Penggunaan kad imbas atau flash card sememangnya baik namun tidak perlu tergesa-gesa untuk melakukannya. Ikutlah perkembangan anak kecil anda dan merasakan ianya pada masa sesuai. Ini yang dikongsikan oleh OT, Pn Aisyah Rozalli.
Baby Hajar ni baru nak masuk sebulan lagi 2-3 hari. Memang kalau ikutkan teori perkembangan, baby umur sehingga sebulan lebih:
1. Belum boleh buat visual tracking (mata ikut pergerakan objek yang dilihat).
2. Belum boleh membezakan warna.
3. Belum boleh kenal lagi wajah siapa yang dilihatnya.
Ads
Ada yang tanya saya, “OT Aisyah, boleh ke bagi baby flashcard untuk bantu perkembangan baby? Saya nak prepare untuk guna bila bersalin nanti”.
Memang ada jual flashcard untuk rangsang visual baby. Flashcard ni biasanya contrast color. Warna hitam putih je. Boleh je nak try rangsang penglihatan baby dengan gunakan flashcards tu. Cumanya…
Saya ni prefer baby tengok benda yang memang dia boleh tengok setiap hari. Sebab bawah sebulan ni, kita akan sibuk dengan nak dapatkan momentum menyusulah, healing lah, bawa check kuninglah, nak bawa baby sunatlah, macam-macam. Dengan tak cukup tidurnya.
Ads
So, bagi saya baby umur ni, bagi rangsangan yang simple je. Yang kita boleh bagi sambil-sambil menyusu, sambil-sambil ambil nafas minum teh herba.
Hanging toys ni dah lama dah kami gantung kat crib dia. Dari sebelum dia lahir. Sebelum ni, dia macam perasan tak perasan je. Sebab letak je tidur kan. Harini baru dia nampak attentive sikit dengan toys ni. Itupun dia tenung je toys tu. Sambil bunyi “coo coo”. Hehe.
Ads
Dah 10 minit juga dia tenung benda bergantung tu. Sambil sekali-sekala meneran nak keluarkan tangan dari bedung (tak taulah kot ada keluar benda lain time meneran tu kan. Belum check lagi) Dia tenung bentuk ke? Taklah.
Dia tenung sebab benda tu bergerak-gerak. Benda bergerak adalah lebih mudah dikesan oleh mata baby dan lebih stimulating dari benda 2D macam flashcards tu. Lagi bagus, rajin-rajin borak dengan baby.
Muka kita tu letak depan muka baby. Dalam jarak yang agak selesa untuk dia nampak. Sebab pergerakan yang muka kita buat, boleh stimulate baby untuk tengok kita.
Alang-alang nanti, lagi senang nak stimulate eye contact baby. Wajah manusia adalah benda yang paling menarik di alam semesta untuk baby-baby ni tau. Tapi, kalau rajin, boleh je guna flashcards tu. Tak harmful pun. Ok je.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak saya menangis bila buka channel lain, asyik nak dengar lagu kanak-kanak sahaja”. Selalu sangat kita dengar rungutan mak ayah yang semacam ini. Saban waktu, 24 jam terpaksa mendengar anak memasang lagu kegemarannya di rumah. Jamgan dibiarkan.
Menurut Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist di Beyond Home Therapy, sebaiknya mak ayah elakkan anak-anak kecil kita khususnya di bawah usia dua tahun terlebih mendengar lagu-lagu kegemarannya sehingga menjadi taksub, siang dan malam. Hal ini boleh mendatangkan kesan pada anak kecil kita.
“OVERDOSE” LAGU KANAK-KANAK
“Anak saya menangis bila buka channel lain, asyik nak dengar lagu kanak-kanak sahaja” Hari itu ada seorang ibu yang mengadu masalah di atas, kalau mak ayah yang ada anak umur bawah 2 tahun dan ada ciri-ciri ini:
1. Asyik nak dengar lagu kanak-kanak sahaja siang dan malam.
2. Buka channel Babytv, dia tak pandang langsung dan nampak bosan.
3. Tidak respon bila namanya dipanggil.
4. Tidak teruja nak pandang atau menuju ke arah bunyi yang baru atau pelik, contohnya “rattle”.
5. Tidak segembira melihat mak atau ayahnya balik rumah kalau dibandingkan menonton lagu kanak-kanak.
6. Tidak sedar perubahan persekitaran contohnya hujan atau bunyi petir.
Jika perasan anak anda mempunyai ciri-ciri di atas dan dalam masa yang sama memang sehari lebih 30 minit anak menonton lagu kanak-kanak, ketahuilah yang mungkin anak sudah menunjukkan ciri-ciri sudah “overdose” lagu kanak-kanak atau terlebih pendedahan skrin. (Melainkan ada masalah perkembangan yang lain)
Semakin awal mak ayah ambil langkah pencegahan, semakin kurang risiko anak kelewatan perkembangan.
