Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Namun bagi Emma Maembong, penampilannya selepas bersalin anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu dipuji ramai.
Mana tidaknya, Emma dilihat tampil cantik dan kekal ramping biarpun sudah punya anak dua.
Akui Emma, bukan mudah untuknya mendapatkan berat badan ideal dan menurutkan berat badannya selepas bersalin.
Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui terpaksa menahan diri dari makan dan mengamalkan senaman bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Ads
“Pada peringkat awal saya langsung tak menyentuh nasi. Tak dinafikan mengganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.
“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukanlah mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
Ads
“Kalau tak bersenam lemak lepas bersalin tu jadi tepu dan susah nak hilang. Jadi ambil masa juga sebenarnya,” luahnya berkongsi.
Berkongsi cerita kisah berpantangnya, akui Emma semuanya terpulang kepada individu itu sendiri.
Ads
“Apa yang saya boleh katakan, jangan paksa diri dna kenali tubuh anda. Ambillah suplement dan kena tahu apa yang badan anda perlukan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Emma selamat melahirkan anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.
Kelahiran anak sulung dalam keluarga sudah tentu paling dinantikan bagi pasangan suami isteri. Sama ada cepat atau lambat penantian ini antara yang paling berharga.
Begitulah juga buat pasangan, Muhammad Nur Ifwat Ishak dan Nurul Nadia Ismail, 25.
Mengetahui diri hamil, pastinya menjadi detik terindah buat Nurul Nadia malah sepanjang mengandungkan anak sulunnya itu, tiada sebarang masalah dialaminya.
Namun tanpa diduga, ketika usia kandungan mencecah 26 minggu, ibu muda ini dikhabarkan dengan berita kekurangan air ketuban.
“Dengan air ketuban yang sikit pada mulanya dan ada bengkak dalam perut. Kemudian makin lama air ketuban makin tiada. Sampai paras tiada langsung air ketuban.
“Namun, akhirnya, selamat bersalin ketika usia kandungan baru berusia 33 minggu secara normal, pada 2 Disember lalu, jam 2.17 pagi walaupun jangkaan sebenar pada 14 Januari 2019.
“Meskipun pada mulanya dicadangkan secara pembedahan tetapi disebabkan sudah keluar tanda bersalin lagi awal. Dan bayi sudah ada di laluan. Bukaan pun sudah 2 cm. Doktor kata, dalam kes saya, 10 orang yang cuba bersalin normal hanya seorang sahaja yang berjaya. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan segalanya,” kongsi Nurul Nadia di laman sosial Facebook, miliknya.
Menurut Nurul Nadia, doktor memaklumkan bayinya yang dinamakan Maryam itu mengalami Potter Syndrome, di mana nisbah sindrom ini hanya satu dalam 30,000 kes.
Ia bukan genetik, bukan juga masalah kromosom namun doktor memberitahu, Maryam mungkin hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja selepas dilahirkan.
Allahuakbar! Hati ibu dan ayah mana yang tidak sedih dan sayu akan perkhabaran duka ini.
“Pukul 7 pagi doktor memaklumkan, Maryam memberikan respons positif apabila dimasukkan oksigen. .
“Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab (ibu) nak jumpa anak (ibu). Anak ibu yang kuat ini. Akhirnya lama menunggu, pukul 11.30 pagi, (ibu) dapat berjumpa Maryam.
“Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, kata doktor, Maryam tak boleh bertahan lama, paru-paru Maryam sudah bocor,” katanya lagi.
Kuasa ALLAH, Maryam dapat berjumpa dengan semua orang termasuk nenek juga pak cik dan mak ciknya.
Kongsi Nurul Nadia, sekitar jam 8 malam, dia mengalami demam menggigil disebabkan kurang rehat sejak melahirkan Maryam.
Pada awal pagi esoknya, dia terjaga dari tidur dan terdetik di dalam hati, apalah khabar anaknya itu.
“Maryam sayang, kalau sakit tak payah tahan. Pergilah… Ibu reda. Selepas itu, jururawat beritahu, Unit Penjagaan Rapi Neonatal (NICU) nak jumpa ibu. Maryam dengar apa ibu cakapkan.
‘Bila ibu sampai, denyutan jantung Maryam sudah turun. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam dengan ada banyak wayar yang berat.
“Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, denyutan jantung Maryam jadi stabil balik. Manja dengan ayah ini. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh,” katanya.
Menurut Nurul Nadia, dia tertidur di situ hinggalah dikejutkan oleh jururawat pada jam 3.35 pagi.
“Puan anak dah tak ada (puan). Luluh hati ibu.
“Terima kasih Maryam untuk 24 jam yang ada. Ibu Reda,” tulisnya lagi.
Penyanyi Black Hanifah menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira selamat bersalin semalam.
Cira telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada Khamis, 25/10/2018 1:56 pagi. Khabar gembira itu dikongsikan Black di Instagramnya.
Video rangkuman dari momen indah sebelum bersalin dan selepas bersalin Cira dimuat naik. Terdapat juga gelagat anak pertama mereka Khaleef Dayyan, 3 tahun yang begitu teruja nak bertemu dengan adik barunya.
“Dayyan dah dapat adik!!! Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yang baru lahir ini.
Video tersebut disertakan dengan kapsyen berikut;
black.hanifah Dayyan dah dapat adik!!! ?Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yg sentiasa mendoakan kami dan kesejahteraan kami sekeluarga serta keselamatan anak kami yg baru lahir ini..bayi dan mommy sihat walafiat… aamiin.. 25/10/2018 1:56 AM .. its a…..
Bayi yang dilahirkan ini ialah perempuan seberat 2.88kg. Kelahiran anak kedua mereka ini cukup istimewa buat Black dan isteri yang sebelum ini mengalami 3 keguguran.
Para peminat & pengikut Black mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan bayi dan Cira. Masing-masing berdoa dan ruangan komen dipenuhi ucapan tanhiah buat Black sekeluarga.
Anak aktif dan hyperaktif pun selalu disalah anggap. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Ikuti rencangan TV Pa&Ma 30 Oktober 2018, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak-anak tak sihat, ibu dan ayah paling tak senang duduk. Tapi itu semua menjadi kelaziman dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil. Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi mengenai anaknya yang dimasukkan ke hospital selama 2 malam kerana muntah-muntah. Setelah diperiksa darah, anaknya itu kekurangan zat besi atau iron dalam badan
Sepanjang berada di hospital, ramai doktor yang datang membuat pemeriksaan. Salah seorang doktor yang datang ada bertanya mengenai diet anak yang diamalkan oleh ibu ini. Dari situ dia mula belajar tentang bagaimana untuk tingkatkan lagi penyerapan zat besi dalam badan si kecil.
Beberapa tahun lepas, Aqlan, anak saya masuk hospital. Muntah tak berhenti sampai badan jadi lemah. Selama 2 malam, saya menemani beliau di PPUM.
Sorang demi sorang doktor datang. Tapi, doktor yang last ni, dia detail sikit. Habis history sakit anak yang lain dia selidik. Masalah kulit sampai masalah asthma dia korek.
Yang paling berdebar, bila dia tanya pasal diet anak. Sebab bila dia cek darah, dalam darah anak ada kekurangan zat besi. Atau iron.
Waktu tu saya kesallah juga. Kalau ikutkan, saya ni, menjaga jugaklah makan anak.
Tiap 4 jam, mesti kena makan.
Lauk dan sayur pun, mesti cukup banyak bila makan nasi.
Portion yang disediakan, wajib dihabiskan.
Cuma mungkinlah Allah nak uji. Anak sakit lepas musim cuti raya.
Waktu raya pulak, saya be easy on myself. Malas nak tunjuk fussy sangat, jadi makan apa aje juadah yang ada. Sayur, memang susah nak cari waktu raya.
Mungkin sebab tulah jugak, kandungan zat kat badan anak turun. Wallahualam…
“Anak minum susu banyak tak?”
Tanya doktor. Rupanya, kalau anak banyak minum susu lembu, badan susah nak serap iron.
Langsung saya teringat kawan-kawan yang mengadu anak dia jarang makan. Asyik minum susu je. Bahaya rupanya kesan dia.
Kenapa bahaya kalau badan anak tak cukup iron?
🍌 Masalah tingkah laku
🍌 Ganggu perkembangan otak
🍌 Kurang selera makan
🍌 Kerap penat
🍌 Muka pucat
🍌 Craving kat benda-benda pelik termasuk
🍌 Tumbesaran terganggu
Dan, terlalu banyak minum susu lembu bukan the only penyebabnya.
Tapi punca yang utamanya, sebab diet yang tak seimbang. Rupanya sangat-sangat penting rajin pelbagaikan makan untuk anak. Terutama sekali buah-buahan dan sayur.
Balik dari hospital, terus saya semangat.
Buat brokoli goreng tepung la, ajar makan daging, bagi ratah ikan bilis dan sebagainya.
Sebab Dr kata, vitamin C jugak akan tingkatkan penyerapan Iron, balik kampung, kitorang beli jambu batu banyak-banyak.
Tak jadi Iron Man, tak tau lah!
Dan JUS BABY BAYAM ni adalah saranan dari sahabat saya Noraini Abd Samad yang memang superb ilmu bab makan seimbang.
Aini kata, baby bayam ni dia tasteless.
Jadi, bila diblend dengan buah lain, tak ada rasa bayam langsung.
Kalau blend dengan mangga, jadi rasa mangga je.
Kalau blend dengan epal, rasa epal je.
kalau blend dengan beri, rasa beri lah juga.
Dan….
Memang nampak superb kesan dia bila anak saya start minum jus ni. Lagi senang makan sayur, lagi bertenaga dan tak selalu mengadu letih.
Wawa Shauqi
Yang suka ratah brokoli goreng tepung.