Bukan mudah menjadi seorang suami. Terlalu banyak bebanan yang harus dipikul demi membahagiakan keluarganya. Suami memerlukan seorang isteri untuk menerima dan memahami dirinya. Seorang suami tidak mudah untuk mengakui cintanya pada keluarga, tetapi jauh di lubuk hati dia amat mengutamakan isteri dan anak-anak.
Seorang suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
Ads
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun isteri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.
8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untungnya badan bila suami begitu memahami dan suka menghargai. Kadang isteri tak minta pun diberikan hadiah atau ganjaran yang hebat, cukup hanya perhatian dan faham dengan tugas isteri yang tak pernah habis di rumah. Kalau yang bekerja lagilah, macam-macam nak kena fikir, bukan sahaja kerja di pejabat, urusan di rumah juga perlu beres.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew, bagi menghargai isterinya yang sudah penat lelah menguruskan keluarga dan anak-anak, beliau melakukan kejutan dengan menghadiahkan isterinya sebuah telefon bimbit yang menjadi dambaan semua orang pada masa kini, Iphone 11 Pro Max!
Melalui perkongsian itu juga rupanya isteri Ustaz Ebit Lew itu sudah lama tidak mempunyai telefon bimbit dan sukar untuk mereka berhubung setiap kali beliau ke luar kota untuk berdakwah.
Dalam kapsyennya itu, Ustaz Ebit Lew menyatakan bahawa pendakwah sebenar adalah ibu bapanya dan juga isterinya sendiri. Beliau berterima kasih dan penuh kesyukuran dikurniakan isteri seperti bidadarinya. Isterinyalah yang menguruskan anak, ajar anak Fatihah, buat Talim dengan anak, memasak dan sebagainya.
Kata-kata yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook miliknya.
Dekat Penang. Tak dapat nak call bidadari. Telefon takde. Terus belikan bidadari saya phone baru. Dah lama gak takde phone. Nak buat surprise buat bidadari tercinta. Kasihan hari-hari penat uruskan keluarga dan anak-anak. Tak dapat nak balas jasamu bidadariku
Orang jumpa saya selalu cakap terima kaseh. Puji saya. Ada kata saya pendakwah. Pendakwah sebenar ialah ibu bapa saya. Pendakwah sebenar bidadari saya. Bidadari saya yang urus anak ke sekolah. Ajar anak fatihah. Teman anak belajar setiap hari. Sebelum tidur siap iron baju anak-anak. Buat Talim dengan anak. Cerita kisah sahabat rhum dan bimbing anak baca doa tidur
Bangun pagi awal masak untuk anak-anak. Siapakan mandikan anak semua setiap hari. Hantar anak pergi sekolah. Allahu
Subhanallah begitu kuatnya diriku duhai isteri. Duhai bidadariku. Begitulah ramai wanita diluar sana. Wahai anakku hargai dan sayangilah ibumu. Jagalah dirinya. Ya Allah betapa diriku cinta dan sayang padanya. Cintai dan jagalah dirinya. Rindunya pada bidadari dan anak-anak. Ya Allah rahmatilah isteri,bidadari, wanita yang kau beri cinta dalam hati mereka buat suami dan anak-anak-ebitlew
Siapa menduga ujian yang diberikan sebegitu hebat hingga memusnahkan segala harta benda yang ada dalam sekelip mata. Namun simpanan barang kemas yang dimiliki salah satu keluarga mangsa bencana letupan di Putra Heights dapat memberikan sinar bagi meneruskan kehidupan mereka.
Menerusi perkongsian Syakinah Kamarudin yang berkongsi kisah salah seorang mangsa yang menemui semula barang kemas miliknya yang langsung tidak lebur ketika kebakaran hebat itu pada 2 Syawal lalu.
Antara mangsa-mangsa bencana letupan di Putra Heights yang sempat kami santuni, mereka menceritakan permasalahan berkenaan kerugian aset rumah dan kenderaan yang mencair.
“Suami sudah pencen, saving kami pun tak seberapa. Kami tak mampu dah nak beli rumah baru.”
“Rumah kami dah tinggal rangka, tinggal debu.”
“TV kami mencair tak nampak apa dah. Cuma ada serpihan sahaja.”
“Saya ada buat tabungan RM5. Anggaran duit kertas RM5 yang saya simpan dah cecah RM 2 ribu juga. Semua duit mencair.”🥲
Kami sudah menasihatkan para mangsa untuk menyediakan bukti-bukti kerugian dan sebagainya sementara kita menanti pengumuman rasmi daripada pihak berautoriti. Tapi, apa yang menarik perhatian saya adalah ini.
Emas!
Puan ini menunjukkan emas yang beliau simpan di dalam kotak besi aluminium yang berjaya dijumpai semula. Terpelanting, namun masih berada di dalam rumah.
Emasnya tak lebur! Tak terbakar!
Bahkan jika lebur sekalipun, emasnya masih bernilai! Untuk pengetahuan, takat lebur emas 916 adalah pada 1,063 darjah selsius manakala takat lebur emas 999 adalah pada 1,064 darjah selsius.
Saya kira dengan adanya sedikit “bekalan” ini, akan dapat membantu mereka sekeluarga untuk meneruskan kehidupan. Syukur. Emas adalah simpanan yang bukan sahaja kalis inflasi bahkan kalis kebakaran.
Buat rakan-rakan, mulakan simpanan emas daripada sekarang. Simpan emas pasti ada manfaatnya. (Gambar ini dikongsi atas izin empunya emas, Puan Norsalawati Wati).
Kami mendoakan agar mangsa-mangsa bencana tabah dan diberikan kemudahan oleh Allah SWT.
Sumber: FB Syakinah Kamarudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kurang tempoh lapan hari, dana RM9 juta yang diperlukan Reese Tan Rui Xin, 17 bulan, yang menghidap penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA) berjaya dikumpul.
Reese memerlukan suntikan ubat jenis Zolgensma dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai RM9 juta.
Sumber foto: Harian Metro
Ibu bapanya, Rachele Chung, 38 dan Jason Tan, 47 sebelum ini buntu mencari dana memandangkan harga ubat mahal namun tidak berputus asa demi kesihatan anak bongsu mereka.
Rachele berkata, mereka terhutang budi dengan keprihatinan semua pihak yang sanggup menderma sehingga berjaya mengutip RM9 juta dalam tempoh masa yang singkat.
“Anak saya perlu mendapat suntikan Zolgensma sebelum dia mencapai usia dua tahun.
“Ini adalah kerana jika melangkaui usia dua tahun, ubat ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada anak saya.
“Disebabkan itu, saya dan suami buntu mencari alternatif mengumpul dana sehingga kempen ini dilancarkan One Hope Charity and Welfare, sekali gus membei kesedaran kepada khalayak ramai berhubung penyakit SMA ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ubat Zolgensma berkenaan sebaik jumlah kutipan berjaya diperoleh.
“Kita kini bersaing dengan masa untuk merawat si kecil ini yang mana kesihatan dan nyawanya menjadi keutamaan.
“Pasa masa sama, kita akan memantau perkembangan rawatan kanak-kanak ini secara rapat dan akan maklumkannya menerusi laman media sosial dan sesawang One Hope Charity dari semasa ke semasa,” katanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.