Sekiranya anda ada terlihat ketulan pada payudara ia mungkin fibroadenoma. Ketulan ini tidak menyakitkan walaupun disentuh. Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui perkongsiannya di laman Facebook, ketulan fibroadenoma ini boleh melebihi satu dalam satu masa dan boleh berada di kedua-dua belah payudara.

Apakah itu fibroadenoma dan adakah ia berbahaya kepada wanita? Ikuti penerangan lanjut dari Dr Zubaidi berkaitan hal ini:

KETULAN FIBROADENOMA PADA PAYUDARA
Ketulan fibroadenoma adalah ketulan pada tisu payudara. Ia tidak menyebabkan kesakitan walaupun jika dipegang. Bilangannya boleh melebihi satu dalam satu masa. Sebagai contoh, bilangan ketulan fibroadenoma boleh berada pada belah payudara dan pada masa yang sama terdapat satu lagi ketulan fibroadenoma pada bahagian yang satu lagi.

Tak Semua Ketulan Payudara Tanda Kanser. Jangan Takut Jumpa Doktor Untuk Sahkan

Ketulan fibroadenoma biasa terjadi pada wanita yang berusia 20an dan 30an pada mana-mana belah payudara. Doktor mungkin akan mengambil sedikit tisu dari ketulan payudara itu, bagi mengesahkan diagnosis. Walau bagaimanapun, pengambilan tisu pada payudara adalah satu prosedur yang menyakitkan dan memberikan bekas parut pada kulit payudara.

IKLAN

Artikel Menarik: [Mengidam Makan Coklat, Esok Lusa Datang Haid. Itu Normal Untuk Wanita]

Tak Semua Ketulan Payudara Tanda Kanser. Jangan Takut Jumpa Doktor Untuk Sahkan

Jadi selalunya doktor akan mencadangkan ketulan ini dibuang jika terlalu besar, lebih kurang 5cm atau ketulan payudara ini menyakitkan. Tisu ketulan fibroadenoma yang telah dibuang akan dihantar ke makmal untuk pengesahan diagnosa. Setelah dibuang, ketulan fibroadenoma boleh berulang lagi. Ini bermakna walaupun seorang wanita itu telah membuang ketulan fibroadenoma dengan cara pembedahan, ia boleh muncul semula pada payudara belah yang sama atau pada belah yang satu lagi.

IKLAN

Artikel Menarik: [Susah ‘Membuang’ Sampai Luka. Wanita Ini Kongsikan Petua Guna Pegaga Atasi Sembelit]

Selalunya doktor tidak memberikan apa-apa ubat untuk merawat atau mencegah kehadiran ketulan fibroadenoma. Jika merasa sakit dan tidak selesa, doctor akan menasihatkan untuk mengambil ubat penahan sakit jika benar-benar perlu kerana ketulan fibroadenoma jarang menyebabkan kesakitan.

Tak Semua Ketulan Payudara Tanda Kanser. Jangan Takut Jumpa Doktor Untuk Sahkan

IKLAN

Ketulan fibroadenoma selalunya dikaitkan dengan tahap hormon estrogen dalam badan wanita yang lebih tinggi dari biasa. Saiz ketulan fibroadenoma selalunya akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun.

Namun begitu, jika ketulan ini berlaku pada wanita yang berusia 40an, pemeriksaan yang lebih teliti harus dilakukan. Ini kerana dibimbangi ketulan tersebut bukannya ketulan fibroadenoma tetapi ketulan yang disebabkan oleh kanser payudara. Jadi tidak perlu risau. Saya hanya mencadangkan pembedahan pembuangan ketulan fibroadenoma itu jika ia mengganggu rutin hidup atau ia menyebabkan rasa sakit.

Artikel Menarik: [Waktu Anak Dara Kulit Licin, Mengandung Je Badan Terus Naik Jerawat. Down Betul!]

Tak Semua Ketulan Payudara Tanda Kanser. Jangan Takut Jumpa Doktor Untuk Sahkan

Sebaiknya, jika anda mendapati ada ketulan yang mencurigakan eloklah terus dirujuk kepada doktor. Tidak salah untuk mendapatkan rundingan dari pakar, jika ada masalah di mana-mana boleh dapatkan rawatan segera.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI