Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata serta tidak bermasalah sebenarnya harus bermula daripada awal, iaitu ketika mengandung lagi.
Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangannya.
Jadi matlamat untuk menjadikan anak bijak haruslah lebih jelas.
Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
1. Pemakanan Sihat
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian ibu ketika hamil mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.
Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
2. Banyakkan Ibadat
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Sepanjang hamil, anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
3. Jangan Lupa Al-Quran
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran.
Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
4. Kerap Sentuh
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. Ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
5. Emosi Terkawal
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
6. Muzik Klasik
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.
Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
7. Pengetahuan Asas
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Pelakon, Elfira Loy menerusi instagramnya berkongsi sekeping gambar miliknya beserta kepsyen “Baby bump dah ada tapi malu”. Dia malu untuk berkongsi baby bumpnya kepada peminat.
Elfira Loy mendirikan rumah tangga bersama Khairol Farish Anuar yang merupakan anak kepada seorang usahawan yang bergelar Datuk pada (1 Januari 2019) dalam sebuah majlis tertutup.
Do i look like a mother already ? ke more to like i’ve gained weight je lol. My baby bump starts showing already sebenarnya tapi yelah maluuu. So here’s my hiding the babybump ootd HAHA.
Rata-rata netizen memuji kecomelan Elfira ketika berbadan dua, berseri-seri. Ada juga yang memujinya kerana malu untuk menunjukkan baby bumpnya.
Baguslah, Baby Bump Tu Aurat
Auww Ibu Sangat
Memang perlu sorok pun sebab tu aurat juga
Muka nampak bambam sikit
Sebelum ini dia pernah berkongsi berita kehamilanya dan dia tidak menyangka rezekinya secepat ini dan dia bersyukur atas kurniaan yang diberikan.
“Alhamdulillah Kalau orang directly tanya saya, saya jawab je tapi saya akan jawab masih baru lagi macam sekarang ni saya lebih confident sebab baru je lepas check-up dan kita tengok baby sihat jadi alhamdulillah. Saya harap semua orang terus mendoakan saya selalu”
“Perasaan El sangat gembira dan tak sangka rezeki saya datang awal, saya baru kahwin 4 bulan dan rezeki ni datang, ini blessing dan salah satu doa saya termakbul dengan cepat jadi saya happy dan excited”
El tidak mengalami alahan kerana dirinya tak sedar sedang hamil ketika menjalani pengambaran. “Itulah cabaran paling kuat sekali kerana pada 1st trimester saya sedang menjalani pengambaran dua drama, dua telemovie dan memang sangat penat, El cuba kuat kerana kerja. Bila dan balik kerumah barulah El muntah-muntah teruk”
Elfira dijangka akan melahirkan cahaya mata sulungnya pada hujung tahun ini. “InsyaAllah hujung tahun Due Date El dan El tak kisah sama ada baby boy ataupun baby girl. Bestlah kalau dapat perempuan tapi mana-mana pun El tak kisah”.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang beranggapan membaca surah Yusuf masa hamil bukan untuk dapat anak rupa paras comel cantik. Tapi ibu ini kongsi manfaat yang sebenar dan amalan yang patut dilakukan bakal ibu dan ayah supaya proses kehamilan & kelahiran dipermudahkan.
Apa yang diamalkan ibu semasa kehamilan akan mempengaruhi akan mempengaruhi bayi, mudah-mudahan mempunyai akhlak dan pekerti mulia. Sepanjang kehamilan, ibu hamil memang disarankan untuk melazimi membaca Al-Quran dan mengamalkan zikrullah.
Ada yang berpendapat mengamalkan surah Yusuf boleh memberikan bayi rupa paras yang cantik. Tapi apa yang dikongsikan ibu ini boleh memperbetulkan persepsi atau tanggapan.
Puan Farhana Muhammad berkongsi mengenai keghairahan ibu hamil yang mengamalkan surah Yusuf untuk mendapatkan anak yang mempunyai paras rupa yang cantik dan comel.
Melihatkan ibu-ibu hamil ghairah berkongsi tentang mengamalkan Surah Yusuf yang mengaitkan dengan usaha untuk mendapatkan anak yang mempunyai rupa paras yang comel, mengingatkan diri tentang nasihat seorang ustaz berkenaan anjuran ibu hamil membaca Surah Yusuf.
