Sesekali makan lauk simple pun boleh bertambah makan nasi. Tak semestinya mesti ada kuah. Cuma untuk nak sedapkan lagi makanan tu letak sekali dengan kicap, sambal belacan atau ulam lagi berselera.
Bagi ibu bapa, pilihan ikan antara yang boleh membuka selera berbanding menu ayam. Mungkin anak-anak kalau ikan mereka akan memilih sikit kerana alasannya banyak tulang. Tapi mungkin resipi ikan ini anak akan suka kerana menggunakan ikan bersaiz besar dan tak banyak tulang.
Mungkin dah buat sekali, menu ikan rebus style Kelantan & Thailand ini akan jadi kesukaan satu keluarga. Tak percaya cubalah buat nanti.
Perkongsian resipi dari Dapur Kak Wan ini boleh anda cuba dan pastinya boleh makan bertambah nasi.
Ikan Rebus Style Kelantan & Thailand
Sedap juga ye ikan rebus style kelantan, Thailand ni. Pastu Kak Wan goreng, makan nasi cicah budu.. Tak jadi diet. Makan yang rebus ambik kuah dia pun sedap.
Resepi untuk seekor ikan aye hitam @ ikan tongkol siaz sedang.
IKLAN
Mula-mula letak bahan seperti:
1) 4 batang serai ketuk-ketuk
2) Nisan atau gula melaka sedikit patah-patahkan.
3) Daun limau purut 6 helai carik2kan.
IKLAN
4) Bawang Putih 6 ulas di ketuk.
5) Asam keping 8 keping
6) Garam kasar 1/2 sudu besar
7) Lepas tu susun ikan aye dalam periuk.
IKLAN
8) Letak cili api
9) Masukkan air paras2 ikan je.
10) Rebus dalam periuk tutup ye periuk. Agak-agak dah sebati ikan pun dah masak. Tadaaa siap.
Ikan boleh goreng @ di makan rebus begitu saja.
Selain ikan aye, ikan selayang atau sardin yang saiz besar pun boleh. Selamat Mencuba uolls.
Sumber: Dapur Kak Wan via MAHN
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bosan dengan pelbagai jenis bubur, ada waktunya cuba variasikan menu dan sajian daripada mi pula untuk bayi dan anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Baby noodle daripada spinach atau mi bayam boleh diberikan kepada anak-anak kita. Jom variasikan menu untuk menarik selera mereka.
Baby Noodle Spinach yang dikongsikan oleh Shakirah Shuhada Noordin ini boleh dicuba. Ringkas sahaja. Paling penting wajib masukkan sumber protein dan sayur-sayuran untuk anak kecil kita. Jom cuba!
Before ni saya pelbagaikan bubur. Sekarang baru nak try baby noodle pulak. Not bad. Sedap jugak rasa dia. Baby noodle tumis ayam simple , 10 minit dah siap.
Bahan Rebus:
Baby noodle (spinach)
Bahan Tumis:
Bawang merah 1 labu
Bawang putih 1 labu
Unsalted butter
Ayam
Sawi pakchoy manis atau bayam
Rebus noodle dulu. Tos dan ketepikan.
Cairkan unsalted butter, masukkan bahan tumis dan ayam. Dah masak ayam baru masukkan baby noodle.
Biar sekejap sampai masak, dah kering sikit air.
Angkat dan kemudian blend untuk baby yang still makan blend. Siap.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Serunding halia dan bawang putih antara dua kudapan yang cukup sinonim dengan orang berpantang. Dua makanan ini bukan hanya menghangatkan tubuh badan ibu berpantang bahkan baik untuk membuang angin dalam badan.
Pun begitu, selain membeli stok sepanjang berpantang, ada baiknya anda buat sendiri untuk stok sepanjang berpantang nanti. Perkongsian langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Pn Azita Amir ini cukup mudah.
Paling menarik bukan hanya tak melekat, bahkan bawang putih lerai satu-satu dan cantik selepas digoreng. Ini tip yang dikongsikan.
Saya sertakan video sagat yang saya gunakan ye.
Selalu orang tanya saya, macam mana buat bawang putih goreng sampai dia rangup, goreng tak bertempek sesama sendiri, tak hitam tak pahit kan. Cara saya biasa je.
Kupas bawang, sagat dan rendam air garam jap, lepas tu bilas sampai bersih dan goreng je macam biasa, macam video kat bawah.
Dah angkat letak dalam bekas yang dah lapik tisu, goyang-goyang je bekas tu. Memang tak bertempek, lerai satu-satu. Rasa pun macam keropok bawang je, memang tak pahit langsung.
Setiap hari menyediakan menu untuk anak kecil kita pastinya terasa buntu. Variasikan menu pilihan yang disediakan kali ini untuk anak-anak kita. Misi ibu pastinya untuk mengenyangkan anak sekaligus menaikkan berat badan si comel.
Apa kata cuba variasi resipi di bawah untuk selera berbeza anak kita. Olah dan jadikan lebih menarik supaya dapat menarik perhatian si kecil kita. Jom cuba.
