Tiga tahun lepas, sahabat saya Adhwa’ Nadirah Jamaludin ada berkongsi tentang ciri-ciri mak ayah derhaka.
Terperanjat saya.
Ads
Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka.
Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak jalankan tanggungjawab dengan baik kat ibu ayah, ibu ayah derhaka juga adalah mereka yang tak jalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka.
Nauzubillah… Semoga checklist ini jadi muhasabah buat diri saya dan semua supaya kita hindarkan ciri-ciri ni ada dalam diri kita. 😖
“Jom kita pergi jalan-jalan” kata si isteri, tak minta pun percutian mewah cuma teringin untuk keluar rumah bersiar-siar, tapi hampa bila suami tak endahkan.
Percayalah, isteri hanya mahukan sedikit ketenangan untuk melegakan emosi dan minda mereka setelah penat bertungkus-lumus menjaga keluarga. Kenapa perkara ini penting? Ikuti perkongsian pengalaman daripada Dr Taufiq ini.
Serius dulu saya ingat bercuti ni sia sia je.
Dulu saya ni jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.
Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Yelah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.
Rutin yang sama ni je saya duk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ni perlahan lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.
Masa tu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ je!
Ni saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson kejap. Memang nampak bersinar sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia dah suka sangat dah. Ikut bajet masing masing je sebenarnya.
Selama ni kita duk ingat isteri kita manja dan mengada ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.
Kredit: Taufiq Razif
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu pastinya pernah berhadapan dengan masalah anak mengawal remote control atau telefon di tangan mereka. Gagal untuk meminta secara baik, pastinya ramai di antara kita yang dengan mudahnya merampas dari tangan anak.
Sebenarnya hal ini salah kerana ia mendidik anak untuk sama meniru perbuatan yang kita lakukan kepadanya. Malah banyak kesannya kepada perkembangan otak si kecil.
Dr. Aimi Jaafar bercerita cara sihat berinteraksi dengan anak kecil secara tepat.
Alat kawalan jauh.
Atau lebih dikenali dengan ‘remote control’,
itulah ‘mainan’ kegemaran Aydin Alhaq.
Adakah mungkin disebabkan banyak butang-butang beraneka bentuk dan warna yang boleh ditekan, ataupun kebolehannya untuk mengawal dari jauh?
Sedang semua mata tertumpu di kaca televisyen, menunggu langkah seterusnya oleh sang naga kecil dalam cerita ‘How to Train Your Dragon 2’ yang baru dibeli oleh kakak-kakak sepupunya Aydin, tiba-tiba poof, kaca televisyen berubah menjadi semut-semut yang diikuti oleh bunyi bingit tidak bermakna.
Liar mata-mata mencari punca pertukaran channel itu.
‘Aydin~~~~!’
Jari-jari halus itu rancak memicit butang-butang yang tidak diketahui fungsinya, dengan senyuman penuh kepuasan terlukis di riak wajah comel itu.
Bagaimana mahu mengambil mainan kegemarannya itu dari tangannya? Kalau dirampas, pasti menangis. Kalau diminta, fahamkah si kecil yang baru berusia 9 bulan itu?
Kakak-kakak sepupu Aydin sudah mula bermasam muka, Aydin killed the excitement.
Oklah. ‘Aydin, meh kasi remote tu sekejap. Ni ada satu lagi remote, ada lampu dia, kita tukar ok?’
Mata galak itu memandang alat kawalan jauh yang dihulurkan kepadanya. Seperti ada bintang-bintang bersinar di matanya, langsung dilepaskan alat kawalan jauh di tangannya, dan dicapai yang baru.
‘Tett, tett, tettt’, dengan beberapa picitan, kaca televisyen kembali menayangkan gambar si pahlawan kecil di atas naga.
‘Yayyyy’, semua pun kembali memberi tumpuan ke kaca televisyen, fokus mengikuti plot cerita itu.
Semua, tapi tidak semua. Ada sepasang mata yang galak, memandang dengan sepenuh perhatian pada alat di tangannya, memicit setiap butang, mengkaji mainannya yang baru.
