Bukan mudah untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang suami. Perkahwinan harus dilindungi, anak-anak juga perlukan perhatian. Paling penting, hati isteri tersayang perlu dijaga sebaiknya. Suami mempunyai hati yang keras, sukar mengungkapkan kata cinta. Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isterinya.
Suami yang baik dan menyayangi isterinya akan mencuba sehabis baik untuk menyempurnakan keinginan isterinya. Seandainya suami anda menunjukkan ciri-ciri ini, jelas sekali dia amat mencintai anda.
1. Cuba cari solusi kepada masalah anda
Tidak boleh lihat isterinya rungsing, suami yang baik akan bertanya apa masalah sebenarnya. Bukan sekadar menjadi pendengar yang baik, suami akan mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Atau paling tidak, akan mencadangkan penyelesaian terbaik untuk masalah anda.
2. Tidak lokek berkongsi harta
Lelaki ini kedekut, dia tidak suka berkongsi hartanya. Kalau anda boleh pinjam barang yang paling dia sayang, bermakna dia amat percayakan anda dan mahu anda juga merasa apa yang dia ada.
3. Rahsia anda, rahsia dia
Menjaga air muka isteri dan berkongsi rahsia kelemahan orang rumah adalah bukti dia menjaga anda. Suami yang baik tidak akan sesekali membuka rahsia sama ada milik anda atau dalam keluarga anda.
Ads
4. Ingat Tarikh-Tarikh Penting
Selalunya lelaki selalu terlupa tarikh penting buat kalian. Sama ada tarikh lahir anda mahupun tarikh ulang tahun perkahwinan anda berdua. Kalau teringat pun sebab anda yang beritahu, tapi usaha dia untuk ‘cover’ balik salah dia itu yang penting. Itu sudah cukup untuk membuktikan dia sayangkan anda.
5. Suka ‘Tidur’ Sekali, Tetapi Tak Paksa
Benarlah, seks membuatkan suami puas dan boleh merapatkan hubungan perkahwinan. Pun begitu, suami yang baik merasakan seks bukan sekadar nafsu. Tanpa seks sekalipun, dia akan gembira dan berpuas hati. Jani buat aktiviti bersama.
Ads
6. Jenis ‘Cool’, Susah Marah
Ini paling syok! Isteri paling gembira kalau suaminya tidak mudah marah dan jenis selamba. Biarpun ietsri berbuat salah, suami anda akan tetap memafkan dan tidak sesekali mengungkit tentangnya lagi. Suami yang baik juga sukakan perbualan santai yang penuh gelak ketawa berbanding berborak serius dan membosankan tanpa ada gurau senda.
7. Biar Apa Pun, Isterinya Yang Terbaik
Setiap perkara yang ada pada diri anda adalah yang terbaik buatnya. Dari sekecil-kecil perkara, anda sudah cukup sempurna. Suami yang baik tidak akan pernah meminta isterinya berubah, kecuali benar-benar perlu. Contohnya, isteri tidak bertudung dinasihatkan untuk berhijab. Isteri naik berat badan, dia sama-sama ajak berdiet. Itulah teguran halus yang tidak menyakitkan hati isteri, tetapi ‘sampai’ dan menjentik perasaan seorang wanita.8.Beri Ganjaran Kepada Isteri
Yang ini pun isteri suka. Tak perlu yang mahal, asalkan dari suami isteri sangat menghargainya. Untuk kes-kes tertentu, isteri sangat mengharapkan suami dapat memberinya ganjaran. Sebagai contoh, pemberian hadiah kerana isteri bersalin atau belanja maka apabila seharian isteri letih bekerja.
Biarpun nampak kecil dan tiada erti, ia sebenarnya memberi impak yang sangat besar kepada perasaan isteri. Apabila isteri berada dalam keadaan yang baik, segala hal akan menjadi sempurna. Benarlah bak kata perumpaan Inggeris, Happy Wife, Happy Life.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend pemakaian kasut hari ini bermacam ragam. Jika kasut jenis getah tular dan sesuai untuk kegunaan kita setiap hari namun bukan untuk anak kecil kita.
Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, satu pesanan untuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa berhati-hati sekiranya anak kecil memakai kasut getah.
Penggunaan kasut getah boleh meningkatkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga bergerak (eskalator). Hal ini kerana kasut tersebut mudah terperangkap sekaligus membahayakan kanak-kanak.
Struktur dan reka bentuk kasut getah itu adalah lembut. Jadi, ia boleh menyebabkan kasut tersebut ‘dicengkam’ oleh eskaltor.
