Kebersihan kain buruk atau kain pengelap di dapur selalu kita abaikan. Kita rendam, cuci dan bilas seperti biasa sedangkan kotoran masih lagi melekat.

Tak perlu tunggu lama baru hendak dibasuh, apa kata basuh dan cuci kain pengelap ini hari-hari seperti yang disyorkan oleh pengguna Instagram, @kekcawan.com.my ini. Memang bersih dan wangi.


CUCI KAIN “BURUK”

Entah napa ya panggil kain buruk. Ok la, kain lap. Sedap sikit bunyi nya kan. Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari. Amboi besar betul production. Takpe.. dream big!

Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, letak sabun dan air. Biar rendam semalaman. Kadang jadi 2 malam. Kadang 3 malam. Kadang tambah bermalam-malam. Tak cuci-cuci gak. Tak dan ek. Sampai berbau dan berlendir!

Tak Perlu Rendam Lama-Lama, Cuci Kain Buruk Ikut Teknik Ni, Confirm Bersih & Wangi!

Ni cara Ellie, cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.

IKLAN

Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun boleh je.

Masukkan air dan sabun pencuci.

Tak Perlu Rendam Lama-Lama, Cuci Kain Buruk Ikut Teknik Ni, Confirm Bersih & Wangi!

Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit soda. Kacau-kacau sebatikan.

Pastu masak atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu. Rebus laa dalam 10 minit.

IKLAN

Ellie siap pakai timer, takut lupa. Sesambil kita cuci-cuci sinki ke. Kemas-kemas dapur ke.

Tak Perlu Rendam Lama-Lama, Cuci Kain Buruk Ikut Teknik Ni, Confirm Bersih & Wangi!

Selesai tu, tutup api. Curah ke sinki. (Air panas tu masuk ke ‘longkang” sinki kasi bersihkan juga tu.. haaaa elok!)

Buka air paip, bilas. Amik berus, berus kain tu manja-manja cukup dah.

IKLAN

Bilas, perah dan sidai. Bersih! Wangi!

Senang dan cepat kan!

 

Menarik: Kalau Tak Ada Kekangan Kewangan Ambillah, Elfira Loy Nasihatkan Bakal Ibu Ambil Epidural Waktu Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI