Semestinya bercuti adalah aktiviti yang disukai oleh semua kanak-kanak. Mana tidaknya, inilah masa untuk mereka bersuka ria! Biasa ibu bapa akan memilih percutian pendek seperti satu hari dua malam atau tiga hari dua malam kerana lebih mudah.

Namun dalam tempoh itu pastinya ada situasi yang akan buat kesabaran ibu bapa sedikit tercabar. Sebenarnya kalau pandai ambil hati anak tak ada masalah pun. Asalkan ibu bapa tahu apa keperluan dan persediaan awal kena buat untuk anak rasa tak cepat bosan.

Perlu ingat juga semasa persediaan awal, masukkan sekali kit ubatan anak sekiranya berlaku kecemasan atau pun tiba-tiba anak tak sihat semasa bercuti.

Berikut beberapa perkara yang anda kena fikir dan ambil kira sebelum nak bercuti dengan tenang dan selesa agar percutian itu menjadi momen indah buat anda sekeluarga.

Bawa mainan kegemaran supaya anak tak bosan perjalanan jauh

Untuk nak memastikan bayi tak meragam ketika perjalanan lama, pastikan bawa sedikit mainan yang biasa untuk beri bayi perasaan selamat di tempat yang baru terutamanya untuk bayi bawah 18 bulan yang biasanya mengambil masa untuk sesuaikan diri dengan tempat baru. Normallah bayi meragam sebab tempoh ini dia dalam proses nak sesuaikan diri.

Keluarkan satu-satu mainan, jangan terus longgok semua mainan depan dia. Jika anak bosan mainan sama, simpan dan beri mainan lain. Seterusnya ulang-ulang sampai anak dah bosan baru kenalkan dengan mainan baru. Yang bagusnya masa ini anak cepat lupa mainan yang dia dah main jadi mudah untuk mengawal situasi.

Guna baby carrier 

Kalau ada bayi, biasanya baby carrier penting untuk pastikan ibu bapa tak penat mendukung sepanjang hari. Nak jalan di mana-mana pun mudah dan anak lebih selesa bila dalam dakapan ibu bapa. Jika tak gunakan pun boleh lipat masuk dalam beg atau biar je tergantung di badan dan masa nak guna cuma perlu letakkan bayi.

Makanan untuk anak

Selalunya hotel atau resort akan menyediakan makanan untuk tetamu. Tetapi jarang menyediakan makanan untuk anak-anak. Jika tidak, pastikan anda membuat persiapan untuk makanan si kecil.

Jika boleh bawa je bekalan makanan yang mudah nak disediakan dari rumah. Jika ada makanan jejari pun boleh dibawa sekali senang untuk nak ‘umpan’ anak jika tiba-tiba lapar semasa berjalan

Sediakan susu atau bawa puting

Untuk ibu yang menyusu badan, tiada masalah untuk menyusukan bayi. Cuma kena bawalah nursing cover ke mana-mana dan pakai baju yang sesuai untuk ibu menyusu. Manakala bagi ibu yang tidak menyusu tetapi anak masih minum susu, sediakan kelengkapan susu anak dengan lengkap. Bila anak minta susu mudah untuk sediakan dengan cepat.

Sekiranya anak jenis suka hisap puting, kena pastikan ada bersama supaya bila anak meragam, puting boleh cepat tenangkan si kecil untuk nak tidur.

Sewa kereta, kalau boleh elak kenderaan awam

Nak berasak-asak dengan bawa anak kecil menaiki kenderaan awam agak sukar dan semestinya anak rasa tak selesa. Apa kata jika anda dah merancang nak bercuti masukkan sekali bajet untuk sewa kereta. Bukan setakat memudahkan anda tetapi lagi mudah nak urus anak-anak.

Jika rasa tak sesuai nak bawa anak pergi berjalan ke tempat yang dirancang sebelum itu pun tak jadi masalah kerana bila ada kereta sewa ni senang nak ubah jadual perjalanan ikut kesesuaian.

Tempah hotel dengan kawasan yang tidak terpencil

Semasa mula-mula nak merancang bercuti, anda kena tahu lokasi hotel yang sesuai. Memandangkan bawa anak kecil kena fikirkan dulu keutamaan jika berlaku sebarang masalah kemudian hari.

