Setiap kali anak-anak hendak makan pizza, ibu pastinya memesan terus dari restoran atau buatkan pizza homemade buat anak-anak. Namun pizza yang satu ini lain daripada yang lain. ‘Pizza kuali’ ini dimasak tanpa menggunakan oven malah hanya dibakar di atas dapur biasa sahaja. Mantap!
Pasti ada rahsia dan cara pizza yang dihasilkan oleh Puan Murni Rahmat ini. Resipi pizza unik dan hebat ini dikongsikan secara teliti menerusi gambar langkah demi langkah. Jom cuba!
Pizza kuali lagi, 100% masak atas api, tak perlu oven. Resepi untuk 5x pizza
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 peket mauripan
2 sudu minyak masak
1 sudu gula
Secubit garam
* Uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jugak.
Bahan topping:
Sos pasta tradisional -jenama bebas
Boleh letak macam-macam topping -hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Resepi sos:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar/Holland
1 sudu kecil mix herbs
1 kiub ayam
2 sudu besar tomato puree
3 biji tomato
Ads
Gaulkan tepung dengan minyak. Kemudian tambahkan air dan uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit. Bila dah tak melekat kat tangan, tutup dengan tuala dan rehatkan 1 jam.
* Sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu, tuang mauripan dalam tu. Masukkan secubit gula. Lepas 2 hingga 3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.
Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2 kali ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.
Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.
Tumis bawang holland dan bawang putih. Bila dah wangi, masukkan bahan basah yang lain contohnya ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak ye dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Ketepikan.
Ads
Tumiskan bawang dan tomato yang dikisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan tomato puree/sos tamato dan tambah mix herbs dan kiub ayam. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
Api kecik dan wajib pakai penutup periuk.
Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik. Masak je doh tu atas kuali.
Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.
Ads
Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak. Susun siap-siap atas kuali ye. Baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu sebab topping tu berat. Nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.
Cheese tu ambil masa 3-4 minit untuk cair.
Tips:
* Kalau nak cepat, buat pakai roti nan/arab.
*Resepi doh ni juga boleh buat donut, roti dan pau.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita mungkin sudah sering melihat pes tom yam yang di jual di kedai namun hati-hati kerana bukan semua pes tom yam Thai yang dijual sama rasa dan enaknya. Anda harus kenal pasti pes tom yam yang mana satu paling sedap dan kuahnya pekat tanpa bantuan bahan lain. Ini anda perlu tahu sebelum membeli. Jangan salah pilih.
Kalau nak senangkan kerja sebab tak perlu ditambah dengan sebarang tumisan atau bahan lain, tip yang dikongsikan Zatty Roslan ini anda kena tahu. Wajib!
Ini review ikhlas. Saya bukan penjual.
Tadi whattappss dengan jiran. Rupanya ada lagi yang tak tahu pasal paste tomyam yang sedap. Ok, ni pengalaman sis sebagai pengguna & selalu beli kat Padang Besar masa duk Jitra dulu.
Sekali imbas korang tengok botol-botol tu semua sama kan dan ramai bila sis cerita tiga-tiga botol ni lain-lain jenama baru orang perasan. (jenama ke chop ke sis sebut je) & banyak sis tengok orang review-review masak guna paste yang tak sedap. Ya la. Sebab sis tahu ada lagi sedap dari tu.
1. Tulisan Thailand tu paling sedap.
Yang ni tahun lepas sis try cari kat Pdg Besar memang payah jumpa. Dorang susun bahagian dalam kedai. Sis cari satu kedai ke satu kedai & ada 2 botol je. Dia mahal sikit dari 2 jenama botol yang lain tu. Cara masak dia senang. Letak air, letak paste, letak segala isi-isi tomyam. Tak perlu nak letak garam gula serai bagai tu. Tapi kalau paste korang letak sikit, letak la semua tu. Tapi sis masak tak letak pun. Letak paste je banyak-banyak. Baru tomyam pekat memikat!
2. Paste tomyam jenama Nang Fah.
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kedua sedap. Harga dia murah sikit dari tulisan Thai tadi. Cara masak pun sama. Letak semua tak yah adjust apa. Tapi korang try la letak susu cair dalam tomyam. Sedap dan boleh kurangkan masam dia sikit kalau korang letak banyak paste dia jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam macam sis, boleh letak susu cair.
