Seorang ibu melalui detik cemas apabila bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terperangkap dalam sekatan jalan raya selama dua jam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan di BH, kejadian itu berlaku ketika kereta yang dipandu oleh seorang bapa dan membawa anak perempuannya yang mahu bersalin anak keempat terperangkap lama dalam kesesakan.

Tak Percaya Dengar Tangisan Bayi. Terperangkap 2 Jam, Terpaksa Bersalin Dalam Kereta

Difahamkan perjalanan ke Hospital Tawau dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Batu 8, hanya 14 kilometer tetapi disebabkan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terperangkap dalam trafik selama dua jam.

Menceritakan kejadian itu jam 9.30 pagi, Abdul Asa Mohd Salleh, 65, berkata sebaik menerima panggilan untuk ke hospital dari anaknya Norziee, 37, yang sarat mengandung anak keempat, beliau terfikir mengenai keadaan trafik ke hospital.

ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Anak & Kematian Dilanjutkan 90 Hari Selepas Tamat PKP, Penalti Dimansuhkan!]

IKLAN

Abdul Asa dengan cucunya, Aisha Maizela, 17, kemudian membawa Norziee ke hospital tetapi mereka tersangkut dalam sekatan jalan di Jalan Apas dan Jalan Kuhara.

Selepas beberapa lama terperangkap mereka menahan sebuah ambulans yang melalui jalan itu dan memaklumkan keadaan Noziee kepada kakitangan perubatan.

“Bagaimanapun, ada pesakit lain tetapi kami dibenarkan mengekori pergerakan ambulans dari belakang bagi mempercepatkan perjalanan ke hospital,” katanya.

IKLAN

Tak Percaya Dengar Tangisan Bayi. Terperangkap 2 Jam, Terpaksa Bersalin Dalam Kereta

Macam tak percaya dengar tangisan bayi

Sementara itu, Norziee menerusi hantaran di Facebook berkongsi kegembiraan melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kilogram dalam kenderaan ayahnya.

IKLAN

“Selama ini dengar cerita orang lain je yang bersalin dalam kereta tetapi bila berlaku pada diri sendiri macam tak percaya.

“Bila dengar tangisan bayi secara tiba-tiba, sebaknya Allah yang tahu. Mujurlah semua selamat dan dipermudahkan walaupun bayi dimasukkan ke wad lain kerana masalah pernafasan, namun semua stabil,” kongsinya.

Sumber: Berita Harian & FB Norziee

https://www.youtube.com/watch?v=NrDhVYKTpIc

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI