Mencuci bekas plastik seperti bekal sekolah anak paling memenatkan. Mana tidaknya, bekas dengan kesan kotoran berminyak tidak mampu disental dengan mudah.
Walau hanya dicuci sekali basuhan, kesan minyak pasti ada. Macam mana nak cuci bersih?
Perkongsian tip oleh pengguna Tik Tok @rifaatzahrawi ini anda perlu cuba. Memang senang!
Baru tau, walaupun ada yang dah tau. Saja nak share. Rasa seronok pulak!
Baru tahu, isteri saya ajar cara nak basuh bekas plastik tupperware.
Ambil tisu dan koyak-koyakkan sikit.
Ads
Letak sabun pencuci dekat dalam bekas.
Kemudian tuangkan air tapi tak payah sampai penuh bekas.
Ads
Tutup bekas plastik dan kemudian goncang. Balik-balikkan lagi sambil goncang.
Lihatlah hasilnya.
Taklah bersih seratus peratus tapi mudah kan? Memang menjadi!
Real Case : Ada parents di sini yang mengaku tak pernah dan tak tahu untuk marah anak. Parents…. Marah tu tandanya untuk menegur kesalahan anak. Kan ada pepatah mengatakan marah tandanya sayang. Real case ini adalah perkongsian daripada Cik Aishah Kassim, Pakar Pertuturan Bahasa.
Sanggup ke kita tengok anak kita buat salah tapi kita biarkan je anak buat tingkahlaku macam tu? Sanggup ke kita biarkan anak baling barang dekat kita, sepak, tampar kita?
Kita mungkin sanggup, tapi bagaimana bila di luar? Jika anak buat perkara yang sama dekat kita kepada orang lain. Ada yang kata takut anak berdendam. Ada yang kata takut anak trauma dan emosi. Hm. Marah ada hadnya. Jangan marah sehingga menghina dan mengeluarkan kata-kata yang buruk dan negatif kepada anak. Jangan marah setiap masa pulak, tu parents yg ada masalah!
Marah anak ketika dia buat kesalahan. Puji anak ketika dia buat kebaikan.
Dari sini anak akan belajar bahawa setiap perkara yang baik akan diberi pujian dan dihargai & perkara yang buruk jika dilakukan pasti akan dihukum. Yang salah tetap salah, dan yang betul kita raikan.
Biarkan anak menangis harini. Jangan satu hari nanti kita pula yg menangis melihat anak kita
Anak-anak yang dalam tempoh nak membesar, biasanya sedikit menguji kesabaran ibu bapa. Namun jika komunikasi berkesan, masalah ini boleh diatasi dengan baik dan anak mudah faham.
Seperti yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli bagaimana ibu bapa boleh bantu anak-anak sentiasa mempunyai tingkah laku positif dengan ‘kuasa’ perkataan yang digunakan.
DAH GUNA 7 PERKATAAN NI UNTUK BANTU ANAK ADA TINGKAH LAKU POSITIF?
Kadang-kadang, memang rasa macam dah tak ada idea nak buat apa dengan tingkah laku anak kita kan? Nak tahu tak?
Di #GymCademy, antara anak-anak yang akan hadir jumpa terapis adalah anak-anak yang ada masalah dengan tingkah lakunya.
Ada yang sering mengamuk sampai mama ayahnya tak dapat nak handle.
Ada yang tak nak dengar langsung arahan guru dalam kelas… Pandai… Tapi, tak boleh dengar arahan langsung.
Ada yang terlalu agresif sampai mencederakan kawan-kawan.
Ada yang terlalu pasif sampai tak tahu nak ajak cara apa dah untuk join aktiviti.
Biasanya terapis akan berikan AKTIVITI TERAPEUTIK yang boleh bantu anak-anak ni belajar regulasi emosi. Dalam pendekatan terapi juga, ada satu kaedah yang di panggil “VERBAL PROMPT”.
Maksudnya kita gunakan bahasa (ayat atau perkataan) untuk bantu anak selesaikan tugasannya. Dan..Nak tahu tak?
Verbal prompt adalah antara kaedah yang saya sangat suka untuk lakukan pada anak-anak sendiri juga. Macam mana?
Kita BERIKAN VERBAL PROMPT UNTUK TINGKAH LAKU YANG KITA MAHUKAN.
