Hasrat dua beradik tidak kesempaian apabila menemui ajal ketika dalam perjalanan menuju ke pusara bapa.
Menurut laporan Metro, remaja lelaki bersama adik bongsu berusia lima tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal ditunggang mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa dalam perjalanan untuk menziarahi kubur bapa di Bertam Hulu, sebelum mahu menikmati makan malam bersama keluarga.
Sebagaimana penjelasan, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adik perempuannya, Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia semasa dirawat di zon merah Hospital Melaka.
Ads
Menurutnya, semasa kejadian, Muhammad Amirul menunggang motosikal Demak DV110 dan ia dibonceng adiknya dan mereka dari arah Ayer Keroh menghala Sungai Udang.
“Siasatan awal mendapati, sebaik sampai di lokasi kemalangan, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.
Ads
“Akibat pelanggaran itu penunggang dan pembonceng. parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari in.
Ads
Christopher berkata, dua beraik itu disahkan meninggal dunia semasa dirawat, masing-masing pada 7.40 malam dan 12.30 tengah malam.
“Mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik hari ini untuk dibedah siasat.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak kesayangan pelawak, Achey semamgnya selalu tampil dengan aksi dan gelagat yang tidak sangka-sangka.
Jika dulu anak kesayangannya, Tiara Ziniriah ini pernah berjalan dengan tiang tol yang tersangkut dirambutnya, kali ini Tiara sekali lagi mengundang perhatian ramai bila mana memakai gigi palsu neneknya ketika hari raya baru-baru ini.
Video gelagat Tiara itu turut di rakam Achey menerusi Instagramnya.
Menerusi video yang dikongsikan Achey itu, Achey dilihat memanggil Tiara untuk memeriksa bendasing di dalam mulutnya.
“Jem otak ayah nak” ujar Achey di kapsyen.
Achey meluahkan rasa terkejut apabila Tiara telah memakai gigi palsu neneknya dan lantas meminta anaknya mengeluarkan gigi buatan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Tiara yang selamba memakai gigi palsu neneknya tanpa mempunyai perasaan geli.
Terdahulu, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada tahun 2018 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Instagram @Achey Bocey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat pertama kali diberitahu oleh doktor bahawa bayi dalam kandungan mempunyai masalah sumbing, pempengaruh media sosial, Ananda Natasha atau mesra disapa sebagai Tasha, seolah-olah tidak percaya. Hati seorang ibu mana yang tak hancur bila harapan dan impian tentang kelahiran anak yang sempurna tiba-tiba dilanda ujian yang tidak disangka.
Disebabkan masih ragu-ragu dengan keputusan dari klinik pertama, Tasha buat keputusan untuk mendapatkan pandangan kedua di hospital. Tapi kali ini, berita yang diterima jauh lebih berat. Bukan sahaja sumbing, doktor pakar mengesahkan bayinya juga mengalami cleft palate dan masalah jantung. Malah, jantung bayi ketika itu kelihatan kehitaman.
“Salah ni, mungkin dua-dua salah ni jadi kita solat tahajud.”
Tasha mengaku yang dia betul-betul ‘terduduk’. Emosi masa tu terlalu berat untuk ditanggung. Selama seminggu, dia hanya menangis dan berkurung di rumah. Mungkin pada ketika itu, ramai tak tahu betapa dalamnya luka di hati seorang ibu yang sedang mengandungkan anak yang diuji dengan pelbagai komplikasi.
“Kita tak tahu emosi seorang ibu ni kan, macam Tasha, seminggu je dalam keadaan yang down dan rasa tak nak keluar rumah.
Tapi selepas tangisan dan kesedihan itu, datang satu kekuatan yang luar biasa dalam diri Tasha. Dia mula bangkit perlahan-lahan. Dia berserah sepenuhnya pada Allah. Malam-malamnya diisi dengan tahajud, dan setiap doa dipanjatkan agar anak dalam kandungannya dilindungi dan terus kuat.
“Tasha tak pernah putus solat tahajud, sebab mana tahu lahir-lahir dia normal je.”
Walaupun lahir dengan sumbing dan masalah jantung serta beberapa komplikasi lain, Alisha tetap membesar dengan sihat. Malah, Tasha sendiri tak sangka betapa bijaknya anak itu sekarang. Perkembangan Alisha sangat positif, dan kehadirannya menjadi sumber kekuatan dan kebahagiaan buat Tasha hari demi hari.
Di dalam perkongsiannya bersama team ProCHAM HQ, Tasha turut berkongsi tip bagaimana dia mengajar Alisha bercakap. Kata ibu hebat ini, dia akan tumpukan hanya kepada tiga perkataan sehari sehingga anaknya dapat ingat dan menyebutnya dengan baik. Kemudian, barulah Tasha akan memperkenalkan perkataan yang lain pula.
Namun kata Tasha, Alisha adalah anak yang bijak dan mudah ingat setiap perkataan yang diajarkan bahkan dalam sehari dia mampu mencapai sehingga enam perkataan.
“Tasha akan ulang benda yang sama dulu, sampai dia pandai. Contoh hari ni tiga perkataan, esok tiga ayat. Tasha takkan ajar banyak-banyak sebab budak kan, nanti pening. Dia jenis yang cepat ingat, kadang-kadang sehari tu boleh sampai enam perkataan dia belajar.”
Nak bahagia mudah sahaja, kita perlu saling menghargai dan menjaga hati. Seperti mana isteri menginginkan layanan yang baik dari suami, begitulah juga yang perlu kita buat untuknya. Sama-sama berbuat baik, jadi pasangan pun terasa dihargai. Maka, rumah tangga menjadi harmoni dan sentiasa tenang.
