Anak suka membetah (melawan) cakap ibu bapa mereka, bagaimana cara untuk atasinya? Anak saya contohnya sering memberi alasan untuk sesuatu perkara seperti’ nak tengok kartun ni dulu sebelum mandi?’, ‘tak nak susu panas, nak susu sejuk’ sedangkan kebiasaanya ok je.
Saya selalu cuba melayan semua pertanyaannya tapi bila terlalu banyak alasan diberi, saya jadi kurang sabar. Bila saya tinggi kan suara, dia kata saya garang dan selalu marah dia.
Ini lah antara dilema si ibu bila anak-anak tidak menghiraukan arahan malah memberikan pelbagai alasan walaupun masih kecil. Ibu Rose berkongsi jawapanya untuk menangani masalah prilaku si kecil,
Ads
Sebenarnya jika puan kaji betul-betul anak puan ini bukan melawan kata, dia hanya mahukan option. Dia mahu negotiate dengan puan. Oleh itu puan perlu bijak untuk pro-aktif.
Jangan hanya suruh dia mandi, beri dia option nak mandi sebelum kartun atau nak mandi selepas kartun tapi immediately selepas kartun. Sebab lepas kartun TV ditutup. Di sini puan perlu tegas dengan masa menonton TV.
Mungkin selama hari ini kita hanya terdedah dengan keibubapaan cara arah dan patuh yang hanya sesuai untuk zaman peringkat umur Ibu ni.
Ads
Generasi baby boomers orang panggil. Anak-anak zaman Milenia ni, lebih kepada option dan mahu dipengaruhi supaya mereka boleh memilih sendiri untuk bekerjasama dan bukan taat dan patuh sahaja.
Kenapa?
Ads
Kerana sekiranya anak-anak itu dibesarkan dengan arah dan patuh sahaja. Puan mungkin akan mamatahkan semangat anak-anak yang kuat semangat macam anak puan ni. Anak puan ni cerdik. Puan perlu bijak mempengaruhinya untuk bekerjasama dengan puan dan bukan paksa dia bekerjasama dengan puan.
Sayangkan anak bukan bermaksud kita tak boleh marah atau larang. Cuma kita perlu belajar cara marah dan melarang yang boleh membantu anak-anak kita jadi lebih berupaya dan sayang diri dia dan kita.
Caranya mudah sahaja seperti yang dikongsikan oleh Pakar Keibubapaan dan Kekeluargaan, Ibu Rose
3 petua yang Ibu nak turunkan di sini:
– Sebelum melarang dan marah, check niat dulu. Buat sebab kita mahu anak itu betulkan kesilapan dan tahu kita hargai dia.
– Ingat kita sekadar membetulkan bukan mahu menyakitkan dan berdendam.
– Kuatkan rasa sayang dalam hati itu terhadap anak kita itu, baru larang dan betulkan.
Mana sempat nak buat semua tu Ibu!
Itulah namanya skil. Mula-mula mengambil masa dan terkial-kial, macam kita baru bawa kereta atau bermekap. Bila dan cekap, cepat dan senang jer.
Buat masa nak mula ni, buat yang nombor 3 tu dulu. Ingat betapa sayangnya anda pada anak anda itu semasa dia baru lahir.
You will feel different dan anak pun akan senang jer dengar cakap. Malah rasa sayang sangat pada anda.
Penyakit yang sering menjangkiti kanak-kanak pada usia sejak lahir hingga lima tahun ialah masalah demam, sawan, penyakit kulit, selesema, batuk dan cirit-birit. Walaupun ia dikatakan masalah kesihatan biasa tetapi jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan doktor, ia boleh mengancam nyawa. Dalam hal ini, setiap ibu bapa penting mempunyai pengetahuan asas mengenai jenis-jenis penyakit dan bagaimana untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anak.
Berikut 6 jenis penyakit yang menyerang kanak-kanak
1.Demam
Biasanya ia berlaku disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Namun demam yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan demam. Jika terlalu kerap berlaku akan merosakkan sistem otak anak dan mengganggu perkembangannya.
2.Sawan
Ia berlaku apabila demam dengan suhu badan yang terlalu tinggi sehingga mencecah 40 Celsius. Sekiranya terjadi sekejap dan tidak berulang (kurang dari setengah jam), ia tidak berbahaya. Namun jika sawan berlaku berulang kali dalam masa 24 jam, ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak dan mengganggu perkembangan si manja. Mungkin akan mendapat komplikasi seumur hidup.
3.Masalah kulit
Secara umumnya terdapat tiga masalah kulit iaitu impetigo, ekzema dan ruam. Jika dibiarkan berterusan akan mewujudkan masalah penyakit kulit kronik.
*Impetigo
Jangkitan kulit akibat bakteria yang mungkin berkembang apabila ruam seperti ekzema telah dijangkiti. Bahagian yang dijangkiti ialah bahagian kulit tangan dan kaki. Ia seriang menyerang kanak-kanak jika kebersihan anggota badan tidak diberi perhatian.
*Ekzema
Masalah kulit ini akan mengakibatkan rasa gatal, radang, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Biasanya boleh dilihat pada pelipatan pada lutut dan siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala.
*Ruam lampin
Kira-kira 10 peratus bayi dan kanak-kanak berusia bawah dua tahun mendapat ruam lampin. Kebiasaannya akan mengalami keradangan kulit terutama pada bahagian punggung , kemaluan dan celah kelangkang. Keadaan ini berlaku disebabkan lampin tidak kerap ditukar atau kesan sabun pada lampin yang tidak dibilas dengan betul sehingga bersih.
4.Selesema
Lazimnya anak kecil yang mengalami masalah ini akan berasa tidak selesa kerana mengalami hidung tersumbat dan berhingus. Tanda-tanda lain ialah sakit tekak, batuk, rasa tidak selesa dan susah tidur yang menyebabkan si kecil merengek kerana tidak selesa.
5.Batuk
Batuk adalah satu refleksi sihat yang membantu mengeluarkan lendir daripada saluran pernafasan. Namun batuk dipandang serius apabila anak mengalami demam suhu tinggi, sukar bernafas dan warna kahak berubah menjadi kuning atau hijau. Ia boleh mendedahkan anak anda kepada pelbagai jangkitan saluran pernafasan yang boleh mengancam nyawa jika dibiarkan berterusan. Segara berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
6.Cirit birit
Sekiranya anak mengalami cirit-birit, dia akan kerap membuang air besar yang mengandungi air. Ia berlaku kerana jangkitan virus. Segera dapat rawatan doktor kerana ia menjadi bahaya disebabkan kekurangan air teruk yang mengakibatkan berlaku komplikasi dan kematian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kesilapan yang mungkin ibu bapa tak sedar, tapi berlaku dalam kalangan anak-anak kita hari ini.
Tengok anak pandai berjalan, petah bercakap, dah boleh kenal huruf dan nombor kita akan rasa anak kita hebat kerana perkembangan cepat. Tapi adakah kita terfikir mungkin disebaliknya ada kelemahan yang kita tak perasan.
Ingat setiap anak mereka masih ada kekurangan tapi bagaimana cara ibu bapa mengilap dan membantu untuk menjadi seorang anak yang seimbang dari aspek perkembangan dan akademik bergantung pada cara kita usahakannya untuk berjaya.
Perkongsian dari seorang ibu, Puan Wawa Shauqi mengenai anak sulungnya yang dah dianggap cepat tapi sebenarnya ada masalah deria dan mungkin boleh menganggu proses pembelajarannya nanti.
Ini Ammar, anak sulung saya. Dia seorang yang cepat berjalan dan cepat bercakap. Pada usia dia 2 tahun, dia telah mengenal huruf dan dapat memadankan kesemua huruf kecil dan huruf besar.
Pada usia 3.5 tahun, dia mula membaca dan menghafal lebih dari 20 surah. Sekarang usianya 4 tahun, telah masuk separuh buku Iqra’ kedua.
Nampak macam perkembangannya cepat, tetapi ada perkara yang dia tidak mahir kalau nak dibanding dengan teman seusianya yang lain.
Pada usia 3 tahun, dia masih belum boleh menangkap bola pada paras dada. Malah tangannya tak cukup kuat untuk menyepit objek menggunakan forcep mainan. Tangannya juga tak mampu bergayut walau 2 saat di ‘monkey bar’.
Saya sangka, mungkin kekurangannya itu kecil dan biasa. Mungkin pencapaian motor kasarnya tak mengikut carta milestone kerana dia bukan kategori ‘body intelligence’.
Yalah, sangka saya setiap budak ada kelebihan dan kekurangannya.
Tapi bukan itu sahaja. Ammar seorang penggeli. Dia geli memijak pasir, geli duduk pada kerusi kulit (atau pvc) dan menjerit bila memegang ais.
Gelinya kadang-kadang keterlaluan. Pernah dia menjerit waktu kami lalu di sebuat kedai mainan. Ingatkan apa yang ditakutnya, rupanya ‘Magic Stretch Ball’. Seronok betul kami menyakat dia dengan bola tu.
Saya tak pernah sangka kesemua masalah ini mempunyai perkaitan yang sama. Malah masalah dia meraung bila mencuba kasut baru di mall dulu juga, ada kaitannya.
Dia mempunyai tanda-tanda yang kebiasaan ada pada anak-anak yang ada kecelaruan neurologi. Tanda-tanda yang disebut OT Maryam itu mengesahkan yang Ammar mempunyai masalah sensori sentuhan, atau dalam istilahnya Sensori Processing Disorder (SPD) terhadap deria Tactile (Hypersensitif).
Ammar mungkin membaca awal dan cepat tangkap dalam pembelajaran, tapi masalah ini jika saya tak sedar dari awal, akan mengganggu pembelajarannya bila dia mula bersekolah nanti.
Nasib baik saya cepat sedar. Mujur Allah cepat temukan saya dengan pakar.
Alhamdulillah setelah saya lakukan pelbagai aktiviti ransangan, sekarang ‘sensitiviti’ Ammar dah banyak berkurangan. Cuma dengan Magic Ball tu masih takut-takut. Fobia kesan dari kena sakat masa kecil agaknya.
Kadang-kadang kita terlalu mahukan anak pandai, lalu kita hulur anak buku, pensil & kertas dan kita nafikan fitrah anak bermain.
Sedangkan dari bermain itulah anak-anak membina asas akademik mereka. Dari bermainlah anak akan belajar komunikasi dan membina keyakinan diri. Dan dari bermainlah daya tumpuan anak dipertingkat.
Dari bermain jugalah kesemua deria mereka berstimulasi dan berintegrasi bersama dengan baik.
Apa kaitan DERIA ini semua dengan akademik?
Eh penting sangat. Deria sentuhan yang baik adalah asas untuk anak kuasai kemahiran motor halus seperti menulis dan mengguna tangan dengan baik.
Deria rasa pula membantu memberi stimulasi awal untuk anak menggunakan mulut untuk bercakap, selain mengelakkan masalah ‘picky eater’ pada anak.
Deria visual dan auditori pula penting untuk memberi tumpuan yang baik semasa dalam kelas dan mengenal huruf, nombor, bentuk serta simbol.
Deria sendi dan kestabilan akan bantu anak-anak menguasai hampir kesemua kemahiran dalam hidup.
TAPI.
Tapi bermain pun perlu ada tujuan. Setiap permainan perlu betul caranya supaya merangsang perkembangan anak-anak.
Seperti yang diajar OT AisyahRozalli, main pun perlu ada 5 target. Antara targetnya adalah supaya anak mahir berkomunikasi, mahir berdikari dan mahir guna tubuh.
Haa! Ajar anak main pun kena ada ilmu tau.
Ya, memang tak dapat dinafikan setiap ibu bapa ada cara didikan yang tersendiri. Tetapi ilmu masih perlu kita cari. Tempoh tumbesaran anak singkat untuk kita cuba-cuba dan buat silap.
Ikut rapat-rapat ikon-ikon keibubapaan ustaz ustazah dan para terapis, supaya kita tak silap mendidik anak.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...