Bila jadi ibu ayah ni memang kat mata anak kita paling terbaik. Tapi sudah semestinya tiada yang sempurna dalam mendidik si kecil yang sedang meningkat usia. Namun apa yang boleh kita buat adalah berikan yang terbaik untuk mereka.
Nak jadi mak ayah yang ‘awesome’ untuk anak-anak, boleh cuba 5 teknik mudah ini!
5 teknik mudah ni boleh buatkan korang jadi mak ayah yang awesome
Banyakkan senyuman dan sentiasa bercakap lemah lembut dengan anak. Ada waktunya kita perlu bertegas tapi bukan bermakna kita mesti menengking si kecil tu.
Ada kanak-kanak yang dia orang ni suka sangat terjerit-jerit. Sebenarnya sifat tu boleh jadi diwarisi daripada mak ayah yang kerap meninggikan suara bila bercakap.
Jaga betul-betul perkataan yang keluar dari mulut kita masa berada kat depan anak.
Tak kiralah walaupun waktu tu kita tengah marah sangat-sangat. Apa saja yang dilontarkan oleh lidah mak ayah, akan jadi doa yang beri kesan berpanjangan dalam hidup anak kita tu.
Selalu peluk dan cium anak. Pelukan dan ciuman akan buatkan dia rasa disayangi serta dihargai. Hatinya terasa dekat dengan mak ayah dia. Akhirnya apa saja yang kita nasihatkan mudah untuk dia dengar dan taat.
Banyakkan bercerita dengan si kecil kita tu dan dengar jugak apa yang mereka nak ceritakan.
Kita tak nak jadi mak ayah yang leka dengan dunia sendiri hingga anak lebih cenderung ceritakan masalah dengan orang luar.
Kita lakukan dulu apa yang kita nak anak kita tu lakukan.
Nak anak rajin belajar, kena tunjukkan yang kita pun rajin cari ilmu baru. Nak anak rajin baca Quran, kita dulu yang kena selalu baca Quran.
Nak anak ringan tulang rajin berkemas, kita pun sama kena ringan tulang dan selalu ajak anak kemas bersama.
Ads
Nak tak nak, wajib pesan pada pasangan masing-masing. Si kecil kita tu boleh jadi susah nak dengar apa yang kita cakap tapi mereka mudah benar nak tiru apa yang kita selalu buat.
Jom #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cadar dan tuala putih memang cantik, nampak cerah dan bersih apabila dibentang di atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah cadar putih dan tuala putih apabila dicuci, selalunya ada kesan karat yang datangnya dari kotoran melalui air paip. Boleh juga diaplikasikan untuk lampin kain yang terkena kesan karat.
Bagi mengatasi masalah ini, boleh cuba kaedah jimat dengan menggunakan tuala tangan yang kecil. Caranya ialah dengan memasukkannya ke dalam tempat letak sabun. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkn karat ‘terjun’ terus pada kain cucian.
Cara ini berkesan. Tiada lagi kotoran yang melekat pada kain-kain yang dicuci. Sekali-sekala boleh gunakan nila agar kain-kain yang dicuci nampak berseri-seri.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Nila boleh cair atau pekat. Ikut suka anda.
Nila jadi cair begini tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Beginilah cucian yang terhasil. Nampak bersih dan ‘sejuk’ mata memandang. Cubalah!
Satu tip penting yang perlu diingat ialah apabila menggunakan nila, jangan letak pelembut kain sekali. Ia akan menyebabkan nila jadi bertompok-tompok dan jadi tidak sekata pada kain cucian.
Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.
Apa itu latihan ke tandas?
Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan keberdikariaan. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih.
Kepentingan Latihan ke Tandas kepada Kanak-kanak
Ianya penting untuk perkembangan kanak-kanak supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selesa, kering dan bersih. Adanya latihan ke tandas, pada umur 2 hingga 2½ tahun kanak-kanak boleh dilatih untuk menjaga dirinya berada dalam keadaan kering dan bersih. Manakala bagi kanak-kanak yang tiada latihan, pada umur 4 tahun sahaja mereka mungkin boleh berada dalam keadaan kering dan bersih.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang kurang upaya pula memerlukan bantuan latihan untuk menjadikan mereka lebih berdikari tanpa meminta bantuan pertolongan daripada sesiapa.
Cara memberi latihan kepada kanak-kanak yang normal dengan kanak-kanak yang kurang upaya adalah berbeza kerana melatih kanak-kanak yang kurang upaya memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu mengambil masa yang panjang. Dan apa yang penting adalah sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus untuk mereka supaya boleh lebih berdikari sendiri.
