Mainan sememangnya membantu perkembangan minda anak-anak. Namun kosnya yang bukan sedikit buat mama papa terpaksa memikirkan berkali-kali untuk membeli. Apa lagi membeli sebuah dapur memasak comel untuk anak-anak. Mahal!
Namun perkongsian ibu ini, Hafizah Nordin yang menyediakan sendiri dapur lengkap dengan kabinet dan kemudahan lain buat anak-anak perempuannya ini memang superb! Lengkap semua peralatan ya. Paling best kos yang digunakannya hanya RM50 sahaja, Mantap!
Jom ikuti caranya.
DIY DAPUR MAINAN ANAK *MODAL RM50*
Murah janji anak seronok main.
Barang saya beli dari Kedai Eco RM2 je.
1. Wallpaper 5 roll
2. Periuk kuali kecik-kecik
3. Bekas plastik pink
4. Paip plastik
5. Sinki pun guna mangkuk stainless steel beli kat Eco
6. Bakul plastik putih buat mesin basuh.
7. Penyangkut lekat dinding.
8. Lapik kaki
*Lain-lain barang memang dah ada dekat rumah
– Kotak beli stok lampin anak (kotak apa-apa pun boleh)
-Mainan masak-masak anak, kumpul balik semua yang bersepah
Ads
– Tape
– Gam
Susun dulu kotak ikut kreativiti nak dapur macam mana. Boleh search contoh-contoh dari pinterest/ google.
Guna gam multipurpose untuk lekatkan kotak dengan kotak.
Ads
Lekat wallpaper keliling kotak.
Tadaaa. siap.
Ads
Peti ais dan mesin basuh. Letak bakul putih kat dalam. Boleh masuk baju…heheheh
Mozaic petak kecik-kecik tu beli kat gm. Sebenarnya stiker je tapi jenis timbul. Mahal sikit RM10, dapat sikit je. hahhaa hias sikit boleh la.
Dah tak sabar nak main.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari sebelum kejadian anak bongsu terjatuh melalui tingkap dari tingkat tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kuala Lumpur, bapa kepada bayi perempuan berumur 11 bulan ada bermimpi orang ramai mengunjungi rumahnya dalam keadaan menangis.
Tertanya-tanya di sebalik mimpi itu
Menurut ibu mangsa, Norasikin Juliar, 37, suaminya bagaimanapun tidak mengetahui punca kunjungan tersebut namun tidak menyangka itu mungkin petanda kehilangan anak mereka.
Katanya, suami, Khairul Faizal Abd Rahim, 37 amat terkesan dengan kehilangan anak bongsu mereka, Nur Aira Batrisya dan masih belum mampu menerima kenyataan tersebut.
“Suami ralat kerana ketika kejadian, dia sedang tidur akibat penat bekerja dan menyalahkan dirinya tidak bermain dengan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui media di rumahnya pada Ahad.
Pada 3 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang bayi perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di PPR Sri Aman.
Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang dan mangsa ketika itu sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah itu.
Suami masih lagi bersedih
Mengulas lanjut ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, suaminya belum bersedia untuk berjumpa orang ramai dan hanya pulang pada waktu malam setelah semua orang tidur.
“Kekuatan saya dan dia tidak sama kerana saya pernah melalui pengalaman kehilangan ibu dan nenek.
“Saya juga bersyukur mendapat sokongan daripada adik-adik dan jiran, berbeza dengan suami yang lebih suka berdiam diri.
“Saya berhasrat menghantar suami ke sesi kaunseling untuk memulihkan semangatnya,” katanya.
“Janganlah hukum anak-anak saya”
Norasikin juga merayu masyarakat tidak menghukum anak-anaknya atas kejadian yang menimpa adik bongsu mereka.
“Anak-anak saya sudah cukup terseksa dengan kematian Aira, namun masih ada masyarakat yang menganggap mereka cuai,” ujarnya.
Menurut Norasikin, dia tidak menyalahkan anak-anaknya yang lain kerana kejadian itu adalah ketentuan ALLAH SWT dan mereka sekeluarga hanya memperbanyakkan doa.
“Aira dah seronok berjumpa keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tidak mahu anak-anak rasa bersalah dengan perkara ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, dia turut menerima kunjungan daripada Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang menyerahkan sumbangan barangan asas dan bantuan jeriji tingkap.
Dominic meluahkan rasa kecewa selepas mendapat tahu perumahan berkenaan tidak dilengkapi dengan jeriji tingkap.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu membuatkan hari-hari seorang ibu menjadi semakin sibuk. Balik sahaja daripada kerja di pejabat, masa dan tumpuan difokuskan kepada anak pula. Tiada istilah masa untuk diri sendiri namun menggembirakan kerana punya permata hati. Inilah hati seorang ibu.
Niena Azman, pemain futsal negara yang juga isteri kepada pemuzik, Rody Kristal tidak terkecuali berkongsi rasa ini sejak punya anak comelnya, Adithya Jabbar. Tidak ada waktu untuk dirinya sendiri, begitu kongsinya di instagram.