BUBUR JAGUNG PULUT
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
100gm isi jagung manis
100gm isi jagung pulut
150ml santan
Air untuk mereneh secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan beras dan air. Reneh sehingga lembut dan hancur. Kacau sentiasa.
2. Masukkan jagung manis dan jagung pulut lalu direneh lagi sehingga semuanya empuk dan sekata.
3. Seterusnya, tuangkan santan dan kacau sebati.
4. Tambahkan air jika perlu sebelum dihidangkan. Enak dimakan sejuk mahupun hangat.
Info: Rasa lemak santan dan manis jagung dapat memecah selera anak-anak untuk makan lebih daripada biasa. Bubur ini boleh menjadi puri apabila dikisar halus.
BUBUR AYAM BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
150gm beras |dicuci, rendam dan toskan)
5 biji bebola ayam cendawan |dipotong kiub kecil
100gm brokoli |dipotong kecil
2 ulas bawang putih |dicincang
Air untuk mereneh secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan beras dan air dan biarkan mendidih. Kacau sentiasa.
3. Masukkan bebola ayam cendawan dan brokoli. Reneh lagi dan kacau sekata.
Info: Untuk rasa yang lebih asli, gunakan isi ayam yang dipotong kecil untuk menggantikan bebola ayam cendawan.
BUBUR GANDUM SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
200gm gandum
1 biji bawang merah |dicincang halus
1 ulas bawang putih |dicincang halus
50gm lobak merah |dihiris memanjang
2 helai daun bawang |dihiris
1 sudu makan sos tiram
300ml air
Stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan gandum bersama lobak merah yang telah dihiris.
5. Setelah kesemuanya sebati, hidangkan bersama hirisan daun bawang.
Info: Pastikan sayuran dimasukkan pada saat akhir dan dimasak tidak terlalu lama agar khasiatnya terjaga.
Menu Anak 9 Hingga 12 Bulan
SUP AYAM DAN NASI PUTIH
BAHAN-BAHAN:
200gram isi ayam |potong dadu
Lobak merah |potong bulat
½ biji bawang besar
2 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga |rempah 3 serangkai
1 cawan air
1 mangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus lobak merah, kentang sehingga empuk dalam periuk. Tabur sedikit garam.
2. Kisar atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, jintan putih, serbuk ketumbar.
3. Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang kisar bersama rempah 3 serangkai. Biarkan hingga wangi.
4. Masukkan ayam ke dalam periuk rebusan lobak merah dan biarkan hingga ayam separuh masak.
5. Kemudian masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk dan biarkan mereneh dalam 20 minit dan angkat.
SECRET FRENCH BAGUETTE
BAHAN-BAHAN:
1 buku roti french baguette
3 biji telur
4 biji bawang putih |di cincang halus
1 sudu makan mayones
Sedikit mentega
Sedikit daun sup dan bawang- dipotong halus
CARA MEMASAK:
1. Potong sedikit bahagian atas roti dan keluarkan isi roti sehingga menjadi seperti sebuah lubang.
2. Ratakan sekeliling roti dengan mentega. Bakar selama 20 minit hingga garing.
3. Sementara itu, pecahkan telur dan kacau. Masukkan bawang putih, hirisan daun sup serta daun bawang, mayones. Masukkan juga isi roti yang dikeluarkan tadi. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Masukkan adunan tadi ke dalam roti.
5. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta sedikit cheese untuk rasa yang lebih enak. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit, 180’ Celsius.
Info: Penambahan keju pada hidangan ini akan membangkitkan selera si kecil anda kepada makanan yang baru diperkenalkan. Keju kaya dengan kalsium dan baik untuk anak anda.
STIK KEJU
BAHAN-BAHAN:
Pastri segera
3 sudu keju parmesan
3 sudu keju cheddar
Sebiji telur-dipukul
Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Sapukan mentega di sekeliling pastri segera.
2. Taburkan keju parmesan dan cheddar di atas pastri tadi.
3. Kemudian potong pastri dalam bentuk memanjang.
4. Pintal pastri yang dipotong tadi sehingga ke hujung.
5. Sapukan sedikit telur di atas pastri yang telah dipintal.
6. Taburkan juga lebihan keju.
7. Bakar di dalam ketuhar selama 10 hingga 15 minit sehingga kekuningan dan masak.
Info: Cheese stick ini sangat mudah untuk anda buat sendiri di rumah. Ia tidak memerlukan proses dan waktu yang lama. Sesuai untuk dijadikan snek anak anda.
LEMPENG MADU
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung gandum
250ml air
Sedikit minyak zaitun
Madu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air secukupnya.
2. Gaulkan hingga menjadi adunan yang cair namun sebati.
3. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, sendukkan adunan dan leperkan menjadi bulat.
4. Biarkan dimasak seketika kemudian terbalikkan. Biarkan masak.
5. Apabila masak angkat dan hidangkan bersama madu (jika perlu) di atasnya.
Info: Pastikan penggunaan api perlahan ketika memasak lempeng.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!