Tak Pedas Pun, Bagi Anak Rasa Masam-Masam Manis Dengan Ayam Bersos Tomato, Sedap!

Share

Kalau kita orang dewasa ada menu Ayam Masak Merah, anak-anak pun inginkan menu pelbagai rasa. Bukan masak merah tetapi Ayam Bersos Tomato daripada pes tomato untuk rangsang rasa masam anak-anak.

Bukan rasa sahaja, malah warna oren kemerah-merahan ini boleh menarik perhatian anak untuk makan banyak. Resipi perkongsian Pn Norlaila Mohd Yusoff ini ringkas sahaja. Hanya gunakan pes tomato homemade bersama CFS sebagai penambah rasa. Mantap!

AYAM BERSOS TOMATO

Bahan-bahan:

Ayam (dipotong kecil)
Serbuk kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Tomato paste
Chicken Feet Stock
Kailan (optional)
Lobak merah (optional)
Unsalted butter

Goreng separuh masak ayam yang dah digaul dengan serbuk kunyit. Ketepikan.

Panaskan unsalted butter. Tumis bawang merah dan putih. Kemudian masukkan tomato paste dan CFS.

Lepas tu masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Masukkan lobak merah dan sayur kailan. Siap.

Rasa dia masam-masam manis. Sedap .

IKLAN