Keibubapaan

Tak Perlu Marah-Marah Anak, Mak Ayah Perlu Tenangkan Diri Dulu, Ini Yang Dikongsikan Pakar!

Share

Ibu mana yang tidak resah gelisah selepas marah anak. Rasa bersalah menghantui diri kerana melepaskan semua kemarahan pada anak kecil. Jangan resah, sebaliknya cari jalan untuk perbaiki kelemahan kita dan bagaimana cara tepat untuk berdepan dengan anak-anak.

Menurut perkongsian daripada Ibu Rose, ada caranya untuk berdepan dengan kemarahan. Lebih-lebih lagi bila berdepan dengan kemarahan pada anak-anak. Ini sebaiknya yang patut dilakukan oleh mak ayah.

TIP HILANGKAN RESAH DAN MARAH DENGAN SEGERA

Anda pernah dalam keadaan resah sebab risau tak cukup duit, risau anak asyik tak dengar cakap, risau rumah tangga kucar-kasir, risau itu dan risau ini…STOP!

Tarik nafas dan start buat ni:

Baca Bismillah

1- Ambil kertas
2- Tulis apakah keadaan hidup yang anda hendak. Tulislah 5-10.
3- Ayatnya buat macam dah terjadi dah pun.
Bersyukurnya, duit semakin cukup dan datang ke dalam hidupku dengan mudah.
Bersyukurnya, sekarang mudahnya anak-anak mendengar cakap dan membantu dengan ceria.
4- Bacalah berkali-kali sambil merasakan dengan kuat di dalam hati. Agar ia menjadi doa yang kuat. Sambil bayangkan dalam minda anda dan kuatkan di hati.
5-Sekarang vibrasi anda dah tinggi. Masa ni kuatkan dan bayangkan diri anda yang anda sebut tadi. Kuatkan dengan membawa ia ke hati anda.

Dan anda tak perlu asyik kena buat every time untuk be in that state. Dengan ilmu anchoring atau mempasakkan dalam Self-Actualisation Psychology, anda boleh terus access state ini dengan mudah.

Sebab bila dah rasa dengan kuat tu, terus anchorkan physically or mentally. Tutup dengan DOA Allah makbulkan.

Bila nak be in that blissful state again, contohnya dah mula rasa resah…release jer anchor itu and bagaikan kita tekan switch…kita mula rasa balik ketenangan itu and flush away keresahan itu.

Tip Kawal Kemarahan Pada Anak
Setiap kali terasa hendak marah anak, jauhkan diri seketika daripada anak, biarkan hati tenang dan apabila sudah tenang barulah peluk dan cium anak semula.

Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya kata-kata yang positif.

Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita dan sentiasa membuatkan diri kita marah.

Yang paling penting jaga tutur kata kita ketika marah, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukai hati atau menuturkan kata-kata yang negatif. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.

IKLAN