Bila dah ada anak memang takde masa untuk diri sendiri sebab kalau ada free time je mesti nak mengadap anak. Cinta kat anak tu lain macam, sebab budak carry bau syurga.
Kita kena sentiasa nak menghadap dia je. Kesian En.Mi terabai sebab tu perut dia nak boroi dah sikit, tak jaga dia, apa lagi makan je dia, diet semua lari dan nak post gambar macam ni pun, bila dah balik, sanggup keluar depan rumah balik sebab lupa nak amik gambar diri sendiri.
Lama benar tak ootd gitu? tapi tapi im so grateful cause always blessed with two boyfriend. Kita doa untuk peneman hidup sorang tapi Allah bagi dua. Alhamdullilah.
Malah menerusi Majalah Pa&Ma, Niena dan Rody sempat berkongsi kegembiraan hidup mereka sejak punya Aditya yang kini sudah berusia lapan bulan. Malah tidak lokek berkongsi nama unik si comel bersama pembaca.
Nama Sempena Jabal Rahmah
Indahnya nama si comel kesayangan Niena dan Rody ini. Rupanya ada kisah tersendiri di sebalik nama yang dipilih ini.
“ Nama Jabbar ini saya pilih kerana Allah dekatkan jodoh dan cinta saya pada isteri ketika berdoa di Jabal Rahmah. Ketika itu saya pergi menunaikan umrah bersama ibu saya dan saya sempat berdoa moga diketemukan dengan jodoh saya.
Sebulan selepas itulah saya diperkenalkan dengan Niena, menerusi seorang kawan. Kami berkawan tidak lama, selepas enam bulan berkawan kami sepakat untuk mengikat tali pertunangan. Enam bulan selepas bertunang kami kemudiannya mengikat tali janji dengan akad nikah.
Saya nampak betapa mudah dan lancarnya perjalanan jodoh kami. Hanya dalam masa setahun kami sah bergelar suami isteri. Allah makbulkan doa saya dan kerana itulah saya pilih nama Jabbar,” kata Rodi yang tidak kekok menjaga anaknya setiap hari.
Setiap tahun isu banjir di negara kita pasti akan berlaku. Namun adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi bencana alam ini lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak kecil.
YB Nurul Izzah Anwar berkongsi antara barangan yang perlu ada dalam dalam bag kecemasan anak-anak sebagai langkah persediaan menghadapi bencana alam ini.
KIT KECEMASAN KHAS UNTUK KANAK-KANAK
Barang pertama wajib ada dalam kit bencana tersebut ialah:
1. Beg kalis air.
Beg kalis air ini berfungsi untuk menyimpan barang-barang bagi mengelakkan daripada terkena air ketika banjir.
2. Air mineral dan makanan tahan lama.
Seperti yang kita tahu, bekalan makanan atau minuman yang secukupnya sukar untuk didapati ketika banjir melanda. Justeru, dengan adanya air mineral dan makanan tahan lama boleh mengurangkan tahap kelaparkan kanak-kanak yang secara umumnya memang memerlukan makanan yang secukupnya untuk tumbesaran.
3. Baju hujan.
Baju hujan ini bertindak untuk memberi perlindungan kepada golongan kanak-kanak daripada hujan lebat. Perkara ini sangat membantu dari aspek keselamatan dan kesihatan kanak-kanak supaya lebih terjaga.
4. Buku aktiviti mewarna dan pensel warna.
Barangan ini diperlukan oleh golongan kanak-kanak iaitu bertujuan untuk mengisi masa sepanjang mereka berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
5. Ziplock Bag.
Ziplock beg ini digunakan untuk menyimpan dokumen penting supaya dapat dihindari daripada terkena air banjir atau air hujan.
6. Selimut haba kecemasan.
Selimut ini sangat penting bagi golongan kanak-kanak untuk membekalkan haba atau mengembalikan suhu badan mereka kepada suhu yang asal selepas hujan melanda.
7. Kit kebersihan.
Kit Kebersihan ini diperlukan untuk golongan kanak-kanak supaya kebersihan diri sentiasa terjaga. Hal ini kerana ketika berada di PPS, rata-rata bekalan seperti sabun, ubat gigi dan sebagainya agak sukar diperolehi, selain faktor kepadatan lokaliti yang memberi risiko kepada kebersihan.
8. First Aid Kit iaitu keperluan dari aspek kebajikan kanak-kanak. Hal ini akan memberi persediaan awal kepada golongan kanak-kanak sekiranya mereka mengalami kecederaan atau luka.
9. Wisel.
Dengan adanya wisel ini pasukan keselamatan ini akan mudah mengetahui keberadaaan gologan kanak-kanak melalui pendengaran.
10.‘Glowstick‘.
Penggunaan ‘glowstick’ ini perlu dipatahkan terlebih dahulu sebelum menggunakannnya. Dengan cahaya yang dibekalkan, maka pasukan keselamatan akan mudah mengesan keberadaan golongan kanak-kanak melalui penglihatan.