Menu berpantang tidaklah sesukar mana untuk disediakan. Suami yang mahu berkejar ke tempat kerja pun boleh menyediakan menu ringkas berpantang. Selain daripada ikan bakar dan menu rebus untuk isteri, menu tumisan juga boleh diberikan ketika isteri berpantang.
Resipi Ayam Masak Halia yang disediakan oleh Puan Norashikin Ali ini wajib dicuba. Dalam masa lima minit sahaja sajian untuk ibu berpantang siap disedia. Hidangkan sahaja bersama nasi panas. Memang wow!
Sekarang ni, menu mak berpantang pun dah jadi kegemaran orang yang tak pantang. Lagi-lagi yang tengah on diet tu kan. Bagus makan makanan yang sihat macam ni. Bila masak letak halia ni bau masakan pon wangi je kan. Resepi ni simple sangat. Suami pun boleh masakkan untuk isteri dalam pantang.
Ayam Masak Halia 5 Minit
Ads
Ayam bahagian dada dipotong nipis
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Tomato cherry
Brokoli
Sedikit lada hitam
Sedikit sos tiram
Sedikit air
Gula
Garam
Brokoli ni celur dulu dengan air panas. Agak-agak dah separuh masak toskan dan celur pula dalam air sejuk. Cara ni jadikan sayur segar sampai ke petang.
In shaa Allah.
Ads
Okey, jom kita mulakan. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
Nampak dah layu, masukkan air.
Kemudian masukkan sos tiram dan lada hitam.
Ads
Dah mendidih, masukkan ayam pula. Perasakan dengan gula dan garam.
Kacau-kacau sikit. Last sekali boleh masukkan brokoli dan tomato cherry.
Siap dah! Senang je nak masakkan untuk mak berpantang kan. Sebelum pergi kerja, suami boleh lah masakkan untuk isteri. Terharu tau isteri dalam pantang bila suami sediakan makanan hasil air tangan dia sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbeza dengan Puding Karamel biasa yang menggunakan telur serta perlu dikukus untuk menjadikannya lembut dan sedap, Puding Karamel yang satu ini cukup unik kerana tidak menggunakan walau sebiji telur pun dalam resipinya. Bukan itu sahaja, malah resipi ibu ini, Puan Mariana Zainal langsung tidak dikukus. Hebat!
Paling mudah, Puding Karamel Tanpa Telur daripada beliau tidak menggunakan bahan yang banyak. Jom intai langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Mantap!
Puding Karamel Tanpa Telur by Mariana Zainal
Resepinya: (jika dalam loyang saiz 7*inci)
Bahan air gula hangus:
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar air panas
Bahan puding:
1 paket serbuk agar-agar2 (10gram -guna yang plain/clear tau, jika guna agar-agar tali guna yang 20g atau 25g)
4 cawan air*
3 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*
1 cawan susu pekat*
Masukkan gula dalam loyang dan masak atas api sederhana hingga gula cair keperangan (sentiasa kacau yer). Bila dah agak perang, tutup api dan tuangkan air panas perlahan-lahan.
Buka api dan masak hingga gula larut. Tutup api. Biarkan seketika.
Jika dalam bekas dadih kecil-kecil seperti dalam gambar, sukatan gula dan air berbeza iaitu 3/4 cawan gula (hampir penuh cawan) dan 1 cawan air panas. Cara dia sama, dah siap gula hangus, masukkan 1 sudu air gula hangus dalam bekas dadih.
Jom sediakan bahan puding.
Satukan semua bahan yang bertanda * dan tapiskan dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau hingga larut.
Apabila dah mendidih ganas tutup api dan tuangkan dalam loyang yang ada gula hangus tadi, biarkan sedikit suam. Masukkan dalam peti sejuk, bila dah beku bolehlah dipotong dan makan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Menyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.
Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Kredit: Suzana Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resepi bingka pisang dan kuih bakar pisang sangat mudah disediakan dengan hanya menggunakan sukatan cawan.
Bagi yang ada lebihan pisang di rumah, daripada dibiarkan lebam elok lah dibuat bingka pisang atau kuih bakar pisang. Selamat mencuba!
BINGKA PISANG/KUIH BAKAR PISANG ❤
Cara-cara:
Saya blend semua sampai gebu kemudian panaskan acuan dan gris acuan dengan mentega kemudian masukkan adunan tadi dan tabur bijan secukupnya. Panaskan oven dengan suhu 200° selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan ke dalam oven selama sejam atau sehingga masak. Sejukkan dulu baru potong ye supaya bila potong kuih nampak cantik.
Nota: Kalau guna acuan kemboja tu gris minyak pada acuan tu dan panaskan atas api selama 5 6 minit baru tuang adunan tadi dan masukan ke dalam oven, tujuan bagi memudahkan kuih dikeluarkan dari acuan.
Dan tak perlu guna banyak telur, guna sebiji pun cukup, tak nk letak telur pun takpe, tetap sedap dan kenyal. Sy dah cuba buat tanpa telur dan letak telur, takde beza.