Untuk menambat hati suami, ada beberapa amalan yang boleh dibuat oleh isteri. Biarpun mudah, tetapi jika dilakukan sangat memberi impak kepada emosi suami.
Melalui artikel di portal akuislam, katanya untuk menambat hati suami bolehlah si isteri cuba praktikkan beberapa perkara ini:
1. AMBIL BERAT PENAMPILAN SUAMI
Sesetengah suami suka jika isteri berikan perhatian kepada hal-hal remeh berkaitan dirinya. Sebagai contoh, isteri cadangkan baju apa untuk dipakai atau bantu untuk butangkan bajunya. Kadang-kadang, apabila isteri tolong potongkan kuku suami atau cukurkan misai dan janggutnya juga, boleh buat suami jatuh hati pada isteri.
Mungkin sesetengah isteri tidak suka buat begitu kerana merasakan seperti dia perlu menjadi seperti hamba pula untuk sediakan semuanya. Sebenarnya banyak kelebihan jika anda melakukannya hal ini untuk suami.
Ada disebut dalam hadis:
“YA FATIMAH, BARANGSIAPA WANITA MEMINYAKKAN RAMBUT DAN JANGGUT SUAMINYA SERTA MEMOTONG KUMISNYA DAN MENGERAT KUKUNYA, ALLAH AKAN MEMBERINYA MINUM AIR DARI SUNGAI-SUNGAI DI SYURGA, DIRINGANKAN BAGINYA SAKARATUL MAUT, AKAN DIDAPATI KUBURNYA MENJADI SEBUAH TAMAN SYURGA, ALLAH MENCATATKAN BAGINYA BEBAS DARI API NERAKA, DAN SELAMAT DARI TITIAN SIRAT.”
2. CEPAT DATANG BILA SUAMI PANGGIL
Mungkin kedengaran remeh, tapi sebenarnya bila suami memanggil isterinya kenalah bersegara kepadanya. Sebaik dipanggil, sekurang-kurangnya menyahut dan katakan yang anda sedang datang. Atau jika anda tidak boleh meninggalkan pekerjaan yang dibuat ketika itu seperti memasak, bolehlah beritahu kepadanya.
3. CANTIK UNTUK SUAMI
Ketika menyambut suami pulang dari pejabat, senyumlah padanya. Ada sesetenagh masa, mungkin dia pulang dalam keadaan masam mencuka. Tidak mengapa, jangan marah padanya.
Tetapi hadiahkan senyuman, sekurang-kurangnya pahala untuk anda buat begitu sudah ada. Tidak perlulah berhias seperti malam anugerah, cuma pastikan anda berada dalam keadaan kemas dan berbau harum. Anak-anak juga perlulah dalam keadaan kemas dan ceria.
Bukan bermakna anda harus jadi seperti hamba. Cara untuk melayan suami seperti raja tidaklah susah. Kadang-kadang, soalan ringkas seperti “Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu? Kalau nak makan, saya siapkan.” Tahukah anda, soalan begini sudah cukup untuk buat seorang suami merasakan si isteri mengambil berat soalnya. secara tidak langsung, rasa letihnya semakin berkurangan tapi cintanya pada anda semakin mekar mewangi!
5. UCAP TERIMA KASIH
Hargailah setiap pemberiannya. Jangan diperlekehkan walaupun anda tidak suka. Terima dengan hati terbuka. Jika mungkin anda kurang suka dengan apa yang diberikan, ucapkan terima kasih kemudian beritahu padanya. Tidak perlu condemn terus usahanya itu.
6. JANGAN BERLETER
Suami akan merasa kurang selesa jika selalu sangat dileteri si isteri.
7. TEMANKAN SUAMI MAKAN
Kadang-kadang ketika sedang menemankan suami makan inilah anda boleh bersembang dan berbincang dengannya. Kalau tak mahu makan pun tidak mengapa, cukup sekadar berada di sampingnya.
8. ISTERI YANG BIJAK
Suami suka jika isterinya seorang yang bijak. Sesetengah suami suka bersembang pelbagai topik dengan isteri, jadi sekurang-kurangnya anda ambil tahu hal semasa, bolehlah dibuat topik berbual.
9. JANGAN KUAT MEMBANGKANG
Tidak salah untuk meluahkan pendapat anda. Pendekatan perlu betul, jangan terus bangkang apa kata suami anda. Secara lembut, tegurlah yang mana perlu.
Isteri suka jika isterinya menjadi penenang ketika dia berada dalam keadaan gundah.
11.TEMPAT TIDUR EKSLUSIF
Tempat tidur adalah ruang peribadi untuk pasangan suami isteri. Di situlah tempat paling sesuai untuk bercerita hal serius dan sebagainya. Cantikkan ruang di dalam bilik supaya menenagkan hati suami.
12. ISTERI YANG MANJA & TAK KUAT MERAJUK
Sekali dua, suami tak kisah untuk memujuk. TEtapi bila sudah dipujuk tetap mengada-ngada suami akan bosan dan membiarkan sahaja. Suami sukakan isteri yang manja, tetapi bukanlah sehingga tidak mampu berdikari.
13. JANGAN PANDANG RENDAH
Suami suka jika isteri menjadi penyokong terkuatnya. Sebaik-baiknya, janganlah isteri memperlekehkan kemampuan serta kredibilitinya. Tunjukkan rasa hormat dan anda kagum padanya.