Keibubapaan

“Tak Sangka Hayla Pandai Berlakon,” Baru 6 Tahun Anak Wawa Zainal Bakal Muncul Dalam Filem. Berlakon Dengan Aeril Zafril

Share

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, anak kedua pasangan selebriti popular Wawa Zainal dan Aeril Zafril, Hayla Magfiraul Adzkiyaa, 6 akan muncul dalam filem terbitan terbaru berjudul Abnormal.

Memetik laporan Mstar Online, filem Abnormal itu merupakan lakonan pertama Hayla disamping ayahnya, Aeril Zafril.

Menurut Wawa Zainal, dia percaya dalam kalangan anak mereka pasti ada yang mewarisi bakat ibu bapa untuk terjun ke dunia seni.

“Tak sangka sebenarnya Hayla Pandai berlakon. Ini merupakan filem pertama yang menampilkan dia.

“Sebagai pasangan suami isteri yang kedua-dua pelakon, kami percaya mesti salah seorang anak akan mengikut jejak langkah ke dunia seni.

“Apabila sedar Hayla ada bakat, saya cuba untuk ketengahkan dia ke dunia lakonan,” jelas Wawa kepada Mstar.

Dalam filem tersebut, menampilkan Aeril sebagai pelakon utama selain Nabula Huda. Manakala Wawa juga akan turut berlakon dalam beberapa babak dan filem yang bakal ditayangkan tahun ini.

Hujung Minggu Waktu Bersama Keluarga

Dalam laporan yang sama, Wawa turut bercerita tentang tanggungjawab sebagai seorang ibu. Bergelar usahawan kosmetik menyebabkan dia selalu sibuk dan tidak punya banyak masa bersama keluarga. Justeru Wawa meluahkan rasa bersalah kerana hal tersebut.

Namun dia menganggap kesibukan itu adalah rezeki buat dirinya dan keluarga.

Dia juga berharap anak-anak juga mendapat manfaat dari apa yang diusahakan sekarang ini.

“Apabila terlalu sibuk, ada juga rasa bersalah kerana kurang meluangkan masa bersama anak. Hanya hujung minggu saya akan peruntukan sepenuhnya untuk keluarga.

“Kalau tidak sibuk, tiada rezeki pula. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi isteri dan ibu kepada keluarga.

“Apa yang saya usahakan sekarang adalah demi masa depan mereka,” jelas Wawa lagi.

Untuk rekod, Wawa dan Aeril berkahwin pada tahun 2013 dan selain Hayla, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Ayya Soffya, 2 dan Jibril Ibtisam, 3 bulan.

Kredit: Mstar & Instagram Wawa Zainal

Jom hantarkan gambar comel si pipi pau papa mama di sini! https://forms.gle/Z2vQVEbYfjhtcWxd6

Buat mama papa yang mahu anak lancar Bahasa Inggeris, jom sertai E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel istinewa seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato’ Dr Sheikh Muzaphar. E-Workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000!. Jom, daftar sekarang di: https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

IKLAN