Menjadi impian setiap pasangan berkahwin untuk mempunyai zuriat sendiri, tapi kalau sudah ketentuan Yang Maha Esa, siapa kita untuk mempersoalkannya. Yang penting antara pasangan itu sendiri saling memahami dan tidak menyalahkan antara satu sama lain. Sentiasa memberi semangat selain berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.
8 Tahun Kahwin, Belum Ada Rezeki Anak
Adik aku, Ahmad Salleh. 8 tahun kahwin, namun tidak diberi rezeki anak.
Orang bertanya, orang mengata, orang menyindir, dia senyum saja. Dalam hati tiada siapa yang tahu apa dia rasa.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-sayang-anak-ketat…/
Pasti sedih, pasti sebak, pasti rasa kecewa, pasti menaruh harapan yang tebal untuk memiliki zuriat sendiri. Bermacam usaha dilakukan, namun Tuhan belum mengirim satu nyawa hadir dalam rahim isterinya.
Redha dan sabar pasangan ini sungguh kuat. Tidak menyalahkan antara satu sesama, dan anggap itu ujian Tuhan. Saling memberi semangat sesama mereka. Usaha dan doa tidak pernah ditinggalkan.
Anak Saudara Tempat Bermanja
Anak-anak saudara tempat dia lepaskan perasaan kasih pada anak-anak kecil. Semua anak-anak saudara dia, dia kasih sungguh. Semua anak-anak sayang.
Ads
Anak-anak aku sendiri, kalau dia datang rumah atau aku balik kampung, tak nak dah dengan aku. Nak pergi dengan Ayah Mad dia. Tak pandang dah ibu dan ayah bila Ayah Mad ada.
Hari berganti hari, bulan berlalu, tahun bersilih ganti. Berkat kesabaran dan doa, tahun lepas Allah kirim berita gembira.
Allah Kirimkan Zuriat Pertama
Ada satu nyawa sedang hidup dalam rahim isterinya. Gembira bukan kepalang. Penantian 8 tahun lamanya dengan telan pelbagai kata nista, pelbagai ujian jiwa.
Kelmarin, seorang anak kecil yang menumpang nyawa dalam rahim isterinya selamat dilahirkan. Syukur ibu dan anak dua-dua sihat.
Ads
Sesungguhnya Allah pasti akan mengabulkan semua doa pada masa yang tepat.
Tahniah Ahmad dan Mieza. Penantian lebih 8 tahun lama akhirnya Allah kirim berita gembira.
Selamat berpantang buat keduanya. Jaga anak elok-elok. Anak merupakan harta paling bernilai dalam hidup.
Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita hadapi. Saat tidak bersedia, tiba-tiba dia dijemput ‘pergi’ sememangnya satu tamparan hebat dan pastinya menyedihkan. Seperti yang diketahui ramai, Shuib telah kehilangan ‘orang kuat’ dalam hidupnya akibat Covid-19.
Bukan mudah untuk Shuib untuk meneruskan kehidupan tanpa kehadiran Siti Sarah yang dahulunya banyak memberi kekuatan serta dorongan untuk dia terus berjaya dalam setiap bidang yang diusahakan.
Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu
Bermula dengan kehidupan ‘biasa-biasa’, gagal dalam perniagaan sehinggalah mereka berdua menjadi usahawan yang berjaya, ternyata pasangan ini menjadi inspirasi kepada banyak orang. Bahkan, Shuib sentiasa memberitahu orang lain betapa besar pengorbanan isterinya dahulu sebelum dia mampu menyediakan kemewahan buat keluarganya.
Terbaharu, melalui perkongsian sebuah video oleh Ajak di media sosialnya mendapat perhatian ramai. Di dalam video tersebut, Shuib dilihat berada di konti radio Suria FM bersama rakan penyampianya iaitu Ajak dan Suraya Borhan.
Pada hari tersebut, mereka telah bercerita tentang topik jenis-jenis mengidam ibu hamil dan banyak pendengar turut berkongsi tentang pengalaman mereka. Biarpun Shuib kedengaran gembira ketika mengendalikan segmen tersebut bersama-sama rakannya, ternyata dia masih memendam satu perasaan yang ‘berat’.
