Tak Sabar Dengar Baby D Nangis! Sekarang Berat Dah 892 Gram

Share

Pelakon Abby Abadi berkongsi perkembangan terbaru anak lelakinya, Muhammad Danial Firman yang dilahirkan secara pramatang pada 27 September lalu.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Abby meluahkan rasa syukur dengan perkembangan positif bayinya itu.

“Muhammad Danial Firman Faizal… 13 Nov 2019: Hari yang ke-47 hari ini. Alhamdullillah. Syukur pada Allah, berkat doa semua, Baby D terus kuat bertahan.

“Nak cerita banyak pun serba salah sebenarnya sebab takut seronok-seronok sangat, tiba-tiba apa yang Baby D lalui sebelum ni datang balik.

“Tu yang ingat nak simpan dulu tu. Tunggu baby betul-betul sihat, betul-betul dah boleh duduk dengan mama, abah, abang, kakak semua nanti baru mama throwback semula okay ke?“Yang boleh saya kongsikan serba sedikit: Sekarang baby Danial kami masih di NICU, HSB, masih dalam inkubator.

“Masih bernafas guna mesin. Bila dah bernafas guna mesin, tiub sambung ke anak tekak jadi masih tak dapat dengar lagi baby D menangis.

“Juga masih minum susu guna tiub terus ke perut. Cuma beratnya lah yang makin bertambah dari hari ke hari. Terbaru dari 535gram awal kelahiran haritu, hari ni dah 892gram,” kongsinya.

Sebelum ini Abby yang mengalami komplikasi semasa mengandung kerana tekanan darah tinggi terpaksa melahirkan bayi lelakinya secara pembedahan dan pramatang demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya.

Terdahulu pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Kini Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber: ig Abby Abadi

IKLAN