Berhati hati jika anak kecil menggunakan kasut getah lembut dan menaiki tangga bergerak.
Struktur kasut yang lembut dan mencengkam menyebabkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator) dan menyebabkan kaki anak terperangkap masuk.
Dalam kes yang serius, kaki anak boleh mengalami kecederaan teruk termasuk bahagian jari patah.
Cara terbaik untuk mengelakkan kasut dan kaki terperangkap adalah
✅ Pastikan kaki anak berada di tengah tangga
✅ Jauhkan kaki dari sisi tangga bergerak
✅ Pastikan anak melangkah setelah sampai di tangga bergerak
Apapun keadaan dan situasinya, pastinya anda sentiasa memegang anak ketika menaiki eskalator bergerak. Pastikan juga posisinya tepat dan jangan terlalu rapat dengan bahagian tepi.
Anak-anak kecil kita yang sedang membesar mudah menyerap segala ilmu yang dipelajarinya begitu juga dengan rakan-rakan sekeliling.
Gelagat comel seorang anak kecil berbangsa Cina yang membaca doa makan ketika makan di restoran bersama ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, terikut-ikut dengan kebiasaan rakan-rakannya, anak kecil itu membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan. Semuanya selepas melihat rakan-rakan Islam lain yang berbuat hal yang sama sebelum mereka makan.
“Kawan dengan Melayu lagi kan dah kena baca doa makan,” tulisnya dikapsyen.
Apa yang menariknya, anak kecil itu mampu membaca doa makan dengan begitu lancar sekali sebelum menjamah makanan yang dihidangkan dihadapannya.
Tidak hanya itu, bahkan anak kecil itu turut meminta rakan ibunya untuk turut sama berdoa sebelum makan.
Rata-rata wargamaya turut meninggalkan pelbagai komen malah memuji anak kecil itu yang begitu lancar membaca doa makan.
Namun ada juga yang turut menjelaskan hal yang sebenarnya dimana rupa-rupanya kawan kepada ibu anak kecil itu yang berbangsa Cina terpaksa turut sama membaca doa makan sebelum makan.
Semuanya gara-gara selepas anaknya yang meminta kesemua membaca doa makan terlebih dahulu sebelum makan.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak Amyza Aznan disahkan alami ketumbuhan di paru-paru lepas jalani ujian CT Scan. Pelakon Amyza Aznan, 50, memberitahu doktor sudah mengesahkan ada ketumbuhan di paru-paru anak sulungnya, Andre Mikhail selepas menjalani ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di hospital.
Anak Amyza Aznan Alami Disahkan Ketumbuhan Di Paru-paru Lepas Jalani Ujian CT Scan
Amyza berkata, doktor juga perlu mengambil sampel terlebih dulu untuk mengetahui sama ada ketumbuhan itu adalah kanser ataupun bukan.
“DOKTOR BERITAHU SELEPAS BUAT PEMERIKSAAN X-RAY HANYA ADA SEDIKIT SAJA BENDALIR DI PARU-PARU ANDRE DAN SELEBIHNYA ADALAH KETUMBUHAN.
“Saya faham proses mengambil sampel itu mungkin mengambil sedikit masa kerana anak saya juga sudah 12 hari ditahan di hospital.
“Apapun, saya berharap keadaan penyakit anak saya tidak serius sebab itu pihak hospital memerlukan masa untuk mengambil sampel berkenaan dan saya juga percaya dengan kepakaran doktor di hospital kerajaan,” katanya.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Amyza mohon pengikutnya untuk mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Andre yang masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.
“Saya hanya mohon doakan kesembuhan untuk anak saya, Andre Mikhail,” katanya.
Ditanya karier lakonannya pula, kata Amyza, dia juga terpaksa berulang alik dari lokasi penggambaran di Melaka untuk menjaga anak sulungnya, Andre Mikhail, 18 tahun yang dirawat di hospital di Ampang.
“Saya memang terbabit dengan penggambaran sejak awal Januari lalu.
“Saya tidak boleh mengelak kerana ia komitmen kerja yang sudah dipersetujui lebih awal sebelum anak sulung saya jatuh sakit.
“Pada masa sama, saya masih harapkan doa daripada semua peminat untuk sama-sama mendoakan segala urusan anak saya di hospital dipermudahkan dan segera sembuh,” katanya.
Kehamilan datang dengan banyak perubahan, dan kadang-kadang badan pun mula rasa tak selesa dan asyik lenguh-lenguh badan. Sesekali bantu diri ibu hamil untuk lebih relaks dan legakan badan yang tak selesa.