Ketika radio memutarkan lagu nyanyian Allahyarham Siti Sarah, Shuib dilihat telah memalingkan wajahnya. Riak wajah sedih dan kehilangan jelas kelihatan, menjadi bukti betapa besar kerinduan Shuib terhadap Siti Sarah.
Meninjau di ruangan komen, Shuib memberitahu hantaran Ajak itu telah membuatkannya merasa sedih dan menangis di awal pagi. Rata-rata yang meninggalkan komen mereka turut sebak melihat situasi tersebut;
Bukan mudah untuk menyekat anak-anak menggunakan gajet lebih-lebih lagi di zaman teknologi ini. Pembelajaran dalam talian (online) telah menjadi satu kewajipan setelah MCO diperkenalkan. Pergerakan untuk ke sekolah tidak lagi dibenarkan.
Masa anak-anak dengan gajet lebih banyak dan anak-anak memang terpaksa menggunakan gajet untuk tujuan pembelajaran. Sama seperti anak-anak Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar, mereka terpaksa membenarkan anak-anak memiliki gajet atas urusan pembelajaran. Namun sebagai ibu bapa, mereka tidak membiarkan anak-anak menggunakan gajet sesuka hati. Setiap keinginan pasti ada syarat yang perlu dipatuhi.
Diperakui
Anak-anak gadis kami akhirnya mendapat ipad mereka sendiri yang telah diminta hampir bertahun-tahun lamanya … Dulu kami tidak melihat adanya keperluan untuk memiliki gajet mereka sendiri tetapi sekarang sejak bermulanya kelas mereka dari pagi hingga petang ..Akhirnya kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk mereka memilikinya.
Sign Surat Perjanjian
Sukar untuk tidak memberi mereka gajet di zaman sekarang kerana semua rakan mereka memilikinya. Semua dah pakai telefon pintar .. dan anak gadis kami masih menggunakan Nokia.
Memiliki tablet mereka sendiri tidak bermaksud mereka dapat melakukan apa yang mereka inginkan .. ia datang dengan persetujuan. Haha .. masing-masing mempunyai salinan perjanjian ini sendiri, ditandatangani dan dilaminasi. Mereka mesti belajar menepati janji …
Letak Dua-Dua Ipad Bawah Akaun Icloud Dr Halina
Selain itu … Saya meletakkan kedua-dua ipad di bawah akaun icloud saya sehingga saya tahu aplikasi apa yang mereka muat turun di app store .. dan aplikasi youtube mereka dibuka di bawah akaun saya kerana saya akan dapat mengesan apa sahaja sejarah carian mereka di Youtube .. dan berdoa untuk yang terbaik.
Zaman Dah Berubah, Kita Kena Sesuaikan Diri Dengan Cabaran Masa Kini
Ketika berusia 9 tahun .. saya masih bermain cop tiang atau batu seremban dengan rakan-rakan saya .. tetapi keadaannya sekarang berbeza. Kami tidak dapat membandingkan masa kami dengan masa mereka. Kita sebagai ibu bapa harus menyesuaikan diri dengan pelbagai cabaran pada masa kini .. dan saya masih belajar juga ..
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ujian terhebat bagi pasangan yang telah berkahwin apabila tidak dikurniakan zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat begitu juga dengan pasangan Puan Raihana Kadir dan suami. Namun mereka tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif untuk mendapatkan cahaya mata.
Siapa sangka raya kali ini sangat bermakna bagi pasangan ini apabila sudah lima tahun beraya berdua. Tahun ke-6 mereka dapat beraya bersama tiga cahaya mata sekaligus. Puan Raihana juga tidak terfikir akan melalui detik indah ini.
Menerusi laman Facebook, penasihat kewangan itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan tiga anak kembar setelah menanti dengan penuh kesabaran sejak berkahwin pada 2014.
#cabaranrayabersama
5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya berlima.. alhamdulillah cantik perancangan Allah..
semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini..
Jika sebelum ini hari raya hanya disambut mereka berdua, namun tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran bayi kembar tiga mereka iaitu Huda, Harras dan Haris.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan hampir 3 ribu perkongsian di laman Facebook. Ramai yang menjadikan kisah ini sebagai pembakar semangat untuk tidak berputus asa demi mendapatkan zuriat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.