3. Paste tomyam jenama PUM.
Perhatikan bulat kecik tu. Yang ni kurang sedap dan banyak orang review masak-masak buat guna paste ni. Maybe kat tempat dorang ada jenama ni je kot. Yang pum ni memang korang kene orter. Macam korang masak guna paste tomyam sebelum-sebelum ni. Letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang. Eh banyak lagi laa. Tulis resepi kat sini nanti panjang pula. Paste ni memang berlambak kat Pdg Besar dan harga dia murah dari 2 botol yang kat atas tadi.
Ok done. Lepas ni korang nak beli paste tomyam perati bende yang sis bulatkan tu ok. Selamat mencuba.
SEKIAN wasalam..
*Sis selalu beli jenama 1 & 2. Masak ni paling senang selain singgang pokman.
Resipi wajib cuba:
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu bahan baik untuk tubuh ialah DHA dalam ikan. DHA memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sistem saraf dan sel otak.
Phosphatide dalam ikan terlibat secara aktif dalam metabolisme kolesterol, mencegah pengumpulan kolesterol dalam darah, membantu membuang kolesterol yang tidak baik daripada tubuh, mencegah obesiti, dan melindungi sistem kardiovaskular. Kandungan ini juga boleh menghalang pelbagai jenis kanser.
Secara ringkasnya, ikan adalah amat penting.
Bagi yang nak cuba beri ikan pada anak, boleh cuba resipi yang dikongsi ibu ini. Selamat mencuba!
Harini cuba buat kuah bersantan kat baby Inca. Sebelum ni pernah buat time dia umur bawah setahun. Tapi dia tak suka😅
Sekarang dah setahun lebih ibu buat balik. Alhamdulillah. Siap menambah lauk! 🤩 Bau time masak tu pon wangiii betol memang bikin terliur😋
IKAN MASAK LEMAK LABU
(resepi baby 7 bulan ke atas)
Bahan-bahan:
✅ Bawang putih
✅ Bawang holland
✅ Isi ikan putih
✅ Mirepoix
✅ Susu full cream @ santan segar
✅ Kunyit serbuk sedikit
✅ Labu kuning (potong kiub)
✅ Park choy (any sayur pilihan)
Cara penyediaan:
1️. Tumis bawang putih + bawang holland
2️. Masukkan sikit air + mirepoix 1 cube
3️. Masukkan susu full cream @ santan
4️. Sedikit kunyit serbuk
5️. Masuk isi ikan dan labu
6️. Masuk park choy (racik)
Siap! Super simple tapi anak berselera makan🤩
Khasiat Ikan Untuk Bayi:
Ikan ialah makanan yang mengandungi banyak nutrien penting untuk tubuh seperti protein, asid amino, omega-3, methionine, tyrosine, lysine, tryptophan, dan sebagainya. Protein yang terkandung dalam ikan adalah mudah untuk dicerna berbanding dengan yang ada dalam daging.
Ikan mengandungi beberapa jenis bahan-bahan lemak seperti lipid yang merupakan asid lemak tak tepu. Asid lemak ini adalah baik untuk tubuh dan mengelakkan lemak dalam darah, yang menjurus kepada obesiti.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau jenis ‘tangan keras’ susah juga nak cuba resipi kuih yang perlu dibungkus dalam daun pisang atau daun pandan. Tapi dalam hati teringin nak buat, sebab biasanya kuih berbungkus ni semuanya sedap-sedap.
Untuk lebih mudah, Farisha Sofea berkongsi resipi kuih nagasari jagung yang tidak perlu dibungkus. Dengan hanya menggunakan acuan comel, kuih nagasari nampak menarik untuk dimakan.
1 paket tepung hoen kwee 1 tin jagung manis ( buang air dan toskan ) 250ml santan pekat 600ml air 170g gula 1/2 sk esen pandan Garam secubit untuk rasa lemak
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali jagung dan kacau sebati.
Masak di atas dapur menggunakan api sederhana kecil.
Sentiasa kacau sehingga adunan sedikit pekat. Kemudian masukkan jagung.
Masak adunan sehingga pekat dan meletup-letup. Tutupkan api.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
5. Ulang proses sehingga selesai. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dikeluarkan daripada acuan. Siap.
Sedia dihidang 💓
Biasanya kuih nagasari ini menggunakan buah pisang sebagai inti dan dibungkus dalam daun pisang. Kemudian akan dikukus 15-20 minit sebelum betul-betul masak. Kuih nagasari cara lama itu rasanya berlemak dengan santan dan pisang. Kemudian tambah selera kerana aroma daun pisang yang digunakan untuk membungkusnya. Kuih orang lama, diberi nafas baru rasanya sama-sama sedap.
Resipi ini recommended untuk dibuat. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.