Copy of NEWBORN - 2020-06-13T100317.898

Awal pagi lagi mak-mak dah bangun siapkan sarapan.. baju nak pergi kerja..baju anak.. lepas tu terus jerit.. ” ALONG!! ANGAH!! ADIK!! BANGUN!!!”

Tersentak anak-anak bangun. Yang adik biasalah slow sikit mengesot sikit-sikit ke bucu katil sambil gesek-gesek mata.

“Mak…hari ni kan Sabtu kenapa mak kena gi kerja?”

“Tak Payahlah Kerja, Main Dengan Adik” Hati-Hati Kalau Anak Dah Keluar Ayat Macam Ni

Mak yang tadi macam lipas kudung terdiam lepas dengar pertanyaan adik. Si suami duk sibuk tolong hidang makanan terhenti sebentar aktivitinya dan lihat isterinya.

” Kalau mak tak kerja sapa nak bagi makan korang ni ha? Ingat duit jatuh dari langit??”

Lagi sekali adik tersentak. Mak jegil-jegil mata pandang adik. Suami datang.. ” Awak pergi la makan.. nanti nak kerja..” terus di peluknya adik.

Mak tak puas hati. Marahnya tak tahu kenapa. Yelah, apehal tanya camtu? Nak harapkan gaji laki aku? Gaji aku tinggi lagi? Ingat tanpa aku kerja.. kita boleh duk rumah selesa macam ni??

Gumam si mak..

” Awak ni.. kenapa nak marah adik tiba-tiba? Kalau awak stress kerja.. tak perlulah kerja.. saya boleh tanggung awak.. cuti camni bisnes online saya Alhamdulillah okay sangat. Lagi-lagi sejak apply Viral Hero dengan ZTH.. awak tak perlu kerja la ye..”

Terus dihempas garfu atas meja

” Harapkan awak?? Kalau tunggu gaji awak, bila saya dapat beli emas macam ni??” Ditariknya lengan baju berderettt gelang emas.

IKLAN

Terdiam lah suami.

====================================

Ada ke ibu-ibu rasa stress bila bekerja? Atau suami yang nampak isteri stress sangat. Balik kerja nak tengok anak.. kadang anak bising sikit terus bingit telinga rasa nak jerit je.

Pernah tak anak tiba-tiba cakap.. tak payahlah kerja.. main dengan adik…

Hati-hati…

Hati-hati bila anak sudah sebutkan ayat ini. Ayat ini menandakan dia benar-benar rasa terpinggir.. rasa kurang perhatian.

Ibu bapa sekalian.. kita semua bekerja.. kerana ya..kita perlu berusaha untuk mencari rezeki.

Tapi fahamilah bahawa rezeki kita sudah pun ditentukan oleh Allah SWT. Usahlah kerana kita kerja.. dapat gaji.. kita mula berasa..oh . Gaji aku nilah yang dapat tanggung kita semua!

IKLAN

Hakikatnya.. tanpa sedar.. kita sudah beralih pergantungan kita kepada selain dari Allah! Naudzubillah hi min zalik!

Kerana kerja.. kita abaikan tanggungjawab wajib kita kepada amanah yang Allah beri. Anak-anak. Kerana gaji kita abaikan tanggungjawab wajib kita sebagai isteri. Kerana status kita abaikan tanggungjawab wajib kita sebagai suami, ayah dan khalifah.

Ketahuilah.. sebanyak mana pun duit yang kita cari.. sebanyak mana pun duit yang kita simpan konon untuk hari tua.. andai kata Allah tak izinkan untuk kita gunakannya… Ia akan lenyap dan lesap dalam sekelip mata.

Kita boleh merancang.. tapi sentiasa ingat dan gantungkan harapan pada Allah.

Ya Allah harini aku keluar pergi kerja..berkatilah masaku dalam bekerja..berkatilah rezeki dalam bekerja.. berkatilah hidupku dalam keluargaku.

Ada orang hanya ada RM 200 mampu hidup sebulan. Ada orang ada RM 20,000 masih rasa susah.

Ya, periuk lain-lain. Tapi kena ingat . Yang izinkan kita untuk ada periuk kecik ke besar masih Allah SWT.

IKLAN

Kita bekerja bukan sebab nak cari duit. Tapi kerja kerana Allah suruh kita usaha dan nak cari keberkatan dalam rezeki kita.

Suami jangan selesa sebab isteri aku kerja dia bantu tanggung bil semua. Suami sepatutnya cari jalan supaya isteri boleh tumpu hal di rumah dan anak-anak.

Isteri jangan degil konon ini impian dan gaji besar dapat hidup mewah kerana jawatan yang ada. Tanggungjawab pertama sebagai isteri adalah menjaga hal ehwal suami dan anak.

Kembali kepada fitrah. Kembali kepada
APA TUJUAN ALLAH CIPTAKAN MANUSIA?

Untuk beribadah kepadaNya.

Menjaga hal ehwal suami.. ibadah
Menjaga kebajikan dna hati isteri.. ibadah
Menjaga dan didik anak… Ibadah..
Berdakwah dalam kerja.. ibadah..

Jangan rasa dengan gaji yang dapat tiap-tiap bulan tu sebagai satu security untuk kita. Dalam hidup ni tiada yang pasti kecuali mati.

Ingat, esok lusa belum tentu kita bernafas lagi.

Jadi, apa yang kita dah buat dalam mencari keberkatan Allah?

Segalanya yang kita lakukan akhirnya akan berbalik pada satu perkara..

Bagaimanakah pergantungan kita kepada Allah?

Sumber: Ticer Lin Talib

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI