Keibubapaan

Tak Salah Desak Anak Di Usia Muda, Contohi Cara Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Anak Sukses Matematik & English!

Share

Siapa tak mahu anak bijak dan berjaya dalam hidupnya. Malah anak yang masih kecil tapi sudah menguasai pelbagai kemahiran pastinya didambakan oleh semua ibu bapa. Namun anak yang bijak tak datang sendiri, kitalah yang harus membimbing mereka. Kita sebagai ibu bapalah berperanan lebih dalam menentukan kejayaan anak.

Contoh paling dekat adalah mencontohi Angkasawan negara kita iaitu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, figura berkarisma malah bapa kepada empat anak yang cukup penyayang. Melihat caranya mendidik anak-anaknya memang hebat. Malah beliau punya falsafahnya sendiri dalam mendidik anak.

“Start young and push your child to their limits” Begitu kata Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Bukan omongan kosong malah beliau membuktikan dua anaknya cemerlang dan mahir dalam pelbagai bidang pada usia yang cukup muda. Hebat!

Mengapa Perlu Desak Anak Lebih Awal?

Orang kata salah bila paksa anak terlalu awal. Bukan memaksa tanpa fakta tetapi ini mama papa kena tahu mengenai otak anak kecil kita. Memang superb!

  • Otak kanak-kanak sentiasa berhubung dan membina sambungan dari satu neuron ke satu neuron yang lain.
  • Dari lahir hingga usia lima tahun, otak kanak-kanak bertambah menjadi 90 peratus daripada saiz orang dewasa.
  • Ketika usia ini, otak anak akan cuba menghapuskan dan menyingkirkan sambungan saraf yang tidak kerap digunakan dan memberi laluan kepada sambungan saraf yang sering digunakan.
  • Proses yang dinamakan Synaptic Pruning ini sama seperti proses cantasan pokok dimana sebahagian dahan dicantas untuk memberi laluan cambahan lain berkembang.
  • Jika kanak-kanak di bawah usia 6 tahun hanya menggunakan otak mereka untuk satu bahasa sahaja, mereka akan kehilangan sambungan saraf untuk bahasa kedua. Inilah sebabnya mengapa kanak-kanak perlu mengaktifkan semula sambungan ini. Dan Kumon ada jawapannya untuk memahirkan kanak-kanak dengan Bahasa Inggeris yang pantas dan tepat.
  • Kerap dan sentiasa menggunakan sambungan saraf ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk mengekalkan, mengukuhkan ingatan serta minda mereka dari semasa ke semasa.
  • Disebabkan hal inilah, adalah penting untuk menggalakkan, mengasah dan memastikan anak-anak sentiasa mengulangi dan kerap menyemak semula apa yang telah mereka pelajari setiap hari. Ini bagi mengukuhkan maklumat dalam minda mereka.
  • Malah pengulangan pada satu-satu benda akan membantu memastikan pembelajaran mereka kekal dalam ingatan pada tempoh jangka panjang.

Contohi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar,

Tahukah anda bahawa otak kanak-kanak berkembang sehingga 90% semasa 6 tahun pertama dalam hidup mereka.

Otak anak kecil itu umpama span yang dapat menyerap pelbagai informasi yang diberikan kepada mereka. Oleh itu, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar menasihatkan ibu bapa supaya buang rasa ketidakyakinan pada anak-anak kerana mereka sememangnya berkemampuan untuk memahami serta mengingati segala informasi yang diberi.

Tak hairanlah kedua-dua anak perempuannya mempunyai jadual penuh setiap hari. Kedua-duanya bersekolah Cina pada waktu pagi, membuat latihan Matematik pada waktu tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama Islam pada waktu petang.

Malah, mereka turut menghadiri kelas renang dua kali seminggu, kelas catur, kelas ballet, kelas Al-Qur’an 3 kali seminggu, kelas piano, Taekwando, dan kelas-kelas Kumon. Jadi ini terbukti akan keupayaan otak anak kecil kita.

“Kenal pasti impian anak-anak kita. Penting untuk anak-anak kita punya impiannya sendiri. Be it Doctors, Scientists, Engineers or even Astronauts. Bantu impian mereka dengan belikan buku untuk merangsang minat mereka. Saya mahu anak-anak saya jadi seorang doktor jadi saya banyak belikan buku-buku mengenai tubuh badan manusia, eksperimen kanak-kanak dan bawa anak ke tempat kerja supaya dapat beri inspirasi pada mereka.

“Saya juga didik mereka cintakan subjek Matematik dan Sains sejak awal. English juga penting dan kami bercakap dua bahasa ini di rumah supaya anak lebih mahir. Kalau nak jadi doktor, dua perkara ini harus hebat. Paediatrician for Bella and Cardiologist for Tasha .


Inilah sebabnya mengapa saya hantar anak-anak saya ke Kumon seawal usia 3 tahun. Saya suka pembelajaran dan latihan kerjanya dan saya nampak hasilnya pada anak-anak saya. Mereka lebih berdikari dan mampu sudahkan kerja sekolah setiap hari dengan mudah tanpa merungut. Saya amat mengesyorkan Kumon jika anda mahukan anak-anak yang bijak,” kongsi Dato’ Dr Sheikh Muszaphar di Instagramnya.

Kenapa Perlu Paksa?

  • Anak-anak sentiasa dan perlu mencabar diri mereka sendiri malah tidak takut untuk keluar dari zon selesa.
  • Anak-anak perlu diajar untuk melakukan perkara-perkara yang mencabar, mengasah minda dan fizikal yang teruji ketika mereka masih kecil.
  • Perlu didedahkan dengan pelbagai perkara malah menggalakkan mereka untuk lebih mengenal dunia dengan pelbagai jenis ilmu tanpa sempadan.
  • Mendedahkan mereka dengan pelbagai situasi dan perkara yang lebih berat agar lebih yakin dan matang.
  • Keyakinan diri anak kecil perlu bila mana mereka menghadapi masalah dikalangan mereka, kanak-kanak dapat berhadapan dengan masalah sendiri dan membuat keputusan sendiri secara matang.

 Bagaimana KUMON boleh membantu anak anda mencapai potensi mereka sepenuhnya?

  • Kumon mengamalkan pembelajaran dengan sistem pembelajaran melalui amalan latihan berkala disamping pembelajaran yang lebih santai.
  • Bila kanak-kanak mula selesa dengan pembelajaran, perlahan-lahan mereka akan mula menerima dengan baik.
  • Satu contoh yang dapat dilihat bila mana mereka menyelesaikan kerja rumah yang diberikan, menganalisis kesilapan sendiri dan mengolah kearah yang lebih baik.
  • Malah Kumon menggalakkan kaedah pembelajaran sendiri yang lebih santai namun terbaik buat kanak-kanak.

Jika anda ingin jadikan KUMON sebagai alternatif pembelajaran terbaik anak-anak anda, jangan teragak-agak untuk menyertai Kelas Percubaan KUMON secara percuma selama dua minggu.

Jadikan peluang ini sebagai satu titik tolak untuk anak anda menjadi lebih mahir dan berjaya menguasai bahasa Inggeris serta bijak Matematik. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi cawangan KUMON terdekat anda sebelum 17 Mac ini atau layari www.kumonmalaysia.com  atau di facebook, Kumon Malaysia untuk keterangan lanjut.

Kredit: @drsheikhmuszaphar

IKLAN