Anak kecil ni sememangnya penyeri hidup kita. Ada saja perangai mereka yang buat kita terhibur . Kadang-kadang tak perlu buat apa, hanya dengan mimik muka dah boleh mencuit hati.
Seperti yang dikongsikan ibu ini menerusi akaun TikTok nanabteabah, menunjukkan gelagat anaknya yang sedang merajuk. Biarpun dipanggil berkali-kali, tetap tidak diendahkan. Yang lucunya, apabila anaknya keluar bilik air dengan mulut yang dimuncungkan.
Tambah merajuk bila disuruh keluar pula untuk tanggalkan seluar dan lampinnya terlebih dahulu. Mungkin tak puas hati, itu yang muncung panjang sedepa dia bagi pada si ibu.
Comel betul awak ya, semoga awak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak. Jangan merajuk-rajuk selalu, nanti lekas tua!
Rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas ‘powerbank’ lama miliknya meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama di rumahnya.
Menerusi akaun Tik Toknya, pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa ‘power bank’ yang meletup itu sudah lama dan tidak lagi digunakan.
Tambah cemas bila letupan itu menyambar kain langsir di bilik tidur utama mereka.
“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.
“Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah,” ujarnya berkongsi.
Tambahnya lagi kesemuanya berlaku dengan begitu pantas malah proses memadamkan api menjadi sukar. Dia juga hanya sempat mengambil telefon bimbit miliknya sebelum pihak bomba datang menyelamatkan keadaan.
“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.
Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.
Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Memang didikan yang baik! Perkongsian seorang bapa yang menerima mesej anaknya yang mahu elaun belanja hariannya dipotong semata-mata menggantikan duit ibunya yang terlebih belanja ini sememangnya harus diberikan pujian.
Bimbang menggunakan duit ibunya, anak kecil itu dengan rasa bersalah sanggup menyekat belanja harianya demi ibunya.
Melalui Facebooknya, seorang bapa yang dikenali sebagai Edi Arjuna Pencerita berkongsi cerita. Baginya bukan untuk bermegah atau berbangga jauh sekali mengharapkan pujian namun hati kecil seorang ayah cukup berbangga dengan sikap yang ditunjukkan oleh seorang anak.
Anak-anak kita juga seharusnya diajar sebegitu. Biar mereka tahu bahawa betapa sukarnya untuk kita berjuang demi membesarkan mereka.
Anak aku yang sulong ni dah 2 hari ada di Bukit Jalil, jadi wakil sekolah dia untuk pertandingan Techlympic peringkat kebangsaan. Dia mintak ibu dia pi tengok pertandingan tu, nak ada semangat ibu. Aku pula kena jadi wakil dia di anugerah kecemerlangan kat sekolah dia kelmarin.
Semalam, masa tengah bina model, banyak barang yang tak cukup. Penganjur sediakan yang asas ja, yang lain-lain peserta kena usahakan sendiri. Pihak sekolah cuma sponsor transport, makan dan penginapan. Mujoq jugak ibu dia ada sana boleh tolong belikan barang.
Dah habis beli, dia terkejut tengok kos dah melebihi budget yang aku bagi kat dia. Memang terpaksa guna duit ibu dia la. Duit yang ibu dia guna tu aku bagi untuk ibu dia buat belanja.
Jadi, dia wasap aku dengan penuh rasa bersalah. Suruh aku ganti duit ibu dengan duit sekolah dia selama 2 bulan 😅. Adoi laa…
Macam lawak pun ada budak ni, tapi terasa sebak juga dada seorang ayah. Bila anak cakap macam ni, ertinya anak tu faham susah payah ibu dan ayah dia. Anak tu tahu ayahnya bukan orang senang, anak tu mengerti betapa susahnya nak cari duit demi kejayaan anak anak. Ayah-ayah kita dulu pun macam ni.
Pernah kita nampak ayah melengung sebab tak ada duit? Pernah kita nampak ayah pening fikirkan duit sekolah anak? Pernah kita nampak ayah tak tidur memikirkan esok nak bagi anak makan apa? Pernah kita nampak keringat ayah jatuh ke tanah? Pernah kita sedar ayah menangis atas sejadah memohon rezeki dari Allah?
Jarang jarang kita nampak semua tu. Ayah pandai sorok kesusahan dia. Yang kita tahu, mintak ja ayah bagi, sebut ja ayah hulur. Ketat macam mana pun ayah usahakan juga. Ayah letak keperluan dia pada carta paling belakang, keperluan dan kejayaan anak mesti letak di depan.
Anak… Ayah dan ibu tak minta ganti dengan wang ringgit. Ayah dan ibu cuma nak kamu ganti dengan berusaha bersungguh sungguh. Berjaya atau tidak, itu perkara nombor dua. Kesungguhan kamu yang perlu dibuktikan dulu. Kerana pengorbanan ayah dan ibu bukan untuk diri kami sendiri, tapi untuk masa depan kamu.
Jangan risaukan rezeki ayah ibu. Kerana Tuhan dah janjikan rezeki kami, begitu juga Tuhan dah janjikan rezeki kamu. Moga beroleh kejayaan buat anak anak kita semua 🤲
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
‘Bye abang’ itu kata-kata terakhir adik kepada Ku Adib, pelajar UiTM Dungun maut dirempuh SUV. Perkhabaran tentang pemergian abangnya dalam kemalangan berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu diterima oleh Ku Adni Ku Azmi ketika baru sahaja pulang dari sekolah.
Abang sulungnya yang menuntut di kampus itu dan juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, Ku Adib Aizad, 20, terkorban bersama dua lagi rakannya, manakala seorang lagi parah.
Ku Adni, 14, berkata, keluarga mereka mengetahui kejadian itu selepas rakan arwah Ku Adib hadir ke rumah dan memaklumkan berita mengejutkan terbabit.
“Mereka beritahu abang terbabit kemalangan dan saya sangat terkejut.
“Mereka beritahu lagi abang meninggal dunia. Saya tanya lagi ‘sumpah lah? (Betul-betul ke) dan mereka jawab benar.
“Saya beritahu opah (nenek Puziah Osman) dan dia menangis,” katanya.
Ibu bapa Ku Adib Aizad iaitu Hafizah Iszahanid yang juga Penolong Pengarang Berita Harian (BH) dan Ku Azmi Saad, kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB) iaitu syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd dalam perjalanan ke Jeddah menunaikan umrah apabila kejadian berlaku.
Pasangan itu kemudiannya mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur sejurus tiba di Jeddah pada awal pagi hari ini.
Sementara itu, adik bongsu arwah Ku Awfa, 12, berkata, kali terakhir dia bertemu abangnya pada Sabtu lalu ketika menghantar abangnya pulang ke kampus selepas tamat cuti semester.
“Kata-kata terakhir saya kepadanya, ‘Bye Abang’,” katanya.
Puziah, 67, yang berada di rumah mereka untuk menjaga cucunya sepanjang ibu bapa mereka menunaikan umrah berkata, seorang bapa saudara Ku Adib yang ketika itu dalam perjalanan pulang selepas program di Terengganu, berpatah balik untuk ke Dungun bagi menguruskan jenazah.
Jenazah Ku Adib akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul A’liyah Saujana Utama, di sini, selepas ketibaan ibu bapanya.