“Tak Perlu Paksa Anak Kecil Berpuasa Penuh, Mereka Perlu Nutrisi” Pesanan Dr Izzar

Bila masuk bulan ramadan, ramai ibu bapa yang cuba nak mendidik anak-anak agar berpuasa seawal usia yang boleh. Maka banyaklah pujuk rayu dan ganjaran yang sesetengah ibu ayah berikan supaya anak kecil dapat berpuasa selama yang mungkin.Β 

Namun adakah puasa penuh memberikan kesan kepada anak-anak kecil ini untuk membesar? Adakah tip yang boleh dilakukan jika anak itu sendiri yang meminta untuk berpuasa? Ikuti perkongsian daripada Dr Izzar Anwar.

π—žπ—”π—‘π—”π—ž-π—žπ—”π—‘π—”π—ž π—•π—˜π—₯𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔? πŸ‘¨β€πŸ‘§

Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Tapi kalau nak mendidik anak untuk berpuasa, tak salah. Tapi janganla sampai memudaratkan anak 😨

Anak-anak kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak-anak kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.

Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi marah2 sebab β€˜hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.

Untuk anak-anak kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak-anak suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la

Kalau nak melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa perlu ingat :

βœ… sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.

❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak

❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.

❌JANGAN PAKSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang

❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan

Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang. Tak kisahla masa bulan Ramadan atau tak. Makanan kena ada cukup zat dan nutrisi dari semua kumpulan makanan. Check di #drizzarshares.

Kredit: Dr Izzar AnwarΒ 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

IKLAN

NuFa

Recent Posts

Hilang Dahaga, 5 Resipi Air Sesuai Untuk Dihidang Di Hari Raya. Memang Lazat!

Walaupun kita beraya dalam keadaan pandemik COVID-19, namun jangan pula kita tidak

18 hours ago

Baca Al-Fatihah, Ulang Ayat Kursi 7x Sebelum Hantar Anak Pada Pengasuh, Mohon Tuhan Lindung Anak

Semalam kita digemparkan dengan berita yang sangat menyayat hati apabila polis mengesahkan

19 hours ago

Ingatkan Prihatin, Sebenarnya Ibu Ayah Kawal Semua Benda. Anak Tak Pandai Berdikari, Emosi Terganggu!

Sebagai ibu ayah, sudah menjadi lumrah kita menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh tak

23 hours ago

Tip Nak Nasi Impit Cantik & Licin Buat Macam Ni! Tak Perlu Kacau Banyak Kali Pun

Hari raya kalau tiada hidangan nasi impit dengan kuah kacang ibaratnya macam tak lengkap. Jadinya

23 hours ago

Buat Yang Menanti Kehadiran Anak, Bacalah Doa Ini Setiap Hari. Moga Ada Berita Gembira

Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian semuanya rahsia Allah. Kita tak tahu pun tetapi bila sampai

1 day ago

“Tidur Awal-Awal, Adik Datang Kejut”. Sebak Dengar Pesanan Anak Ziarah Kubur Ayah

Kehilangan insan yang tersayang adalah rindu yang tiada penghujungnya. Tambah lagi bagi anak kecil yang

1 day ago