Sebaiknya pilih hotel yang tidak jauh dari kemudahan awam dan senang untuk pergi ke mana-mana tempat tanpa mengambil masa yang lama. Mungkin jika anda suka kepada percutian yang damai, tunggu biar anak besar sikit dan baru sesuai untuk menginap di lokasi berkenaan.

Rancang waktu rehat bayi 

Rancang waktu rehat bayi sangat penting. Bayi ni tak sama macam orang dewasa. Waktu tidurnya lebih lama dan jika terlalu lama dalam kereta pun mulalah nak mengamuk. Jadi untuk perjalannan jauh, ibu bapa kena pastikan bayi dapat rehat cukup. Jika perlu tidur satu malam di setiap lokasi lagi bagus. Bila bawa anak kecil ini, anda yang kena perlu banyak sabar dan tak boleh fikir semua nak cepat.

Jika ada stroller maknanya keluarga itu bawa bayi. Sebaiknya daftar masuk awal kerana ibu bapa dan anak akan diberi keutamaan untuk naik kapal terbang terlebih dahulu. Biasanya keluarga yang bersama dengan bayi akan dibenarkan masuk sekali. Bagi yang pertama kali naik kapal terbang, bawa stroller hingga ke aero-bridge. Tinggalkan di sana. Jika anda melancong ke negara-negara eropah kebiasaannya yang membawa bayi bersama stroller akan mendapat sedikit keistimewaan untuk tidak perlu beratur panjang semasa pemeriksaan kastam.

Bawa bersama ubat-ubatan asas

Perubahan cuaca akan memudahkan anak terkena penyakit biasa seperti demam, batuk, selesema. Sebaiknya ibu bapa kena pastikan kit ubat-ubatan ini dibawa bersama sebagai persediaan untuk berjalan jauh. Nak mudah beberapa hari sebelum nak pergi bercuti dapatkan nasihat dan cadangan ahli farmasi sebelum nak beli apa-apa ubat untuk dibawa.

Jangan Lupa Bawa Sekali Rangkaian Produk Penjagaan Bayi

Jadikan set Cetaphil Baby keperluan utama si kecil anda bagi memberi keselesaan sepanjang hari. Ibu perlu tahu produk Cetaphil ini bukan sekadar untuk anak yang mempunyai masalah kulit sensitif tetapi untuk yang tiada masalah kulit pun sangat sesuai menggunakan Cetaphil Baby.  Ini sebagai persediaan untuk perlindungan berpanjangan, memberi ketenangan dan menjadikan kulit anak sentiasa lembut.

Antara set rangkaian bayi Cetaphil adalah Cetaphil Moisturising Bath & Wash, Cetaphil Baby Gentle Wash & Shampoo, Cetaphil Baby Daily Lotion dan Cetaphil Baby Shampoo.

Memandangkan produk Cetaphil dikenali dengan reputasinya sebagai pakar penjagaan kulit bersandarkan dermatologi dan perubatan yang kukuh dan berpanjangan jadi ia sangat tepat dan patut menjadi pilihan setiap keluarga.

Menariknya mengenai Cetaphil Baby ini juga ia boleh membantu mencegah sensitiviti kulit kerana diuji dengan hipoalergenik dan dermatologi serta dipercayai oleh pakar pediatrik dan dermatologis.

Bau Yang Lembut Dan Menenangkan

Lagi satu kenapa ibu bapa harus membawa rangkaian Cetaphil Baby sepanjang bercuti kerana baunya yang lembut dapat menenangkan bayi kerana bahan digunakan juga selamat.

Cetaphil Baby ini juga sentiasa menyegarkan kulit anak jika digunakan setiap hari dan ibu bapa tidak perlu lagi susah hati nak bawa anak ke tempat yang bercuaca sejuk atau panas.

Lisa Surihani juga turut mempercayai set rangkaian penjagaan bayi Cetaphil Baby dan menggunakan produk tersebut sejak anaknya kecil.

Memandangkan rutinnya sentiasa sibuk, Lisa Surihani yakin Cetaphil Baby pilihan tepat dan dapat memberi perlindungan berterusan kepada anak-anaknya yang sentiasa aktif untuk membesar.

Untuk info lanjut mengenai produk rangkaian Cetaphil layari laman web www.cetaphil.com.my