Kita sebut apa yang kita nak anak buat dengan tekankan keyword-keyword yang kita nak anak alert. Tapi, ada target tau. Targetnya, sehingga anak boleh buat sendiri tanpa apa-apa bantuan. Contohnya, kita nak hentikan anak kita dari minum botol susu.
Selain belikan cawan cantik, letak cawan di tempat yang anak nampak, kita juga boleh selalu beritahu anak kita bahawa:
“Awak pandai minum guna cawan”.
Keyword yang kita tekankan masa sebut ayat tu, “Pandai” dan “Cawan”.
Anak belajar dengan pengulangan.
So, kena lah selalu sebut ayat tu setiap kali:
Anak minta air
Anak minum air guna cawan
Nampak cawan
Sampai anak faham. Yang dia dah pandai minum guna cawan.
Sebenarnya cara ini kita tengah create “belief system” anak kita, yang dia pandai minum guna cawan tu. Tu satu contoh.
Kalau anak yang tak nak berkongsi pun sama. Selain beri AKTIVITI TERAPEUTIK untuk ajar anak kongsi, kita juga boleh guna verbal prompt ni:
“Adik pandai kongsi dengan abang. Mama suka sangat”
Tekankan keyword “Pandai”, “Kongsi” “Abang”.
Hmmm..Begitulah.
Tapi, kadang-kadang yang jadi masalah kita adalah kurangnya vokabulari positif pada kita sendiri. Kita tak tahu nak guna perkataan apa.
So, ni saya senaraikan 7 PERKATAAN PENTING (positive parenting words) untuk kita gunakan sebagai Verbal Prompt masalah harian anak:
Sabar
Contoh: “Angah sabar dengan adik walaupun angah marah dia”.
Rajin
Contoh: “Anak mama rajin susun buku”
Kongsi
Contoh: “Anak ayah kongsi-kongsi mainan”
Elok-elok
Contoh: “Adik duduk elok-elok atas karpet”
Kemas
Contoh: “Kakak rajin kemas meja”
Suka
Contoh: “Adik suka cakap perlahan-lahan”
Hmm..Banyak lagi sebenarnya positive parenting words ni. Nantilah. Saya cari masa untuk senaraikan ya. Tapi, benda-benda ni perlukan praktis tau.
Awal-awal memang susah. Nanti, kalau dah biasa… Ok, inshaa ALLAH. Saya doakan anda jadi parents dan guru yang terbaik untuk anak anda. Semoga bermanfaat post ini.
Selalunya kanak-kanak tak akan makan sayur yang diletak dalam pinggan mereka atau pun mereka akan menangis minta diketepikan segala sayuran yang ada dalam makanan yang hendak disuap ke dalam mulut.
Tetapi Zydane Xayne Iskander, 4, pula menangis apabila sayur dalam pinggan makannya diambil oleh ibunya.
Video aksi spontan si comel itu dirakam dan dimuat naik oleh isteri Harith dalam Instagramnya.
Orang dewasa yang tak suka makan sayur patut tengok cara si kecil ini meratah sayur-sayuran dengan selamba sahaja.
Lucu pula tengok Zydane merengek bila ibunya menceduk sayur daripadan pinggan kerana hendak dikongsi dengan abangnya.
Kapsyen yang ditulis oleh Jezamine turut mendedahkan perangai Harith yang kadangkala bagi semua sayur pada anaknya jika dia tidak melihatnya.
Masalah yang bagus, dia tak pernah kongsi sayur dengan orang lain. Ada masa ayah dia pun beri semua sayur pada dia bila saya tak melihat,” tulis Dr. Jezamine.
Sementara itu Harith pula sempat berseloroh di samping anaknya yang tengah makan sayur dengan kata-kata inilah satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur.
“Dia satu-satunya budak dalam dunia yang makan sayur,” usik Harith pula dalam video tersebut.
Ramai netizen kagum melihat bagaimana Zydane boleh suka makan sayur dan geram melihat aksi cute si comel ini mengambil semula semua sayuran yang telah diambil oleh ibunya.
Bahkan ada di kalangan ibu turut meminta Jezamine berkongsi tips macam mana ajar anaknya mudah makan sayur.