———————————————————————-
Walau tidak nampak kepentingannya sekarang, sebenarnya bagaimana kita melayan anak sewaktu masih kecil adalah sangat sangat penting. Waktu inilah mereka belajar. Belajar bagaimana menjadi manusia berperasaan, beradab, beretika.
Jika si anak sering dirampas sewaktu kecil, dia akan belajar untuk merampas dari yang lain. Jika si anak sering dihalang untuk melakukan semua benda, dia akan belajar untuk menjadi penakut, dan apabila besar, berubah menjadi pemberontak.
Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik. Kadangkala anak kita mengambil sesuatu yang bahaya, seperti gunting, pastilah kita akan terus melepaskannya dari tangan anak kita.
Tapi pastikan ada kata-kata yang menjelaskan kenapa ia diambil dari tangannya. Walau kita rasa dia belum faham, tapi secara luar sedar, dia akan lebih tenang dan jiwanya akan memahami. Apa yang dia faham? Yang kita bukan marah atau paksa, tapi kita sayang dan risau.
Anak kecil juga punya perasaan, bukan?
Kredit: Dr Aimi Jaafar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sinki tersumbat boleh buat mood nak memasak tertangguh. Kadang kalau tak tersumbat pun, akan ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari lubang sinki. Jadi untuk atasi masalah ini, sebaiknya sebulan sekali boleh buat proses cucian ini.
Untuk atasi masalah ini daripada berlarutan bolehlah cuba kaedah yang dikongsikan oleh Syafini Hassan untuk menghilangkan masalah sinki dapur tersumbat dan berbau dengan cara yang mudah. Tak perlu minta tolong suami dan upah orang sebab boleh buat dengan diri sendiri. Hanya perlukan beberapa bahan sahaja.
Pagi ni dah setel mengemas & packing parcel, kak pin teringat yang sinki kat dapur tu dah tak berapa lancar airnya. Perasan tak kekadang kita terbau benda busuk kat sinki tu, cari- cari tak jumpa pulak puncanya.
Sampah dah clear. Kekadang lemak & air dalam sinki tu yang berbau. Ye la macam-macam yang masuk lubang tu kan tak caya cer pi cium sekarang hihi. Dulu kak pin suruh je hero kak pin buat. Tapi bila kak pin dah full time kak rumah ni terpaksa la belajar berdiri diatas kaki sendiri kan. ( tapi masih dipantau hihi ).
Jom kak pin share camne nak clearkan saluran sinki yang tersumbat ataupun yang lama tak cuci. Boleh tengok kat gambar untuk step by step
Langkah-Langkah Atasi Masalah Sinki Dapur Yang Berbau
Mula-mula jerang seperiuk air. Tak perlu sampai mendidih. Just cukup-cukup panas sahaja.
Selain itu kena ada 2 benda ini.
1) Sebotol cuka buatan
2) Sebotol soda. Bukan soda bikarbonat yang buat kek tu. Ni soda memang untuk clearkan sinki. Boleh beli dekat kedai hardware berhampiran. Harga sebotol macam ini dalam rm16.
Ini rupa soda itu. Berkeping-keping, kalau boleh jangan pegang direct sebab ia merupakan bahan kimia. Bahaya kalau terkena tangan.
Langkah seterusnya, keringkan sinki dulu. Kurang mujarab kalau ada air bertakung.
Tuang soda ke lubang sinki. Agak-agak sesedap rasa.
Selepas itu tuang cuka ke dalam air panas tadi.
Selepas itu, tuangkan air panas tadi ke lubang sinki. Hati-hati sebab ada tindak balas. Tuang sikit-sikit dulu.
Kan dah bagitahu ada wap air tu. Selepas itu tuang air sampai habis. Siap.
Bersih dah sinki kita.
Kalau ada 2 sinki ulang proses yang sama. Yang terbaik tak perlu tunggu sinki sumbat baru nak cuci.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.