Kata Ustaz Abdul Somad, membaca Surah Yusuf ketika hamil bukanlah ‘kaedah’ untuk mendapatkan zuriat yang comel. Kerana rupa paras anak lebih bergantung kepada rupa paras orang tuanya.
Suruh Yusuf dibaca semoga dengan harapan agar anak itu akan memiliki iman seperti Nabi Yusuf yang dapat menghindari daripada godaan zina.
IBU HAMIL PERLU MELAZIMI ZIKIR & AL-QURAN
Sambung ustaz lagi, adalah lebih baik ibu hamil berusaha untuk khatam Al Quran sepanjang tempoh 9 bulan 10 hari itu. Ibu hamil perlulah melazimi zikir dan bacaan Al Quran.
Supaya anak yang dilahirkan akan tenang jika diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran. Kerana.. sejak dalam kandungan lagi anak tersebut sudah dibiasakan dengan bacaan Al Quran oleh ibunya.
PARA ASATIZAH TIDAK MENEKANKAN SURAH-SURAH TERTENTU
Begitu juga apabila kita menghayati intipati kuliah daripada asatizah yang lain, tidaklah pula para asatizah menekankan surah sekian-sekian yang perlu dibaca oleh ibu-ibu hamil.
Benar, tidaklah menjadi kesalahan oleh ibu-ibu hamil untuk mengkhususkan bacaan surah-surah tertentu, namun janganlah melupakan terus ayat-ayat Al Quran yang lain.
4 PERKARA PERLU DILAKUKAN BILA TAHU HAMIL
Kebiasaannya, para asatizah menyarankan beberapa perkara apabila mengetahui si ibu itu hamil:
1) Bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
2) Ibu hamil memperbanyakkan bacaan Al Quran dan zikir.
3) Meninggalkan maksiat, termasuklah tidak membawa balik rezeki yang haram.
4) Memperbanyakkan doa kepada Allah supaya dikurniakan anak yang soleh.
DOA KETIKA MENGALAMI ALAHAN YANG TERUK
Teringat saranan Ustaz Adi Hidayat dalam salah satu kuliah keibubapaan beliau. Kata ustaz, ibu hamil ini tidak terlepas daripada rasa tidak selesa.
Jika mengalami alahan yang teruk, ucapkanlah,
“Ya Allah, Engkau gantikanlah kesusahan yang aku alami ini dengan mengurniakan aku anak yang soleh dan aku bersyukur atas kurniaan itu.”
DOA SUAMI BILA KANDUNGAN MAKIN SARAT
Jika melihatkan isteri tidak selesa apabila kandungan sudah makin berat, si suami ucapkanlah,
“Ya Allah, Engkau gantikanlah kesusahan yang isteri aku alami ini dengan mengurniakan aku anak yang soleh dan aku bersyukur atas kurniaan itu.”
Semoga dipermudahkan urusan ibu-ibu hamil dalam menempuhi fasa wahnan ‘ala wahnin itu.
Semoga dipermudahkan juga urusan buat pasangan yang menanti kehadiran permata hati.
Pasti ramai yang tertanya-tanya adakah ibu yang hamil tidak berpuasa, apakah ia wajib qada’ puasanya dan bayar fidyah?
Para ulama fiqh sepakat bahawa wanita hamil dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kalau dia khuatir terhadap diri atau membahayakan dan mengancam keselamatan jiwanya. Firman Allah s.w.t:
“Beberapa hari yang telah ditentukan, maka barangsiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, wajib baginya untuk menggantikan pada hari-hari yang lain.” (al-Baqarah: 184)
Yang dimaksud sakit dalam ayat ini ialah yang dapat membahayakan jika berpuasa. Pada wanita hamil didapati keadaan tersebut. Maka ia termasuk dalam kategori yang mendapatkan kelonggaran untuk berbuka.
Dalil lain ialah hadith Anas bin Malik r.a, katanya:
قال رسول الله (ص) إن الله وضع عن المسافر شطر الصلاة والصوم عن المسافر وعن المرضع والحبلى
Yang bermaksud:
“Rasululah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah menggugurkan setengah solat dan puasa bagi musafir. Dan Dia juga menggugurkan (kewajipan berpuasa) bagi wanita hamil dan yang menyusu.”
Tentang qada’ puasa, ibu hamil tersebut wajib qada’ dan tidak wajib bayar fidyah.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.