Kenapa kanak-kanak tidak mampu untuk ke tandas?
Mempunyai perkembangan mental yang lambat dan juga menghadapi masalah fizikal.
Ibu bapa/penjaga tidak menyediakan keperluan yang diperlukan dan juga memberikan latihan kepada anak.
Kanak-kanak tidak mampu untuk mengawal pundi kencing mereka.
Tidak mendengar ataupun memahami arahan yang ringkas
Langkah-Langkah untuk Latihan ke Tandas
Untuk Permulaan
Kenalpasti kekerapan dan masa yang biasa kanak-kanak itu membuang air. Untuk mengenalpasti keadaan ini, ibubapa / penjaga boleh membuat satu jadual untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air.
Ini penting untuk mengetahui tempoh yang diambil oleh kanak-kanak untuk membuang air. Cara untuk mencatat kekerapan kanak-kanak membuang air boleh dibuat dalam bentuk jadual.
Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas
Contoh Jadual : Jadual Kanak-kanak Pergi ke Tandas
HARI DAN MASA
MASA SEWAKTU MENGHANTAR ANAK KE TANDAS/POTTY
ADAKAH ANAK MEMBUANG AIR DI TANDAS/POTTY
BASAH
KERING
YA
TIDAK
Cara untuk Mengawal Membuang Air Kencing / Besar Dan Belajar untuk Berdikari Mula Apabila Kanak-kanak Telah Bersedia
Biasanya kanak-kanak yang normal pada umur 2 hingga 2½ tahun boleh mula dilatih, tetapi bagi kanak-kanak yang mengalami perkembangan yang lewat, latihan ke tandas boleh dimulakan pada umur 3 atau 4 tahun ataupun lebih.
Tiga cara untuk melihat samada kanak-kanak telah bersedia untuk melakukan latihan ke tandas :
Jika kanak-kanak dapat mengawal 3 perkara ataupun sekurang-kurangnya 2 perkara di atas, ini bererti mereka boleh mengawal pundi kencing dan latihan ke tandas boleh dimulakan.
Persediaan untuk bekerjasama
Untuk melihat kanak-kanak cukup memahami dan boleh memberi kerjasama, uji dengan memberikan arahan yang ringkas kepada kanak-kanak seperti baring, berdiri, masukkan mainan ke dalam kotak dan juga meminta kanak-kanak menepuk tangan. Jika kanak-kanak boleh membuat dengan rela hati ini menunjukkan mereka telah bersedia dari segi mental untuk melakukan latihan ke tandas.
Persediaan fizikal dan emosi
Uji dengan cara seperti dibawah :
Bolehkah kanak-kanak mengambil objek yang kecil dengan mudah.
Bolehkan kanak-kanak berjalan /bergerak dengan sendirinya.
Bolehkah kanak-kanak mencangkung atau duduk diatas bangku /tempat duduk dan adakah mereka dapat mengimbangkan diri.
Bagi kanak-kanak yang masih memakai lampin pakai buang mereka akan meminta untuk ditukar baru apabila tidak selesa.
Mula menunjukkan minat untuk memakai seluar dalam dan bukannya lampin pakai buang.
Mahu bersendirian apabila ingin membuang najis.
Jika kanak-kanak itu dapat lakukan seperti diatas, ini bermakna mereka sudah boleh dilatih untuk ke tandas tetapi masih memerlukan pertolongan dari segi fizikal dan emosi.
Melatih Kanak-kanak di atas Potty
Kenalpasti masa yang biasanya kanak-kanak membuang air contoh selepas makan.
Selepas mengenalpasti masa tersebut, latih kanak-kanak untuk ke tandas atau pun letakkan kanak-kanak di atas potty.
Berikan galakkan kepada mereka dengan perkataan yang biasa digunakan (seperti shiiiih atau poo).
Tinggalkan kanak-kanak diatas potty sehingga membuang air. Jika tidak membuang air, kanak-kanak tidak harus didudukan/ditinggalkan di atas potty lebih dari 10 minit.
Pastikan potty diletakkan dalam keadaan yang selamat.
Beri ganjaran setelah kanak-kanak berjaya membuang air seperti tepuk tangan, cium dia, dan lain-lain.
Jika kanak-kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Jangan mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakuka kesalahan semasa latihan ke tandas.
Membersihkan
Terangkan kepada kanak-kanak bahawa bermain dengan najis adalah tidak baik.
Ajar kanak-kanak untuk membersihkannya dan basuh tangan kamu dan kanak-kanak itu dengan sabun.
Ajar dan bantu anak untuk menggunakan flush.
