Selain biskut mazola, biskut wajib ada ketika berhari raya pastinya biskut makmur yang gebu dan cair di mulut. Sekali suapan terasa enaknya di mulut. Jika hendak mencuba biskut yang satu ini, resipi yang dikongsikan oleh Rona Eryza ini wajib cuba.
Menariknya resipi yang dikongsikan olehnya hanya menggunakan lima bahan sahaja dan paling menarik kerana tidak perlu dibakar. Hanya cairkan bahan dan sangai tepung terlebih dahulu kemudian disadur dengan susu tepung. Memang terlajak sedap. Jom cuba!
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula ising
1/2 cawan planta
1/2 minyak sapi (kalau tak ada , boleh guna majerin)
1 cawan susu tepung (saya pakai susu Fernleaf )
Ads
Goreng tepung tanpa minyak dengan api yang perlahan. Kacau tepung sehingga kekuningan.
Seterusnya, cairkan minyak sapi dengan planta. Bila dah cair, biarkan sejuk.
Ads
Masukkan gula ising dan campuran planta serta minyak sapi ke dalam tepung.
Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.
Ads
Bila adunan siap dikepal, salut biskut tadi dengan susu tepung hingga rata.
Nasi goreng antara menu yang paling senang disediakan dan digemari seisi keluarga. Biasanya bila ada anak-anak, tahap kepedasan untuk memasak terpaksa dikurangkan. Jadi pilihan yang paling mudah nak sediakan untuk menu nasi goreng adalah Nasi Goreng Cina.
Resepi ni sangat mudah dan tak memerlukan banyak bahan pun. Jika ada telur je pun dah cukup. Cuma kalau nak lauk tambahan lain terpulang pada citarasa masing-masing. Bagaimanapun, ada juga yang tertanya-tanya kenapa bila buat Nasi Goreng Cina kat rumah rasanya tak sama macam di kedai?
Haa ni rahsianya yang dikongsikan oleh Har Ryea di MAHN. Perlu ada minyak bijan untuk menyedapkan lagi rasa nasi goreng itu. Simple jer tapi tak pedas laa. Anak-anak pasti suka.
Nasi Goreng Cina Lauk Udang
Bahan-bahannya:
= Nasi
= Bawang Putih – 5 ulas besar (ketuk-ketuk dengan anak lesung pastu cincang halus)
= Serbuk Maggi Cukup Rasa – 2 @ 3 sdb
= Minyak Bijan – 1 @ 2 sdb
= Udang Hidup
= Telur – 4 @ 5 biji
= Sayur campur – 1 mangkuk
(Bahan-bahan ini bergantung pada berapa banyak nasi kita. Kalau banyak nasinya, tambah juga bahan-bahan yang lain)
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih smpai naik bau dan garing sikit…
2. Masukkan udang, biarkn masak sekejap.
3. Ketepikan udang, masukkan telur.. kecilkan api sikit untuk telur masak elok.
Kemudian pecah-pecahkan telur tu.
4. Masukkan nasi & sayur campur….gaul rata.
5. Pastu taburkan Maggi Cukup Rasa..kacau sekejap..
6. Masukkan minyak bijan & kacau lagi.
7. Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk perasa maggi cukup rasa @ minyak bijan..ikut citarasa masing-masing.
Dapatkan koleksi pinggan viral pada harga yang sangat berpatutan di sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.
Bahan-Bahan:
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Cara penyediaan:
Tuangkan (A) dalam (B). Gaul sebati.
Tambah air sikit masa ni. Sorry tang ni takde sukatan sebab melalui pengalaman n pakai mata, cairkan sikit adunan utk apam lebih lembut.
Agak2 je..jangan cair sgt nanti masa kukus die kempis kat tengah.
Biarkan adunan berehat sejam. (boleh la multi tasking kat dapur apa yang patut 😉)
Setengah jam terakhir tu leh la sambil panaskan kukusan, boleh juga sambil2 kukus kelapa parut nk wat cicah tu dulu.
Lepas cukup sejam boleh la tmbah pewarna ikut suka hati kita. Nak ton pastel, jangan bubuh banyak sgt pewarna. Sikit2 taw tambah.
Dah puas main warna, boleh la tuang dalam acuan yang disapu sedikit minyak n terus kukus.
Berada lama di rumah pastinya kita sudah mula bosan makan nasi setiap hari. Sesekali jom ubah selera anak-anak pula. Nak masak apa? Mi Kari Netup Pong Pongg ini boleh juga dijadikan pilihan.
Resipinya lain dari yang lain malah senang hendak disediakan. Jom cuba resipi Afy AL Habibi ini. Sedap!
Resepi Mi Kari Netup Pong Pongg nak lalu dah ni. Baca nama resepi pun tak menahan. Maaf kalau gambar banyak. Cikgu suka tunjuk satu-satu langkah masaknya.
Huu tapi cikgu memang tak tipu. Meletup macam mercun malam raya sedap dia set mi kari ni. Warna kuahnya pun cikgu suka. Oren-oren begitu. Lari dari warna merah coklat biasa.
Bahan-bahan:
Sediakan bahan kisar lain;
3 biji bawang merah saiz bola ping pong
1 ulas bawang putih
1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
Sehiris nipis halia
Dua hiris bulat nipis serai
7 ekor udang kering
Kisar semua bahan sehingga lumat.
*sebatang serai & setangkai daun kari digunakan untuk menumis nanti*
Bahan sampingan yang mencetus rasa luar biasa :
Telur rebus
Fishball putih (dicelur seketika)
Fuchuk goreng kering (beli siap lalu digoreng sampai garing)
Tauhu (digoreng)
Kacang panjang (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Taugeh (dicelur seketika dan direndam dalam ais)
Limau kasturi
Cili merah
Daun sup
Bawang goreng
Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai & masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan 1/2 sudu besar cili boh.
Untuk penyediaan campuran rempah, 3 sudu besar rempah kari, 1/2 sudu kecil serbuk kunyit dan secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah. Masukkan rempah campuran tadi ke dalam periuk.
Diikuti 1/2 sudu besar serbuk lada. Kacau sehingga sebati. *cikgu memang tak larutkan rempah kering tadi dengan air. Ini memang cara cikgu. Guna api paling perlahan sahaja. Sebab cikgu nak keluarkan aroma wangi rempah semasa ditumis. Kacau sehingga terbit minyak.
Barulah cikgu masukkan 1 cawan kecil air + secubit asam jawa. Masukkan perasa peringkat pertama;1 keping bulat nisse@gula melaka, 1/3 sudu besar garam dan secubit dua serbuk perisa.
Part paling penting juga, cikgu akan tutup periuk waktu ni. Biar tumisan mereneh sehingga pecah minyak. Kira-kira 7-8 minit.
Lapisan berminyak macam ni lah cikgu sebut pecah minyak. Barulah masukkan 3 ketul ayam yang dicincang kecil & segenggam kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang)
Ok ini selepas 10-15 minit. Tumisan mendidih cantik dan isi ayam sudah masak. Masukkan pula 3 cawan santan. Cikgu guna santan kotak M&S. Diikuti secawan air. (Tengok kepada kepekatan & sukatan kuah yang diingini)
Perasakan kuah peringkat kedua. Garam, gula dan serbuk perisa ikut citarasa sendiri. Masukkan 1/2 kiub ayam Maggi untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah untuk akhir proses masakan, tauhu pok (dibelah 4), fishcake dan fishball goreng.
Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mi kari yang sangat lazat!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.