa utk anak dan ibu sentiasa ada ☺️ benda ni tak ternilai sangat dengan yang lain. Rezeki buat roti (Semort Sugar)alhamdulillah tak pernah putus 😊
Kadang-kadang dia tertido di apit roti-roti yang nak di hantar. Kiri Kanan bawah ada roti, tapi dia tak merenggek pun. Tahu-tahu toleh je dia dah tertido. Panas ke sejuk ke keadaan dia tetap dengan umie. Paling umie terharu, umie sesaje break kereta nak tengok macam mana dia.
*Nailah terus pegang roti-roti umie dalam bakul tak nak bagi jatuh.. Dia jaga.. Dia tahu umie dia buat penat2..dia tahu roti tu umie nak jual.. Semua dia tahu.. Walupun usia dia baru 5 tahun.. Alhamdulillah Allah hadirkan seorang anak yang sangat bijak AKAL fikirannya.
Andai 1 hari nanti Nailah dah besar.. Dapat baca status umie ni. Umie nak bagitahu.. Umie bangga dengan anak umie..Moga Allah sentiasa lindungi anak solehah umie 😊… Aminnn.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki bersama ibu bapanya terlibat dalam kemalangan di Jalan Cheras. Tragedi itu mengundang kesedihan mendalam dalam kalangan keluarga dan warga sekolah.