Melihat keletah Azad Jazmin, rata-rata peminat pasti tergelak kerana aksinya yang sporting dan kelakar melayan isteri, Eira Syazira dan anak-anak.
Setiap apa yang dilakukan oleh Azad jelas menampakkan dia seorang bapa yang bertanggungjawab walaupun sibuk dengan komitmen kerja.
Paling mencuit hati adalah aksinya dengan anak, Ammara Sofea Rose yang memang ada chemistry. Apa yang Azad buat, Ammara pasti boleh boleh buat. Sekali tengok memang satu kepala.
Bagi Azad, apa yang dilakukannya itu bukan ‘buat-buat’ tapi ia adalah realiti kehidupannya sekeluarga. Paling kagum Azad juga tak kekok menguruskan ketiga-tiga anak perempuannya.
Mungkin orang tengok cara Azad macam tak serius dengan anak tapi sebenarnya seorang yang penyayang.
Dia juga jenis yang suka melayan anak-anak. Sebab tu apa yang Azad buat, Ammara mudah ikut. Setakat ini paling menonjol Ammara pun boleh cakap bahasa Tamil.
Kredit: ig azadsyazirarose
Ads
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum tidur kita biasanya akan berbual dengan anak-anak atau membacakan bed time story untuk mereka. Tapi pernah tak mama dan papa bacakan doa bersama-sama sebelum meninggalkan mereka dalam bilik untuk tidur.
Selain aktiviti seperti pillow talk atau bed time story, mama atau papa juga boleh bacakan doa untuk si kecil pada ubun-ubun mereka. Ia bukan sahaja aktiviti yang baik untuk diamalkan sebelum tidur, malah dapat memberikan impak yang positif terhadap sikap anak itu sendiri.
Sebelum Tidur, Doakan Antara Satu Sama Lain
Saya nak share satu aktiviti yang korang boleh buat dengan anak-anak sebelum tidur.
Elok dibuat selepas korang pillow talk dengan anak-anak, atau selepas korang bacakan buku cerita. Betul-betul sebelum nak tidur.
Macam saya, aktiviti baca buku cerita tu dah tak buat sebab semua dah boleh baca buku sendiri. So saya buat pillow talk dan aktiviti yang ini; mendoakan satu sama lain.
Mudah je caranya.
Kita mulakan dulu pada anak-anak. Lagi bagus, libatkan sekali tok laki. Biar satu keuarga saling mendoakan.
Ah, sweet kan?
Letak tangan kita pada ubun-ubun diorang, lepastu sebut je apa doa yang kita nak.
Macam saya, anak-anak suka minta doakan diorang supaya tak mimpi buruk. Sebab diorang ni jenis takut gelap. Tapi saya pulak tak boleh tidur kalau tak tutup lampu.
So setiap anak akan ambil giliran untuk didoakan (dapat polish skill mengambil giliran dan bersabar tunggu turn masing-masing).
Tangan wajib letak atas ubun-ubun, kalau setakat tadah tangan je, diorang tak puas hati.
“Ya Allah, bagi Bamir tidur lena tak mimpi buruk, bagi Bamir bangun awal untuk solat subuh, bagi Bamir sihat, dan selalu bersikap baik.”
Ini antara bunyi doa yang selalu saya sebutkan. Simple je tapi seriusly, memang besar gila impak pada diorang untuk keesokan harinya.
Dan kalau dah biasa buat benda ni, memang boleh nampak beza pada diorang kalau kita doakan tu sambil lewa je. Ni memang saya nampak dan rasa sendiri kesannya.
Curhat Sambil Berdoa
Korang kena cuba sendiri.
Nak tahu apa yang lagi best?
Diorang pun pandai nak doakan kita juga. Syok kot anak yang takde dosa, doakan kita. Selalunya diorang akan copy paste je ayat kita tu.
Tapi ada masanya, diorang ni buat curhat sambil berdoa.
“Ya Allah, bagi umi tak marah-marah. Bagi umi tak kawan dengan syaitan. Ya Allah, bagi umi cakap elok-elok, bagi umi suka senyum.”
Huwaaaaaaaaaa
Mau tak sentap hati kau dibuatnya.
Tapi, doa tu akan menyebabkan kau cuba nak jadi mak yang lebih baik untuk hari esok.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenapa orang kata 5 tahun fasa pertama perkahwinan selalunya kita diuji? Kenapa masa bujang hidup senang, tapi lepas kahwin, susah sangat nak atur kewangan? Bukan ke orang kata, lepas berkahwin ada rezeki lain yang tak dijangka, tapi mana?
Kenapa hidup masih menanggung bebanan hutang keliling pinggang, sampai ada yang sangup mengadaikan emas, kereta, rumah, dan lain-lain. Apa yang kita plan ning untuk ke arah yang lebih baik, seolah tiada hasil pun.
Ya, itulah ujian dariNya sebelum dia datangkan kesenangan. Kadang, aku merasainya juga. Kata orang “Eh! Aku nampak kau macam berduit je, program sana sini, ada kelas tuisyen lagi, mana ada susah”. Satu je yang aku jawab, Rasul tak suka kita tunjukkan kesusahan kita pada orang lain. Kesusahan pada fasa pertama perkahwinan ini, hanya aku dan Isteri sahaja yang merasainya.
Isteri aku selalu pesan pada aku, andai hari ini kita rasa terbeban dengan ujian Allah, “Allah tu bersama dengan sangkaan HambaNya”. Maka, berfikirlah yang baik-baik tatkala kita diuji, mungkin Allah simpankan rezeki buat kita setelah kita lulus ujian ni dengan sabar dan tenang.
Merungut tiada guna, bergaduh sesama pasangan tentang kewangan tak akan ada jalan penyelesaian pun. Teruskan berdoa dan berusaha untuk naikkan taraf kehidupan yang lebih baik.
Moga penulisan ini mampu menjentik hati-hati pasangan yang sedang dalam kebimbangan tentang soal rezeki. Bersabarlah, ia hanya bersifat sementara, kelak ianya mendatangkan kebaikan yang berpanjangan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang seronok apabila mempunyai anak ramai. Tetapi bila anak-anak sudah mula bergaduh, memukul, tidak mahu berkongsi barang dan mencubit, semuanya jadi tidak indah. Boleh dikatakan tidak ada bonding antara adik-beradik.
Apabila tiadanya bonding dengan adik-beradik mulanya wujud rasa cemburu dan pergaduhan dalam keluarga. Jadi perlu dilakukan sesuatu supaya ada ikatan kasih sayang antara adik beradik.
Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik. Dalam usaha mendidik anak, pendidikan akidah adalah amat penting iaitu memantapkan keimanan pada jiwa anak-anak. Tip yang dikongsikan oleh Datuk Prof Dr Muhaya antara yang boleh dijadikan panduan supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik.
1. Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2. Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3. Minta maaf
Pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikan dalam kehidupan. Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi bukan memaksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh seperti,“Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya. Hakikatnya pada usia bawah enam atau tujuh tahun anak-anak akan menyerap apa yang dilihat dan didengar. Jadikan ia sebagai satu kebiasaan dalam diri anak.
4. Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan abang? Bila abang kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikan iaitu jika ada orang berbuat kebaikan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikan, jangan marah kepadanya.
5. Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan. Penting setiap ibu bapa menggunakan pendekatan kelembutan semasa membesarkan anak. Begitu juga jika keluar ke pasar raya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak atau sepupu.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6. Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7. Sembahyang jemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai kebiasaan iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8. Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai bonding atau kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!