Ramai yang tanya kenapa semua anak lelaki ke? Kenapa tiada anak perempuan? Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai kepada Linda Rafar.
Menerusi laman instagramnya, Linda menyatakan sehingga kini dia tak boleh nak menjawab persoalan tersebut. Semua ini adalah anugerah dari Allah dan Dia tahu apa yang terbaik.
Melalui statusnya juga, Linda Rafar tetap bersyukur dengan kehadiran lima anak lelaki dalam hidupnya dan seorang lagi dah ke syurga menemui penciptanya.
“Alhamdulillah saya dikurniakan lima anak lelaki dan seorang berada di Jannah. Ramai yang tanya kenapa semua lelaki?
Ads
“Kenapa tidak ada perempuan? Ya Allah macam mana Linda nak jawab pemberian Allah ya? Jika boleh bertanya sila tanya pada Allah kenapa dan mengapa?” tulisnya.
Katanya lagi, anak-anaknya adalah amanah Allah yang perlu dijaga dan bukan untuk dipersoalkan.
Pelakon dan penyanyi ini juga tetap bersyukur dengan segala yang telah diaturkan oleh Allah buatnya.
Ads
“Bagi linda semua ini amanah Allah yang perlu dijaga dan disyukuri. Tak perlu persoalkan kenapa lelaki?
“Kenapa tak ada perempuan? Linda tak boleh jawab soalan itu. Bagi saya, bersyukur sahaja dengan apa yang Allah dah aturkan,” jelasnya.
Ads
Rata-rata pengikut di laman sosialnya juga menyokong pendapat Linda dan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama.
Btul tu… lelaki ker perempuan ker rezeki tu”
“That’s good answer. Dah takdir Allah your children are all boys…no need to question Allah. Tentu la yang terbaik buat hamba2 nya…redha dgn ketentuan nya”…
“Alhamdulillah dapat rezeki semua anak lelaki.. jarang sgt jumpa org yg ramai anak lelaki. happy for you”
Sumber: Instagram Linda Rafar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu terfikir nak bawa anak solat di masjid. Kalau dia tak pandai solat pun, sekurang-kurangnya dapat pendedahan dan mengenali tempat suci ini. Tapi itulah, bila nak bawa tu satu kegusarannya ialah bila terkenangkan anak yang tengah lasak, pasti akan berlari-lari keliling masjid.
Itulah yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon cantik, Yana Samsudin dan menurutnya apabila membawa anak ke masjid menjadi satu rutin, ia akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa dengan suasana beribadah.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Yana turut menceritakan pengalamannya ke masjid sedari usia lima tahun. Katanya pergi ke surau sahaja, nak ke masjid agak jauh harus menyeberangi jalan. Waktu itu, ayahnya tak dapat bawa semua anak kerana hanya ada sebuah motor vespa.
Tulisnya lagi zaman sekarang sangat mudah kerana kebanyakan masjid sudah ada ruangan khas untuk kanak-kanak, mempunyai permaidani dan berpenghawa dingin.
Bagus usaha Yana dan suami untuk membawa Mateen ke masjid. Sebenarnya bagus juga kalau diajar anak ke masjid dari usia yang masih muda, supaya mereka biasa dan tidak berasa janggal kalau diajak ke surau atau masjid apabila sudah besar nanti.
Bab minum susu, pilihan susu yang terbaik sentiasa menjadi perbincangan. Bagaimanapun dalam hal ini, ada satu fakta yang mungkin ramai tak tahu iaitu betul ke minum susu hari-hari tak elok? Bunyinya macam tak logik, tapi fakta ini mungkin satu ilmu baru buat kita semua.
Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan, mungkin dapat membantu anda sebagai ibu bapa yang masih tertanya-tanya.
Saya suka minum susu, dan saya agak tak percaya pada awalnya susu boleh buat keradangan pada badan.
Saya minum susu setiap hari waktu mengandung anak pertama. Saya sihat seperti biasa, tak salah pun nak minum susu setiap hari. Itu yang saya fikir waktu itu.
Sampailah anak saya yang baru berusia 2 minggu, berkahak. Saya sangat pelik macam mana anak kecil yang hanya minum susu ibu boleh dapat kahak, berbunyi pulak tu di dada.
Saya tanya senior sekolah menengah yang punya anak yang agak ramai dan mengamalkan healthy eating, Kak Husna Omar. Beliau sarankan saya cuba stop minum susu, dan tengok perubahan pada anak. Saya ambil susu hari-hari sewaktu pantang bersalin, kononnya nak banyakkan production susu.
Amazingly, kahak anak saya hilang terus lepas 3 hari saya stop minum susu. Mungkin Allah nak tunjuk pada saya ada baiknya saya hentikan penggunaan susu secara harian. Haa, dah tak percaya sangat susu bawak keradangan, sekali dah jadi kat anak sendiri kesan dia, baru sedar diri kan.
Bermula dari situ, saya mula buang sedikit demi sedikit ilmu apa yang saya tahu berkenaan susu sejak dari kecil. Dan saya juga masukkan info dan fakta yang baru.
Saya kongsikan 10 info tentang susu yang patut difikirkan jika kita atau anak-anak menjadikan susu sebagai minuman harian
1. Susu adalah salah satu real food yang betul-betul sempurna, untuk spesis yang sama sahaja. Susu manusia sempurna untuk anak manusia. Susu lembu sempurna untuk anak lembu. Susu kambing sempurna untuk anak kambing. Susu unta sempurna untuk anak unta. Dan manusia pula, adalah satu-satunya spesis di dunia yang minum susu dari pelbagai spesis. Hebat kita manusia ya.
2. Lebih dari 75 peratus manusia di dunia menghadapi masalah lactose intolerance. Badan kekurangan enzim lactase untuk mencerna lactosa dalam susu, menyebabkan simptom seperti sakit atau kembung perut, muntah, cirit-birit dan sebagainya.
3. Negara yang paling kurang penggunaan susu mempunyai kadar osteoporosis yang paling rendah. Contoh di Africa dan Asia.
4. Kajian menunjukkan, mereka yang mengambil produk tenusu dalam kuantiti berlebihan akan berisiko mendapat kanser prostat lebih 30 – 50 peratus. Produk tenusu akan meningkatkan kadar IGF-1 dikenal sebagai pemangkin kanser. Perkara yang sama juga untuk kanser payudara.
5. Kalsium dalam susu bukan satu-satunya sumber untuk kuatkan tulang. Vitamin D lebih penting dari kalsium untuk kesihatan tulang.
6. Susu mengandungi 2 jenis protein, whey dan casein. Protein casein pula terbahagi kepada dua iaitu protein casein A1 dan protein casein A2, bergantung pada susu dari jenis lembu yang berbeza.
7. Casein A1 datang dari susu lembu jenis Holstein, Freisian yang ada di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Eropah. Baka lembu jenis ini menghasilkan susu yang lebih banyak menjadikan ia sebagai pengeluar utama susu di dunia.
8. Casein A2 datang dari susu manusia, baka lembu jenis Jersey dan Guernsey, susu kambing dan susu unta. Lembu jenis ini biasanya lembu kampung warna coklat yang tak famous berbanding lembu putih bertompok hitam yang selalu kita nampak di kaca TV.
9. Casein A1 lebih memberi keradangan berbanding casein A2. Ia berbeza dari segi komposisi lactose dan fatty acid yang ada dalam kedua-dua susu.
10. Susu kambing adalah pilihan yang lebih baik berbanding susu lembu. Ia mudah dihadam dan kurang menyebabkan masalah susah dicerna.
Tak minum susu dan beri susu pada anak secara harian lepas mereka diberhentikan dari susu ibu adalah pilihan saya. Saya buat begini selepas saya tahu tentang keburukan lebih banyak dari kebaikan yang ada.
Jika kalian ada pendirian sendiri dan merasakan tiada masalah untuk ambil susu secara harian, boleh teruskan seperti biasa. Kita raikan semua pendapat. Gitu.
Jika nak beri anak susu secara harian lepas umur 2 tahun, atau ibu mengandung dan menyusu nak minum susu hari-hari, cari antara pilihan yang terbaik.
Pilihan di tangan kita. Masih ada banyak pilihan susu yang baik untuk diminum.
Bantu saya #share posting ini ya, supaya ramai ibu ayah lebih ambil berat tentang susu yang kebanyakannya menjadi minuman harian anak-anak. Banyak betul penyakit metabolik akan datang bila anak meningkat usianya nanti.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Masih juga minum susu dan beri anak minum susu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu, pengorbanannya sangat besar. Memang penat menjadi ibu. Tidak kira bekerja atau tidak bekerja. Maka bila menjadi ibu, jangan terlalu ikut emosi.
Kalau penat nak kemas rumah biarkan dulu. Cukuplah walau kemasnya ala kadar asal lantai dipijak tidak berpasir, tidak berminyak. Kalau rajin baru kemas macam hari raya.
Kalau rasa tak mampu nak lipat kain tunggu hujung minggu baru lipat sama-sama. Pinggan lepas makan ajar anak-anak suruh basuh pinggan masing-masing.
Hujung minggu ajak semua kemas rumah sama-sama. Semua kena ada peranan, tak kira anak lelaki atau perempuan. Jangan terlampau mengharap semuanya sempurna kalau tahu diri tidak mampu.
Kena sentiasa berlapang dada, kalau tengok bersepah sikit anggap sekarang masa bermain anak-anak. Nanti dah besar rumah akan sentiasa kemas, anak-anak bawa haluan masing-masing. Tapi masa tu jiwa kita akan sunyi dan kosong terkenang balik fasa menyepah mereka.
Kena ingat, rumah kita, rules kita, so jangan biar emosi mengawal kita, buat bila kita rasa nak buat dan bila emosi kita stabil insya-Allah harmoni seluruh keluarga!
Maka benarlah, tidak perlu menjadi sempurna kerana sebuah keluarga lebih memerlukan seorang ibu yang bahagia jiwanya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!