Banyak kes yang sebenarnya tanda-tanda ini sudah ada pada anak sejak anak umur 6 bulan tetapi dibiarkan beralutan sehinggalah anak umur 1 tahun 6 bulan atau 2 tahun. Biasanya apabila mak ayah mula sedar yang anak masih belum pandai bercakap.
Kebanyakan kes yang saya jumpa dan analisa mempunyai masalah dan punca yang sama. Sehinggakan saya rasa nak bongkarkan sahaja segala-galanya tentang bahaya lagu kanak-kanak untuk anak umur bawah 2 tahun, apatah lagi bayi.
Ya, memang tidak dinafikan lagu kanak-kanak memang menarik sehinggakan kita yang sudah dewasa juga boleh tertarik.
Jadi, kebanyakan mak ayah merasakan WAJIB dedahkan lagu-lagu ini untuk anak. Bukti kita dah jadi mak ayah. Anak pula nampak gembira dan teruja sangat bila kita buka lagu kanak-kanak.
Yang paling merisaukan bila ada mak ayah merasakan anak mereka “pandai” apabila pandai duduk diam tengok TV berjam-jam.
Tapi tahukah mak ayah yang sebenarnya banyak jenis rancangan lagu kanak-kanak yang sebenarnya tak sesuai untuk anak umur 2 tahun ke bawah?
1. Anak perlukan masa beberapa saat untuk memproses visual atau bunyi yang dia lihat atau dengar.
Jika mak ayah sedar, sewaktu anak umur 6-12 bulan. Bila kita ajar sesuatu skil baru contohnya “bye”, anak tak tiru buat terus.
Kadang-kadang kita dah “bye” lama, dalam 15 saat baru anak “bye” semula. Sebenarnya berapa lama jangka masa anak untuk meniru kita, masa itulah diperlukan oleh otak anak untuk memproses maklumat.
Agak-agak kalau kita buka lagu kanak-kanak yang bertukar skrin setiap 1 saat, anak boleh faham tak? Sudah tentu TIDAK.
2. Semua bayi “pandai” tengok TV.
Anak umur 2 tahun ke bawah memang dalam fasa tercari-cari rangsangan deria bunyi dan visual.
3. Anak tengok warna dan cahaja sahaja.
Jika 2 jam kita buka lagu kanak-kanak yang laju dan cepat, boleh jadi 2 jam itu sebenarnya anak hanya lihat pertukaran cahaya dan warna sahaja sekiranya anak tidak menunjukkan respon terhadap apa yang dia lihat.
Bagi saya, 2 jam anak tengok sesuatu yang dia tidak faham adalah umpama kita dah bazirkan 2 jam masa hidup anak.
4. Lagu kanak-kanak umpama ‘junk food” yang sedap tetapi tidak sihat untuk anak.
Sekali sekala tidak mengapa, jangan sepanjang masa. Isu yang berlaku adalah apabila anak dah biasa dengar bunyi yang “sedap” dan visual yang “cantik”, sehingga suatu masa sensitiviti anak terhadap visual dan bunyi kurang dari sepatutnya.
Itu yang menjadi punca utama anak mula tidak fokus bila namanya dipanggil atau tidak sedar apabila hujan lebat diluar. Paling sedih bila anak lagi termakan pujukan dengan sogokan lagu kanak-kanak daripada pelukan dan nyanyian sumbang mak ayah sendiri.
Bila perkara ini terjadi, bermaksud mak ayah dah kalah dengan watak dari lagu kanak-kanak itu. Jadi, mak ayah sekalian. Jika dalam keadaan terpaksa untuk beri anak tengok TV atau handphone, mohon sentiasa periksa respon dan perubahan pada anak.
Mengikut AAP, anak umur 18 bulan ke bawah tidak patut didedahkan dengan skrin lagi. Tetapi saya faham zaman pandemik ini, ramai terpaksa guna bantuan skrin kerana ada pelbagai kekangan.
Ada tak yang nak tahu ciri-ciri rancangan yang sesuai untuk anak umur bawah 2 tahun?
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak bakal masuk Tahun 1 tapi masih belum pandai atau mahir baca. Ini antara kerisauan ibu bapa terutama yang mempunyai anak usia 6 tahun kan? Situasi ini sangat normal tambah lagi bila memikirkan silibus sekolah yang tak sama seperti zaman kita dulu-dulu.
Jika dulu masuk Tahun 1 anak-anak masih lagi belajar ABC sekarang semua itu dah tiada lagi sebaliknya semua memerlukan kemahiran membaca dan berfikir dengan pantas.
Oleh itu, jika anak-anak tak dipersiapkan dengan kemahiran asas membaca dan mengira dengan baik, risau akan ketinggalan. Bagi ibu bapa yang anak-anak belum dapat menguasainya, tak terlambat lagi untuk tingkatkan penguasaan tersebut.
Menerusi perkongsian Maria Mokhtar, sebenarnya ada tip masa nak ajar anak membaca. Bukan semata-matabuku sahaja tetapi ada aktiviti sampingan perlu dibuat juga untuk anak lebih mudah ingat.
Tips penting masa nak ajar membaca
Jangan lupa buat aktiviti mengeja dan menulis semasa ajar anak membaca. Aktiviti ni jarang ditekankan. Jadi anak akan lemah dalam mengeja dan menulis. Sesetengah guru atau ibu ayah terlalu fokus pada bacaan sahaja atau nak kejar habis buku 1 hingga 8.
Selalu posting lisensi Phonicsmart atau pengasas, ada cikgu yang komen, kaedah fonik ni tak bagus. Pelajar tak pandai menulis dan mengeja.
Semua kaedah membaca selain kaedah fonik pun sama. Masalahnya bukan pada kaedah.
Tapi… pada guru atau ibu ayah yang mengajar. Anak-anak akan dapat sebijik dengan apa yang diajar.
Kalau hanya ditekankan bacaan. Hanya membaca jelah dia tahu. Aktiviti mengeja dan menulis, kita kena tunjuk dan bimbing mereka, baru mereka dapat.
Semasa dalam kursus bersama Pengasas Bacalah Anakku dan ReadEasy sangat tekankan aktiviti bermain dengan kad imbas, aktiviti teka bunyi, tulis bentuk huruf, mengeja dan menulis perkataan dan banyak lagi aktiviti boleh di buat dengan anak semasa menulis dan membaca.
Pelajar yang datang ke kelas membaca kami, ada juga yang guna kaedah membaca lain dan tak pandai menulis, membaca dan mengeja.
Dan ada sorang pelajar beberapa tahun lepas dia boleh hafal buku 1-5 bacalah anakku, tapi tak tahu bunyi huruf apa, huruf abc-z biasa dia tak tahu. Dia hanya tahu menghafal sebab ayat lebih kurang. Dan bukan semua guru atau ibu ayah yang ajar anak menggunakan kaedah fonik ikut cara pengasas dan ada yang ajar ikut kefahaman sendiri, asal anak boleh membaca.
Kesimpulannya, pastikan semasa ajar anak membaca, tekankan juga aktiviti mengeja dan menulis. Dan elakkan anak menghafal buku dan mengajar membaca menggunakan buku semata-mata.
Asas paling penting menulis, membaca dan mengeja kena seiring, barulah lengkap.
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menjaga anak sepenuh hati. Malah sebagai ibu bapa kita tak tergamak untuk melihat anak dalam kesakitan di depan mata. Namun lain pula ceritanya yang berlaku baru-baru ini.
Menurut Tribunnews, mayat bayi lelaki itu dibiarkan membusuk di sebuah rumah di Wonocolo, Surabaya manakala si ibu ditetapkan sebagai suspek utama.
Lebih menyedihkan, selepas bayi itu tidak lagi bernyawa, si ibu dan bapa tergamak meninggalkan jasad bayi itu begitu sahaja untuk menghadiri sebuah acara di Jogjakarta.
Pesuruhjaya Polis Surabaya, Roycke Hendrik Fransisco mendedahkan suspek yang berusia 26 tahun disyaki melakukan keganasan terhadap mangsa.
Sejumlah kesan lebam pada beberapa bahagian badan mangsa bermula dari belakang kepala ke belakang menimbulkan keraguan.
Penemuan ini dikukuhkan lagi dengan keputusan bedah siasat.
Hasil bedah siasat telah dipadankan dengan hasil siasatan polis mendapati mangsa meninggal dunia sejak Selasa lalu.
Ia bermakna mangsa meninggal dunia lima hari sebelum kematiannya dilaporkan oleh ibu suspek (nenek mangsa) iaitu pada malam Sabtu.
Roycke berkata, suspek mencampakkan mayat kecil mangsa ke belakang dari tepi ke tengah tilam di tingkat dua rumahnya.
Perlakuan kasar itu difahamkan berlaku sebanyak dua kali. Merasakan bayi itu masih tidak diam, suspek dikatakan memusingkannya supaya meniarap dan kemudian memukul bahagian belakang menggunakan tapak tangan.
Berkenaan status perkahwinan suspek, Roycke mendedahkan bahawa suspek telah berkahwin dengan suaminya dengan lima tahun lalu.
Dalam tempoh itu, pasangan berkenaan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Walau bagaimanapun, status perkahwinan antara pasangan itu adalah dirahsiakan.
Malah bapa mangsa tidak mengetahui tindakan keganasan yang dilakukan suspek terhadap anak mereka.
“Kes ini boleh membawa kepada hukuman penjara 15 hingga 20 tahun,” katanya.
NENEK BERMALAM DENGAN MAYAT BAYI
Lebih memilukan, lapor Tribunnews, nenek bayi berkenaan pasrah untuk tidur bersama jasad bayi berkenaan selama lima hari kerana bimbang dibunuh anaknya.
Nenek mangsa diugut bunuh oleh anaknya sendiri sebelum suspek ke Jogjakarta.
Namun selepas beberapa hari, jasad si cucu semakin membusuk dan bertukar kehitaman. Malah haiwan parasit juga mula hadir menyebabkan warga emas itu nekad melaporkan kepada polis pada hari kelima.