Ubah selera anak-anak kita dengan menu yang sihat tetapi tinggi protin. Salah satu menu yang boleh disediakan untuk anak adalah Dumpling yang mana merupakan antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat popular. Jika dibandingkan dengan nugget, French fries mahupun burger, dumpling pastinya lebih menyihatkan kerana tinggi protin.

Bukan sahaja boleh berintikan sayur-sayuran, inti dumpling juga boleh dipelbagaikan dengan isi ikut selera anak-anak anda. Bukan itu sahaja, dumpling ini turut digemari oleh kanak-kanak kerana rasanya yang kurang pedas dan boleh dimakan bersama sup. Macam mana nak buat? Jom ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Dahlia Kamaruzza di facebooknya ini. Nampak senang dan sedap.

Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!

Resepi homemade chicken dumpling

IKLAN

Kulit dumpling:
1/2 cawan tepung gandum unbleach
1/2 cawan tepung ubi kayu/jagung
1/2 cawan air panas mendidih
1 sudu makan minyak masak
Sedikit tepung jagung -untuk tabur sebelum gelek supaya doh tak lekat

Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!Uli je semua bahan sampai jadi doh dan rehatkan. Lepas tu bulat-bulatkan bentuk guli besar sikit dan gelek je sampai nipis. Siapkan kulit dulu semua baru letak inti dan bentukkan.

Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!Beginilah rupa tepung yang dah siap dilenyek. 

IKLAN

Inti dumpling:
1 keping ayam dada
Carrot sedikit (dadu)
Daun ketumbar sedikit (hiris)
Minyak bawang putih sedikit
1 sudu makan tepung jagung
Blackpeppep sedikit

Kalau rajin boleh cincang je ayam tu then baru campur dengan semua bahan lain dan gaul sebati. Tapi mummy masuk dalam blender je blend semua. Senang. Pakai blender yang tak perlu add on air pun dia boleh kisar tu. Then ketepikan.

IKLAN

Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!Ambil kulit dan letak inti satu sudu kecil. Basahkan hujung kulit dengan sedikit air baru tampal kedua bahagian dan bentukkan.

Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!
Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!
Macam ni. 
Tak Perlu Beli French Fries, Nugget Atau Burger Bila Anak Lapar, Gantikan Dengan Dumpling, Homemade Je!

Boleh susun dalam bekas bertutup dan dilapis plastik. Simpan dalam freezer. Nak makan keluarkan dan rehatkan kejap then boleh stim/rebus/goreng.

Dumpling ni boleh dimasak dengan cara kukus. Jadi bukan sesuai untuk anak saja, mak-mak pun bagus kerana rendah kalori dan rendah lemak. Dumpling yang dibuat dari isi ayam atau apa-apa jenis sumber protin lain bagus kerana kaya dengan protein yang tinggi. Dan semestinya lebih baik daripada pengambilan makanan yang tidak sihat seperti nugget, fries atau burger setiap hari.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI