Satu kegembiraan dan kesyukuran buat pemilik jenama Leeyana Rahman yang mengumumkan kehamilan keduanya.
Jika sebelum ini Leeyana atau Yana Lee hamil dengan menggunakan kaedah IVF selepas empat tahun menanti zuriat sendiri, kini dia seakan tidak percaya bila hamil anak kedua secara semulajadi.
Menerusi Instagramnya semalam, Yana turut berkongsi video kejutan buat suami yang sekian lama memintanya untuk kembali melakukan rawatan itu.
“Ya Allah macam tak percaya. Dah berapa lama si Apis ajak pergi hospital untuk IVF kali ke 2 sebab alang-alang masih ada 3 balance frozen embryo. Tapi hati ni rasa macam belum bersedia. Macam-macam fikir, macam-macam buat alasan.
“Sepanjang 7 tahun perkahwinan, ni lah pengalaman pertama buat test secara tak sengaja. Semalam dapat 2 line. Tak pernah terpikir boleh pregnant secara normal. So aku ni wanita normal macam orang lain jugak lah kan?,” kongsi Yana.
Malah kata ibu kepada Tyara Luthfia ini juga, sejak seringkali kecewa tidak hamil, dia tidak lagi mengambil kisah mengenai waktu suburnya. Namun sama sekali tidak menyangka rezeki dari Allah untuk hamil anak kedua tanpa melakukan rawatan.
Ads
“Dulu masa TTC ada jugak buat note period date sebab nak tahu tarikh subur tapi dah lama sangat dah tak buat.
“Sebab dah fedup. Bila tahu tak pregnant auto diri akan jadi stress.
“So dah malas nak fikir sangat. Now tak tahu pun bila last period sebab betul-betul tak plan. Datang pun takpe tak datang pun tak kisah. Eh know know pregnant. Alhamdulillah,” katanya lagi.
Percaya rezeki Allah
Dalam pada itu kata Yana, dia percaya Allah memberinya rezeki pada masa dan saat yang paling terbaik untuk dirinya dan suami. Malah mengharapkan doa dari semua agar kehamilannya kali ini dipermudahkan.
Ads
“Betul la kan orang cakap. Dalam soal zuriat, Allah akan bagi pada waktu yang terbaik. Kalau kita terkejut tanpa kita bersedia pun, memang itu lah waktu yang terbaik.
“Kalau lambat and buat kita ternanti-nanti pun, memang itulah jugak waktu yang terbaik. Kita rasa kita mampu, tapi Allah lagi tahu.
“Apa-apa pun nak mintak korang doakan semoga Allah pelihara kandungan ni sampai ke hari bersalin yaa. InsyaAllah doa yang baik-baik berbalik pada diri korang balik 🙂 tq semua,” kongsi Yana lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @Yaana.lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak berkongsi berita kehamilan anak kedua baru-baru ini, pelakon Elfira Loy mengakui perasaan risau mengandung dalam musim pandemik Covid-19 ini agak kurang sikit berbanding di awal-awal wabak ini melanda negara. Ini berikutan ramai rakyat Malaysia sudah menerima suntikan vaksin Covid.
Menurut Elfira atau nama sebenar Nurul ELfira Loy Ahmad Sabri, 27, sebolehnya dia mahu berfikiran positif sepanjang proses kehamilan dan memohon agar semua dapat mendoakan yang terbaik untukya.
“Sebenarnya saya dan suami dah rancang (kehamilan) awal lagi tapi tiba-tiba pandemik. Sekarang alhamdulillah ada rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.
“El tahu El pregnant lepas semua orang dah vaksin jadi lega la sebenarnya. Mula-mula tu terfikir juga ada orang cakap bahaya mengandung waktu pandemik dan sebagainya tapi kehamilan ni bukan semua orang senang nak dapat jadi bila dah ada ni, kita positif dan fikir yang baik-baik sahaja.
Tambah Elfira lagi, ikutkan hatinya kalau boleh anak kedua ini dia teringin nak anak perempuan tetapi tidak mahu terlalu berharap asalkan anak dalam kandungan sihat.