Ajar kanak-kanak supaya membasuh tangan dengan sabun selepas menggunakan potty bagi contoh dengan membasuh tangan anda sendiri.
Tunjuk Ajar Cara Menanggalkan Seluar dan Bukan Hanya Memberi Arahan
Ibubapa digalakkan memakaikan anak-anak mereka dengan pakaian (seluar) yang mudah untuk ditanggalkan/dilonggarkan. Tujuannya untuk memudahkan kanak-kanak untuk menanggalkan/melonggarkan pakaian (seluar) mereka apabila hendak ke tandas.
Jika kanak-kanak tidak boleh melakukannya (susah untuk melaksanakan tugasan), ibubapa/penjaga tidak boleh melaksanakan tugasan tersebut. Bantu mereka dengan cara melakukan bersama-sama kanak-kanak tersebut supaya dapat belajar bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan sendiri.
Jika kanak-kanak susah untuk menarik pakaian (seluar) ke bawah, gunakan pakaian (seluar) yang mudah untuk dilonggarkan, contoh : seluar yang elastik, seluar yang menggunakan velcro.
Elakkan menggunakan seluar yang berbutang dan bertali pinggang.
Pemergian insan yang paling rapat pasti akan dirasai apatah lagi setiap apa yang dilakukan sebelum ini selalunya akan mendapat nasihat dan rujukan terlebih dahulu. Tapi janji Allah itu pasti, apabila Ustaz MK Azman akui kehilangan ‘guru’ yang paling rapat iaitu arwah isteri, Ustazah Shadiya Abbas cukup terkesan buatnya sekeluarga.
Meninggalkan tiga cahaya mata yang masih perlukan belaian seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Namun hidup perlu diteruskan dan hanya doa sebagai pengubat rindu buat arwah di sana.
Menerusi coretan hati Ustaz MK Azman ramai yang bertanyakannya kenapa dia menganggap arwah Ustazah Shadiya sebagai gurunya selama ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu apa istimewanya arwah, namun apa yang diluahkan oleh Ustaz MK Azman ini benar-benar mengambarkan betapa hebatnya keperibadian Ustazah Shadiya.
DIA GURUKU
Ada anak-anak murid arwah whatsapp bertanya kepada saya kenapa saya menggelar Ustazah Shadiya Abbas sebagai guru.. Saya akui dia sebagai guru saya kerana:
1️⃣ Saya merujuk dahulu pada beliau apa yang perlu saya ajarkan pada jemaah masjid atau surau sebelum saya menyampai kuliah atau ceramah. Dia yang ajarkan cara penyampaian dan pengkritik tetap saya dalam aspek penyampaian ilmu agama.
2️⃣Dia guru saya sebab dia mempunyai khazanah doa-doa yang ma’thur. Dia hafal banyak doa dan dia amalkan. Seringkali dia akan ajarkan saya dan ingatkan saya supaya amal. Bukan saja pada saya, juga pada anak-anak. Sebab tu biasa penutup kuliahnya dia akan ajarkan doa-doa kepada jemaah untuk diamalkan.
3️⃣Dia guru saya sebab penyampaiannya sentiasa segar walaupun pada waktu petang. Dia akan turun bersama-sama saya ataupun berseorangan untuk mengajar penghuni-penghuni Pusat Bina Diri JKM Sungai Buloh. Dia bersemangat untuk mengajar walaupun tanpa bayaran kerana baginya adalah amal jariah. Jika saya datang berseorangan ke sana, pasti ada ibu-ibu di sana bertanyakan tentang Ustazah Shadiya. Ramai yang menyatakan rasa rindu. Kata mereka ustazah mengajar best.. Allahu.. Aku yakin mereka belum tahu ustazah yang menjadi kerinduan mereka sudah tiada.
4️⃣Orang kuat Emkays Future Training & Consultancy yang saya tubuhkan adalah Ustazah. Dialah yang kerap menyampaikan ilmu biar pun dia keletihan. Ada sahaja perkara yang dia nak kongsikan. Tiada lagi guru, mungkin tiada lagi… 😢😢😢
5️⃣Dia guru yang sering menegur salah silap saya sama ada sikap, perasaan dan ibadah saya. Naik kenderaan pasti dia akan ingatkan saya dan anak-anak baca doa.. Malah malam terakhir saya bersama beliau ke hospital pun dia sempat berpesan supaya baca doa. Saya sakit, dia ajarkan doa untuk saya baca dan amalkan. Alhamdulillah mustajab doa yang dibaca.
Sebab itulah saya menggelar dia sebagai GURU. Nanti anak muridmu ini akan menyusul bersamamu wahai GURUKU.
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.