Keibubapaan

Tak Nak Rumah Sepah, Usia Setahun Dah Boleh Ajar Anak Kemas Lepas Bermain. Ini Caranya!

Share

Ada anak kecil rumah bersepah itu perkara biasa, tapi sebenarnya mama papa boleh ajar mereka bermain dan kemudian mengemas semula permainan atau barang selepas bermain.

Mungkin anak yang masih kecil itu tidak faham akan maksud mengemas itu sendiri. Maka menjadi tugas mama papa untuk perkenalkan ia secara konsisten dan seterusnya menjadi rutin untuk mereka setelah selesai bermain.

Sebenarnya dari usia setahun mama papa dah boleh ajar si kecil kemas sendiri barang permainan selepas mereka bermain. Lama-kelamaan ia akan menjadi rutin dan dengan sendiri tabiat itu menjadi sebahagian proses setiap kali anak bermain atau membuat sepah.

Jom ikuti tip daripada Puan Aishah Kassim ini!

Stress anak tak pandai kemas lepas bermain?

Jangan risau, mungkin anak tu tak pernah tahu pun maksud ‘mengemas’.

So apa kata lepasni perkenalkan secara konsisten tabiat mengemas selepas bermain pd anak. Setiap kali lepas bermain anak perlu mengemas semula. Bila dah jadi rutin, anak secara automatik akan faham dan akan menjadi kebiasaan utk mengemas.

Tip Ajar Anak Kemas Permainan:

  1. Perkenalkan secara konsisten tabiat kemas selepasa bermain pada anak seawal usia satu tahun
  2. Ajak anak mengemas sama-sama supaya anak boleh belajar dan tiru perbuatan yang anda lakukan.
  3. Reward anak setelah mereka berjaya kemas. Ajak anak bermain permainan yang mereka suka.Jangan lupa untuk rewards anak atau sekecil-kecil rewards adalah dengan memberi pujian kepada anak.Selamat mencuba!

Kredit: Aishah Kassim

Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6

Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN