Sayur yang disimpan lama dan tidak sempat di masak sememangnya menyebabkan pembaziran berlaku. Apa kata kali ini kita cuba aplikasikan cara yang dikongsikan oleh Arni Lisa ini.
Sayur seperti sawi dan tomato lebih tahan lama malah mampu bertahan sampai seminggu dengan cara mudah ini. Jom cuba!
TIPS SIMPAN BARANG DAPUR
Petang-petang jom lah Arni share cara arni simpan barang dapur. Terutama sekali cara nak simpan sayur tak nak bagi cepat rosak. Halia dan lengkuas tak nak bagi cepat buruk. Lain orang lain cara penyimpanannya kan.
Ni Arni share cara Arni simpan barang dapur terutama sekali sayur lah. Sayurkn cepat rosak..cara arni nak simpan sayur alas dahulu bekas nak isi sayur dengan tisu.
Tujuannya bila kita simpan dalam peti ais dia akan basah, jadi tisu ni berperanan untuk serap air bagi elak sayur cepat busuk.
Air dari tisu tu akan beri lembab dekat sayur dan sayur tu akan sentiasa segar. Buat cara macam ni sayur terutamanya sayur sawi boleh tahan sampai seminggu lebih.
Untuk tomato pun sama, alas dahulu tisu sebelum nak simpan tomato dalam bekas. Buat macam ni tomato tak cepat buruk dan busuk. Jika seminggu masih tak habis guna & nampak tisu tu basah boleh tukar tisu lain. Untuk elakkan tomato tu lembab, nanti bila lembab & basah tomato cepat rosak.
Untuk halia nak tahan lama letak dalam bekas kedap udara, bertutup simpan dalam peti ais boleh tahan berminggu-minggu. Lagipun untuk kita guna sikit je dan beli mestilah seketul besarkan.
Lengkuas tak nak bagi dia cepat kering dan mengecut, caranya simpan dalam bekas bertutup dan isi air penuh sampai menutup lengkuas tu. Kiranya lengkuas tu terendam lah dalam air. Buat macam ni boleh tahan berminggu-minggu.
Ubi kentang isi dalam bakul @ bekas terbuka, tak nak tertutup nanti cepat buruk.
Cili kering isi dalam bekas bertutup tak nak bagi dia cepat berkulat.
Ikan bilis arni suka simpan dalam bekas bertutup simpan dalam peti ais, tak nak bagi dia berbau hapak.
Semoga ianya berguna untuk para ibu dan mak-mak nak simpan barang dapur, tak nak bagi barang cepat rosak.
Nak bawa anak dekati alam dan jalan hujung minggu, jom ke Farm In The City.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan berumah tangga ada pasang surutnya. Namun menentukan rasa bahagia adalah diri kita sendiri. Dalam melakukan tugas-tugas di rumah bukan hanya isteri sahaja, suami juga perlu turut serta. Tak perlu tunggu pasangan mulakan dulu, kita perlu peka untuk memulakan kerja dalam segala hal, barulah makin serasi dan bahagia.
Perkongsian check list oleh suami dan bapa penyayang ini, Firdaus Syakirin ini menarik untuk kita nilai diri kita dan pasangan. Jika kita sama-sama peka dan bertolak ansur dalam melakukan kerja rumah, alangkah baik dan bahagianya rumah tangga kita.
The best thing kalau nak rumahtangga kita bahagia, aman damai dan tenang sejahtera ialah dengan adanya common sense antara kita dan pasangan.
Below are 10 common sense yang patut ada dalam rumahtangga :
1. Nampak suami balik keje, muka ketat, penat, letih, isteri terus sambut dengan gembira, tak banyak cakap, tak banyak tanya, tak bagi anak-anak serbu dan ganggu. Biar suami rehat dan bertenang dahulu.
2. Suami tengah belek-belek handphone, nampak isteri sibuk buat keje-keje rumah, sibuk jaga anak-anak, keadaan tak terkawal, isteri dah mula tinggikan suara. Suami letak hp, terus tolong isteri apa yang patut.
3. Baju di ampaian dah kering, terus kutip tanpa perlu suruh pasangan. Sampah dah penuh dalam tong sampah, terus buang tanpa perlu suruh pasangan, pakaian kotor dah penuh dalam bakul, terus masukkan dalam mesin, basuh dan jemur tanpa perlu tunggu pasangan buat.
4. Lepas makan, angkat pinggan dan basuh pinggan tanpa perlu meninggalkan pinggan di meja ataupun dalam sinki. Kemaskan dapur sebelum bergerak ke ruang tamu mahupun bilik.
5. Rasa macam dah lama tak bawak pasangan makan diluar ataupun melancong ataupun bersiar-siar, terus ajak pasangan untuk buat smua perkara tu.
6. Hari ni atau kelmarin atau minggu lepas birthday pasangan ataupun ulang tahun perkahwinan, terus wish tanpa perlu tunggu sapa yang nak wish dulu. Kalau terlupa, minta maaf dan terus terang kata lupa dan jangan jadikan si dia tak wish birthday or anniversary sebagai 1 isu besar.
7. Bawak isteri balik jumpa orang tuanya jika dah lama tak balik kampung halaman isteri.
8. Balik keje, terus balik ke rumah, jangan melencong tempat lain. Seharian dah isteri tunggu dirumah, maka jangan bagi dia tunggu lagi disebabkan kita nak melepak dengan kawan-kawan.
9. Bagi penghargaan kepada pasangan atas apa yang dia dah lakukan. Penghargaan tak semestinya berbentuk hadiah, ucapan terima kasih sudah memadai dan mencukupi.
10. Berhubungan dengan pompuan lain dibelakang isteri, tanpa pengetahuan isteri, dan ianya bukan disebabkan faktor kerje adalah sesuatu yang salah. You should know that right? Jadi jangan buat.
It’s common sense right? Ada lagi nak tambah? ?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.