Masa awal haritu memang excited nak tahu jantina tapi sebabkan ini anak kedua, tak kisah dah. Tapi kali ikutkan hati nak perempuanlah bagi sepasang kan tapi tak kisahlah mana-mana asalkan sihat je.
Setakat ini El tak ada alahan apa-apa lagi jadi alhamdulillah tak rasa letih, rasa biasa je. So far belum lagi muntah-muntah, morning sickness,” ujar Elfira lagi.
Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
**Ibu yang ingin dapatkan baju materniti yang sesuai, boleh terus beli di sini
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hamil luar rahim sangat bahaya kerana boleh akibatkan pendarahan banyak. Turut mengingatkan untuk scan pada minggu 6-8 pastikan kedudukan kandungan.
Kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy adalah situasi yang banyak berlaku di awal kehamilan. Ia mungkin tidak dapat disedari oleh para ibu kerana kerap terjadi pada peringkat awal kehamilan.
Perkongsian daripada Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini mengenengahkan isu hamil luar rahim membincangkan lebih lanjut tentang simptom, ibu yang berisiko, diagnosis serta rawatan yang akan diberikan.
Kehamilan luar rahim adalah kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Nisbah 1 dalam 90 kehamilan adalah kandungan luar rahim. Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang.
Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada wanita.
Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.
Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang dan menjadi besar, ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat, dan pendarahan di ruang abdomen.
Kebanyakkan kehamilan luar rahim terjadi pada tiub Fallopian (Tubal Pregnancy), walaupun begitu, 3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga berlaku di tempat lain.
Apakah maksud kehamilan yang tidak diketahui lokasinya (Pregnancy of Unknown Location)?
Bermakna seseorang wanita itu disahkan hamil, walau bagaimanapun kehamilan itu tidak kelihatan melalui pemeriksaan Ultrasound.
Boleh terjadi atas beberapa sebab :
Kehamilan masih terlalu awal, berada dalam rahim tapi terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksan ultrasound
Ketidakpastian ini menyebabkan anda berasa stress, begitu juga dengan ahli keluarga anda yang lain. Ianya memerlukan sedikit masa untuk doktor membuat diagnosis yang betul sebelum doktor memberikan jenis-jenis rawatan yang ada.
Anda akan dinasihatkan untuk menjalani ujian darah untuk memeriksa paras hormon kehamilan dan rawatan susulan akan ditentukan berdasarkan keputusan darah ini, pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan klinikal.
Apakah simptom-simptom kehamilan luar rahim ?
Setiap wanita yang mengalami masalah ini mempunyai gejala yang berbeza-beza. Ada yang tiada langsung simptom, ada yang mempunyai beberapa simptom, malah ada yang ada pelbagai simptom.
Lazimya wanita akan mempunyai simptom pada minggu ke 6 kehamilan ( selepas 2 minggu tak datang haid ). Anda mungkin sedar atau tidak sedar anda sebenarnya mengandung lebih-lebih lagi jika haid tidak teratur atau pun kaedah perancangan keluarga anda gagal/tidak berjaya.
Simptom yang berbeza antara individu ke individu menyebabkan ianya bukan perkara yang mudah untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.
Simptom-simptom yang biasa diperhatikan termasuklah :
#1: Sakit di bahagian bawah perut – Kadang-kadang sakit ini datang tanpa sebab musabab, dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.
#2: Pendarahan pada alat kelamin/vagina -tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid anda yang biasa.
#3: Sakit pada bahu ( shoulder tip pain ) – sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah. Anda boleh mengalami sakit perut yang amat dan boleh pengsan secara tetiba, akibat kehilangan darah yang banyak. Dalam keadaan kecemasan ini, seharusnya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera.
Adakah saya berisiko untuk hamil luar rahim?
Semua wanita dalam umur reproduksi ( child bearing age ) boleh mengalami kehamilan luar rahim. Risiko ini meningkat sekiranya :
Bagaimana kehamilan luar rahim dikenalpasti ?
Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka berlaku pada tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu. Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim boleh dikesan cepat.
Perlu diingat, sekiranya masih berada di peringkat awal kehamilan, doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.
Diagnosis dibuat berdasarkan :
Pemeriksaan doktor – doktor akan menanyakan beberapa soalan berkaitan serta sejarah perubatan kemudian melakukan pemeriksaan kepada abdomen anda. Dengan kebenaran anda, doktor akan melakukan pemeriksan vagina dengan kehadiran female chaperone – untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.
Ujian kehamilan – jika ujian kehamilan belum dilaksanakan, sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.
Pemeriksaan ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan secara perlahan ke dalam alat kelamin/ vagina ( transvaginal scan ) kerana pemeriksaan jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas abdomen ( transabdominal scan ). Maka anda akan diberikan cadangan untuk melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan anda. Walaupun begitu, ianya bukan mudah untuk mengenalpasti kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan, dan anda mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.
Pemeriksan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan ( beta- HCG). Lazimnya, pemeriksaan darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. Sebaliknya , jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat seperti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama, berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.
Laparoskopi – jika keadaan masih tidak pasti dan masih tidak dapat mengenalpasti lokasi kehamilan, sejenis pembedahan akan dilakukan, anda akan diberikan bius penuh. Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan. Jika kandungan luar lahim sudah dikenalpasti, rawatan membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim akan dilakukan dengan kebenaran anda, sebelum pembedahan ini dilakukan, melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.
Bagaimana dengan kehamilan berikutnya ?
Peluang untuk hamil seterusnya bukanlah satu masalah buat anda, walaupun anda mempunyai satu tiub Fallopian tiub sahaja.
Untuk kebanyakkan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10% jika dibandingkan nisbah 1 dalam 90 dalam populasi amnya.
Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui anda sebenarnya hamil. Pemeriksan ultrasound akan dilakukan awal dalam 6 hingga 8 minggu kehamilan untuk memastikan kandungan anda kali ini berada dalam rahim.
Jika anda belum lagi bersedia untuk hamil, boleh dapatkan khidmat nasihat perancangan keluarga dari klinik perancangan keluarga ataupun doktor sendiri kerana ada jenis-jenis perancangan keluarga yang lebih sesuai selepas mengalami kehamilan luar rahim.
Seri ibu mengandung memang auranya lain daripada yang lain. Macam pelakon Farah Nabilah yang kini sedang hamil anak pertama. Dia yang berkongsi gambar terbarunya di Instagram baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.
Pada Jun yang lalu, Farah mengumumkan berita kehamilannya kepada peminat dengan menyatakan bahawa usia kandungan ketika itu sudahpun memasuki usia 19 minggu atau hampir lime bulan.
Pelakon Titian Cinta ini dijangka akan bersalin pada penghujung Oktober atau awal November tahun ini.
Pernah berkongsi bahawa dia alah dengan santan dan ayam pada awal trimester tapi sudah pun kembali ok setelah peralihan fasa kehamilan seterusnya.
Dalam posting terbarunya di media sosial, Farah berkongsi gambar terbarunya untuk tatapan peminat dengan penampilan terbaru bersama ‘baby bump’ yang comel.
Dengan kapsyen yang menyatakan itu adalah gaya fesyen terkini untuknya iaitu apa sahaja yang boleh muat kerana diri kini sedang hamil.
“Current fashion style: Anything that still firs,” tulisnya ringkas pada entri di Instagram miliknya.
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Menjenguk ke ruangan komen, para peminat serta rakan artis memberikan reaksi yang rata-ratanya memuji bakal ibu ini yang kekal cantik dan nampak semakin berseri-seri.
Farah dan suaminya seorang juruterbang Mohammed Amirul Yunus selamat disatukan pada 20 November 2019. Pada Jun yang lalu Farah berkongsi bahawa dirinya hamil cahaya mata pertama mereka.